omniture

Samruk-Kazyna Umumkan Sembilan Perjanjian Berjumlah AS$3bn Pada Pertemuan Sulung Majlis Perniagaan Kazakhstan-Britain

Samruk-Kazyna
2015-11-06 19:48 329

LONDON, Nov. 6, 2015 /PRNewswire/ -- Samruk-Kazyna, dana kekayaan negara Republik Kazakhstan, hari ini mengumumkan memorandum persefahaman dan perjanjian bagi sembilan projek berjumlah AS$3 bilion pada pertemuan sulung Majlis Perniagaan Kazakhstan-Britain (Kazakh-British Business Council, KBBC).

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/players/English/7681751-samruk-kazyna-nine-projects/

Perjanjian yang termeterai pada pertemuan KBBC memperlihatkan kemajuan lanjut dalam perkongsian antara perniagaan Kazakhstan dan Britain, yang dilanjutkan selepas pemeteraian perjanjian kerjasama antara Samruk-Kazyna dan UK Trade & Investment awal tahun ini.

Projek-projek baharu dan kerjasama yang diumumkan pada pertemuan KBBC termasuk:

  • Permulaan projek antara Samruk-Kazyna dan United Green LLP untuk meluaskan loji kuasa suria Burnoye di rantau Zhambyl, Kazakhstan daripada 50 kepada 100 MW dengan kos permulaan sebanyak AS$105.5 juta.
  • Mewujudkan kelompok industri di sekitar lapangan minyak dan gas Karachaganak
  • Penilaian potensi geologi tapak di Kazakhstan untuk mengenal pasti peluang untuk menjalankan cari gali bersama Vitol group
  • Pembiayaan projek "Pemodenan Shardara HPP"

Pertemuan KBBC meraikan kerjasama lebih sedekad antara Kazakhstan dan UK, salah satu pelabur terbesar Kazakhstan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1991, serta berlaku serentak dengan lawatan rasmi Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev.

"Kami di sini bersedia membantu firma UK memanfaat Laluan Sutera Baharu yang pesat berkembang, iaitu laluan perdagangan moden dari China dan Rusia ke Eropah serta bahagian Barat, dengan melabur dalam ekonomi Kazakhstan yang mencapai pertumbuhan tinggi," kata Dr. Umirzak Shukeyev, Pengerusi Samruk-Kazyna, yang mengadakan pertemuan itu bersama Lord Francis Maude, Menteri Dalam Negeri untuk Perdagangan & Pelaburan serta Yang Amat Dihormati Charles Hendry. "Sidang ini bukan sahaja menjadi satu platform untuk menjalin kerjasama awam dan swasta, bahkan merupakan satu forum untuk bertukar-tukar pengalaman serta idea yang dapat membangunkan ekonomi masing-masing."

Latar Belakang Samruk-Kazyna

Samruk-Kazyna ialah pemangkin kepada pemodenan, pempelbagaian dan pembangunan ekonomi Kazakhstan. Ditubuhkan pada tahun 2008, Dana itu mengurus pelbagai portfolio syarikat-syarikat penting dan institusi-institusi pembangunan negara termasuk Air Astana, FC Astana dan Kazakhtelecom. Dana itu kini menerajui Program Transformasi untuk menambah baik pengurusan dan produktiviti aset sedia ada sebagai usaha untuk membantu Kazakhstan mencapai matlamatnya untuk menjadi antara 30 negara maju terbaik di dunia menjelang tahun 2050.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151104/283832 )

Sumber: Samruk-Kazyna

Source: Samruk-Kazyna
Keywords: Banking/Financial Service Gas Oil/Energy Utilities Contracts Licensing/marketing agreements