omniture

Pameran Produk Hutan Antarabangsa Yiwu China Berakhir dengan Jayanya dengan Hasil Melebihi AS$773 Juta

Information Office of Yiwu City
2015-11-12 11:40 226

YIWU, China, 12 November 2015 /PRNewswire/ -- Pameran Produk Hutan Antarabangsa Yiwu China kali ke-8 yang berlangsung selama empat hari telah berakhir dengan jayanya dengan pulangan dicatatkan sebanyak 4,718 juta yuan (kira-kira AS$773 juta), meningkat 0.75 peratus berbanding tahun sebelumnya. Pulangan daripada jualan domestik dicatatkan sebanyak 3,503 juta yuan, 74.25 peratus daripada jumlah keseluruhan, sementara pulangan daripada jualan eksport mencecah 1,215 juta yuan, 25.75 peratus daripada keseluruhan.

Pameran itu, menampilkan 3,677 reruai yang terletak dalam ruang pameran seluas 80,000 meter persegi, telah menarik 1,502 pempamer dari 34 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, menjadikan pameran itu sebagai acara yang terbesar seumpamanya di China. Para pembeli yang mengunjungi pameran itu adalah seramai 403,200 orang, termasuk 5,086 orang pengunjung dari luar negara, 26 pasukan pemerolehan profesional dan 10 pasukan pemerolehan luar negara. Lima negara tertinggi dengan jumlah pembeli terbanyak yang mengambil bahagian dalam acara itu ialah Pakistan, Rusia, Kazakhstan, Ukraine dan Nepal. 

Barang pameran pada acara tahun ini terdiri daripada hasil balak dan bahan binaan kayu, perabot dan aksesori, bahan seni buluh dan kayu, keperluan harian yang diperbuat daripada kayu dan buluh, makanan hutan, produk teh, florikultur, selain teknologi perhutanan dan kelengkapan yang dipamerkan merentasi 11 ruang pameran khas.

Sebagai salah satu acara yang berlangsung serentak, Pameran Perdagangan Peniaga Membeli Multinasional Pameran Hutan menyatukan 30 pembeli dari 15 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, termasuk Turkmenistan, Kyrgyzstan, Rusia dan Pakistan. Pembelian mereka berfokuskan perabot, pintu dan lantai kayu, anyaman buluh serta barangan berukir, selain alat tulis, hadiah dan buah-buahan kering, dengan 166 pembeli berkelayakan mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Pameran Produk Hutan Antarabangsa Yiwu China 2016 akan diadakan pada bulan November seperti yang dirancang. Nantikan kemas kini selanjutnya.

Source: Information Office of Yiwu City
Keywords: