omniture

Sport Integrity Monitor dan Major League Baseball Umumkan Kerjasama Bersejarah untuk Lindungi Integriti Acara Data

Sport Integrity Monitor (SportIM)
2015-11-12 20:15 310

NEW YORK, 11 November 2015 /PRNewswire/ -- Sport Integrity Monitor (SportIM), syarikat integriti sukan terbesar dan paling disegani di dunia yang rakan kerjasamanya termasuk English Premier League, Euroleague Basketball dan Football Association, hari ini mengumumkan satu kerjasama dengan Major League Baseball (MLB), buat kali pertama bagi syarikat itu di Amerika Utara. SportIM akan bekerjasama dengan MLB dalam pelbagai inisiatif bagi memastikan integriti acara MLB kekal terjamin menerusi landskap global dalam talian yang pantas berubah.

Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151111/286155LOGO

Dengan sistem berasaskan teknologi canggihnya, SportIM akan memantau sebilangan besar data dan statistik berkaitan sukan serta pertaruhan bagi pihak MLB dan melaporkan trend dalam masa nyata. Program pemantauan diperluas yang baharu ini akan membantu mengekalkan besbol di barisan hadapan dalam inovasi sekuriti ketika minat global terhadap besbol terus meningkat dan para peminat di Amerika Syarikat serta lain-lain memilih kemudahan dalam talian untuk mengikuti aksinya.

Kerjasama integriti baharu itu merupakan lanjutan daripada dasar pencegah rasuah MLB dan inisiatif meluasnya yang telah pun dijalankan. Langkah-langkah proaktif ini membantu memastikan para peminat sentiasa diberikan permainan yang adil dan telus, manakala para pemain mempunyai keyakinan yang mantap dari segi cara pemikiran untuk meraih kemenangan, dan wakil-wakil liga dilengkapi oleh maklumat dan juga instrumen untuk memastikan sukan yang bersih, jujur serta mengujakan.

Dan Halem, Ketua Pegawai Undang-undang MLB, berkata: "Major League Baseball berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Sport Integrity Monitor dalam bidang penting ini, memandangkan perkongsian ini akan menjadi bahagian penting dalam inisiatif kami untuk melindungi integriti sukan ini. Kami tidak sabar untuk memanfaatkan kepakaran dan penyelesaian pemantauan SportIM yang terunggul dalam pasaran bagi memastikan kami mempunyai maklumat yang tepat serta sesuai dengan masanya."

Mark Locke, Ketua Pegawai Eksekutif di SportIM, berkata: "Kami berbangga kerana dapat memulakan usaha perluasan perniagaan kami di Amerika Utara dan mengharapkan satu perhubungan jangka panjang bersama MLB. Hal ini adalah suatu yang meyakinkan apabila mengetahui organisasi berpandangan jauh seperti MLB mengambil langkah aktif untuk menjamin pertandingan mereka dengan cara terbaik dan melaksanakan langkah-langkah berkesan dalam persekitaran ini untuk mencegah berlakunya sebarang isu."

Melalui kemampuan perisian canggihnya, SportIM memiliki pandangan global yang tiada tandingan bagi pasaran pertaruhan dikawal selia dan tidak dikawal selia merentasi wilayah antarabangsa. Setiap hari, ia memantau jutaan pertaruhan yang berjalan secara langsung dan praperlawanan merentasi pelbagai sukan melalui perisian terkhusus untuk setiap sukan serta acara.

Nota untuk Editor

Latar Belakang MLB

Major League Baseball (MLB) merupakan liga sukan profesional paling bersejarah di Amerika Syarikat dan terdiri daripada 30 kelab ahli di A.S. dan Kanada, mewakili tahap tertinggi besbol profesional. Major League Baseball merupakan sukan paling banyak dihadiri di Amerika Utara, dan sejak tahun 2004, MLB telah menikmati musim kehadiran tertinggi dalam sejarah sukan itu, dengan setiap musim biasa mengatasi paras 73 juta. Kini, dipimpin oleh Pesuruhjaya Robert D. Manfred, Jr., MLB kini menampilkan tahap tertinggi keamanan buruh, keseimbangan kompetitif dan hasil industri, selain program ujian dadah paling komprehensif dalam sukan profesional Amerika. MLB kekal komited dalam memberikan impak kepada komuniti A.S., Kanada, dan seluruh dunia, meneruskan peranan lebih besar bagi sukan itu dalam masyarakat dan menembusi setiap sisi usaha perniagaan, pemasaran dan hubungan komuniti besbol. Dengan kejayaan berterusan MLB Advanced Media dan MLB Network, MLB terus mencari cara yang inovatif untuk peminatnya menikmati Hobi Kebangsaan Amerika dan sebuah permainan yang benar-benar global.

Untuk maklumat lanjut tentang Major League Baseball, kunjungi http://www.MLB.com .

Latar Belakang Sport Integrity Monitor

Sport Integrity Monitor (SportIM) menyediakan penyelesaian integriti untuk badan pentadbir sukan dan pemegang hak termasuk English Premier League, The Football Association, Euroleague Basketball dan Major League Baseball. SportIM menyediakan khidmat runding, penilaian risiko, bengkel pendidikan dan pemantauan pasaran pertaruhan yang membolehkan badan-badan sukan memahami dan mengurus sebarang kebimbangan integriti pertaruhan. SportIM membangunkan sistem yang kompleks dan sofistikated untuk memantau pasaran pertaruhan dan mengenal pasti acara sukan yang mungkin telah dimanipulasi. SportIM mempunyai pandangan global tanpa tandingan bagi pasaran pertaruhan dikawal selia dan tidak dikawal selia merentasi wilayah antarabangsa. Ia kini memantau lebih 110,000 acara setiap tahun dalam 20 sukan berbeza.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi http://www.sportim.com

Sumber: Sport Integrity Monitor (SportIM)

Source: Sport Integrity Monitor (SportIM)
Keywords: