LONDON, 12 November 2015 /PRNewswire/ -- Victor Petrik, salah seorang saintis paling bermisteri pada zaman ini dan penulis bagi empat penemuan saintifik, telah menghasilkan potret batu permata Presiden Rusia untuk memperingati hari kelahiran Vladimir Putin.
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151111/286151 )
Pakar-pakar telah memberikan pujian tertinggi untuk karya seni ini, daripada pandangan artistik dan kerana penggunaan teknologi serba baharu untuk menghasilkan potret itu. Teknologi yang dicipta oleh Petrik merintis jalan untuk penghasilan imej 3D pada batu permata dengan tahap kekerasan berbeza, termasuk berlian.
Potret Putin telah dihasilkan pada batu nilam besar berwarna biru gelap, dengan tona yang menakjubkan dan amat beraneka. Dimensi batu ialah 100x90x44 mm, seberat 611 gram.
Kini, diketahui bahawa Petrik telah menghasilkan koleksinya secara persendirian selama 20 tahun. Bilangan koleksi mencapai hampir 90 potret individu terkenal daripada sejarah dan zaman moden. Potretnya dihasilkan pada delima, nilam, topaz dan lain-lain permata semula jadi atau batu sintetik.
Selain itu, Petrik bukan sahaja telah mendedikasikan kelengkapan untuk penghasilan permata, tetapi turut menghasilkan teknologi baharu yang membenarkan penghasilan zamrud dan delima dengan saiz terulung bersama ciri yang tidak dapat dicapai sebelumnya.
Pada mulanya, satu potret dihasilkan daripada bahan plastik biasa, iaitu dempul atau lilin. Inilah bahagian kreatifnya. Pada peringkat ini, sebagai seorang ahli psikologi dan artis profesional, Penulis ini mengabadikan bukan sekadar keserupaan potret dalam plastik ukiran, tetapi juga ciri paling mendalam bagi personaliti subjeknya. Oleh itu, untuk potret Putin, Petrik menekankan ciri utama seperti keberanian dan kekuatan peribadi Putin. Selain itu, menggunakan teknik yang halus dan intelektual, beliau menggunakan pendekatan ukiran untuk menampilkan kebijaksanaan yang dicerminkan dalam mata seorang wira.
Bahagian yang kedua dan lebih bermisteri melibatkan pemindahan imej kepada permata. Di sini, sama ada teknologi yang sedia diketahui dalam pemprosesan permata keras tidak dapat digunakan, seperti teknologi laser atau ultrabunyi dan para saintis masih sukar untuk merumuskan andaian mereka.
Suatu masa dahulu, dalam tahun 90-an, Vladimir Putin menunjukkan wawasan beliau-tidak seperti saintis lain-dan menyokong kajian saintifik Petrik. Hari ini, pengukir hebat itu mengabadikan imej Presiden Rusia dalam batu permata bersama karya seni lain dalam koleksinya, yang menurut sesetengah pakar, akan menjadi sebahagian daripada khazanah seni dunia selamanya di Muzium Louvre.
Petrik berkata tentang potret itu: "Jutaan tahun akan berlalu, segalanya akan musnah, namun potret Presiden Rusia pada batu nilam akan terus berkilau dalam sinaran mentari yang abadi."
Sumber: Soli Art Limited, UK