omniture

Aggreko Bekalkan 40 MW Pakej Kuasa di Guam

Aggreko plc
2015-11-09 15:15 346

HAGÅTÑA, Guam, 9 November 2015 /PRNewswire-FirstCall/ -- Aggreko plc, penyedia utama penyelesaian produk modular, kuasa mudah alih, dan sampingan telah ditugaskan untuk membekalkan Guam Power Authority dengan pakej kuasa 40 MW di Guam selama 12 bulan seterusnya selepas berjaya dalam urusan pemberian tender yang kompetitif.

Pada 31 Ogos tahun ini, satu letupan dan kebakaran berlaku di Loji Kuasa Cabras di Piti dan menyebabkan penutupan dua daripada empat loji jana kuasanya. Sebagai langkah pemulihan, Guam Power Authority membuat tawaran kontrak untuk membekalkan pakej kuasa 40 MW bagi menampung kuasa beban asas pada rangkaian grid pulau itu.

Pelanggan menyatakan kecekapan bahan bakar yang sangat baik bagi enjin Tahap II Aggreko adalah faktor kejayaan pembidaan itu. Selain itu, sifat kefleksibelan dan modular bagi unit penjana 1 MW Aggreko memberikan pilihan untuk meluaskan atau mengecilkannya agar selari dengan keperluan.

Mengulas tentang kontrak itu, Venkie Shantaram, Pengarah Rantau, Aggreko Asia Utara berkata: "Kami gembira kerana dipilih oleh Guam Power Authority untuk membantu memenuhi keperluan penjanaan tenaga yang penting ini. Pakej yang kami sediakan ini sekali lagi menonjolkan kebolehan Aggreko dalam menyediakan penyelesaian kuasa pantas siap guna bagi memenuhi keperluan pelanggan serta memberikan penjimatan bahan api yang ketara tanpa mengira lokasi mereka beroperasi."

Aggreko akan membekalkan pakej kuasa pantas siap guna yang merangkumi perkhidmatan kejuruteraan, pengangkutan, tangka bahan api, pemasangan, pentauliahan, enjin dengan perakuan EPA dan pengendali lapangan, serta penyahtauliahan.

Nota Penyunting

Aggreko plc ialah penyedia global terkemuka bagi penyelesaian produk kuasa dan sampingan dalam bentuk modular dan mudah alih. Aggreko memiliki seramai 7,700 kakitangan di 211 lokasi. Pada tahun 2014, kami berkhidmat kepada pelanggan di kira-kira 100 buah negara, dan mencatatkan anggaran pendapatan sebanyak GBP 1.6 bilion (USD 2.6 bilion atau Euro 2.0 bilion). Aggreko plc tersenarai pada Bursa Saham London (AGK.L) dan beribu pejabat di Scotland.

Aggreko terdiri daripada dua unit perniagaan: Penyelesaian Sewaan dan Penyelesaian Kuasa.

Bagi perniagaan Penyelesaian Sewaan, kami beroperasi dalam pasaran maju dan membangunkan penyelesaian serta menyewa peralatan kami untuk para pelanggan yang kemudiannya dikendalikan oleh mereka sendiri walaupun kami tanggungjawab untuk melakukan servis dan menyelenggara peralatan tersebut. Kami beroperasi dalam semua sektor pasaran, tetapi lebih tertumpu pada minyak dan gas, petrokimia dan penapisan, perlombongan, serta acara.

Bagi perniagaan Penyelesaian Kuasa pula, kami beroperasi dalam pasaran membangun sebagai penjana kuasa. Kami memasang dan mengendalikan loji kuasa modular dan mudah alih untuk pelanggan utiliti mahupun perindustrian dan kami mengenakan bayaran kepada kedua-duanya bagi penyediaan kapasiti penjanaan serta tenaga elektrik yang kami hasilkan. Dalam perniagaan Perindustrian, seperti mana Penyelesaian Sewaan, kami merupakan peneraju pasaran dalam minyak dan gas, petrokimia, serta penapisan dan pelombongan manakala perniagaan utiliti kami membantu negara-negara menyelesaikan masalah kekurangan bekalan elektrik.

Kami mereka bentuk dan mengeluarkan kelengkapan khususnya untuk keperluan ini di kilang kami di Dumbarton, Scotland.

Untuk maklumat terkini, sila langgani saluran media sosial kami di LinkedIn, Twitter atau Facebook, atau lawati laman sesawang kami http://www.aggreko.com

Source: Aggreko plc
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Electrical Utilities Oil/Energy Utilities Asian-related news New products/services