omniture

Nilai Teras "Si Li Ji Ren" Tawarkan Pekerja Waktu Rehat Berpendidikan

LKK Health Products Group
2015-11-12 11:58 305

GUANGZHOU, China, 11 November 2015 /PRNewswire/ -- Terlalu sibuk untuk menimba pengetahuan atau sentiasa bosan kerana kehidupan sosial yang tidak meriah dan membosankan? Bagaimana jika anda menggunakan waktu makan tengahari untuk menyertai "Ceramah Makan Tengah Hari" di pejabat. Pada 2 November, LKK Health Products Group (LKKHPG) menganjurkan Ceramah 3Q "IQ、EQ、AQ" yang memberi inspirasi untuk pekerjanya semasa waktu rehat makan tengahari di Pusat Infinitus di Bandar Baharu Zhujiang, Guangzhou. 

Berbanding ceramah korporat formal, Ceramah Makan Tengahari yang diadakan semasa waktu rehat tengahari sememangnya merupakan inisiatif yang kreatif. Menurut ketua program latihan syarikat itu, "kami cuba membina persekitaran 'pembelajaran santai' tanpa mengambil masa bekerja para pekerja. 'Pembelajaran santai' ini akan memanfaatkan masa yang bersegmen itu dan mencuba cara pembelajaran yang kurang ketat dan lebih santai."

Kursus latihan sedemikian hanya berlangsung selama sejam setengah bagi setiap sesi dan pihak penganjur akan menyediakan makan tengahari untuk para peserta. Dijalankan dalam persekitaran yang santai, ceramah ini berpusatkan budaya korporat syarikat. Ketua program ini menjelaskan bahawa ceramah ini bertujuan untuk membantu pekerja memperoleh falsafah dan kemahiran baharu dalam menambah baik mentaliti, tabiat dan kesihatan, menawarkan mereka penemuan serta bantuan dalam bidang pekerjaan dan juga kehidupan.    

Malah, sebelum berlangsungnya ceramah di Guangzhou ini, syarikat itu telah pun menganjurkan sebuah ceramah di Hong Kong untuk para pekerja yang mendapat sambutan hangat. Ceramah 3Q ini merupakan acara pertama diadakan di Guangzhou pada tahun ini. Pada bulan Disember, syarikat itu akan turut menganjurkan satu lagi ceramah tentang "urutan tulang belakang servikal dan anggota badan". Setelah tamatnya program tahun ini, syarikat akan mempertimbangkan untuk menjalankannya secara berperingkat mengikut maklum balas para pekerja.         

Ceramah ini dijadualkan untuk melibatkan 30 orang peserta. Walau bagaimanapun, Ceramah Makan Tengahari di Hong Kong telah menarik penyertaan seramai 43 orang dan di Guangzhou, bilangannya mencapai lebih 60 orang, yang jauh lebih popular daripada jangkaan. Liputan sebenar ceramah itu adalah lebih besar setelah melakukan pengiraan terperinci, iaitu mencapai 120 orang peserta.

"Para penyampai untuk ceramah ini adalah daripada firma pakar runding profesional di Hong Kong. Semuanya memiliki akreditasi dengan kelayakan profesional," kata ketua program. "Pada masa akan datang, kami akan mempertimbangkan untuk membawakan rakan sekerja dengan latar belakang profesional untuk menyertai program latihan serta berkongsi bidang kepakaran mereka bersama para pekerja lain." Daripada senarai ceramah yang telah disediakan, kami dapat melihat bahawa ceramah-ceramah akan datang merangkumi pelbagai bidang, termasuk pengurusan emosi, hubungan keibubapaan dan kemahiran & teori baharu dll.   

"Belajar secara santai tanpa menggunakan masa untuk bekerja adalah manifestasi nilai-nilai utama Si Li Ji Ren. Ia sememangnya suatu yang amat menarik dan menakjubkan," kata Chen Dan, yang akan menghadiri Ceramah Makan Tengahari berikutnya.

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Workforce Management/Human Resources New products/services