NEW YORK, 13 November 2015 /PRNewswire/ --
Ehud Laniado, Pengerusi Cora: Berlian ini adalah hadiah sebenar daripada alam semula jadi
Cora International LLC mengumumkan Berlian Bulan Biru (Blue Moon) 12.03-karat yang amat luar biasa telah dijual dengan harga bidaan bernilai $48.4 juta. Berlian bulan biru yang nadir, unik dan berwarna biru terang dijual dalam acara bidaan yang sengit di Sotheby's Geneva (Switzerland).
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151111/286466)
Ehud Laniado, Pengerusi Cora International LLC berkata: "Berlian ini adalah satu hadiah sebenar daripada alam semula jadi. Pihak GIA (Institut Gemologi Amerika) telah menilai 400 berlian biru dan hanya empat daripada 400 berlian tersebut menerima gred biru terang. Oleh sebab itu, dalam kalangan berlian biru yang amat sukar diperoleh ini, untuk mendapat satu berlian biru yang bergred biru terang, 12 karat, yang sempurna secara dalaman, benar-benar suatu yang luar biasa seperti 'bulan biru'.
"Pakar kami mengambil masa selama lima bulan untuk menilai batu tersebut. Sebanyak tiga puluh model dihasilkan, dan setiap satu daripadanya dipotong berbeza sehingga mendapat hasil yang paling sempurna," kata Cora. "Selepas itu, kami memerlukan tempoh tiga bulan lagi untuk memberikan bentuk akhir batu tersebut menggunakan teknologi termaju dan peralatan canggih. Jauhari hanya berpeluang mengendalikan berlian unik ini sekali seumur hidup dan kami berbesar hati kerana Cora berpeluang memperoleh pengalaman ini."
Berlian Bulan Biru telah ditemui pada Januari 2014 di lombong bersejarah Cullinan, Afrika Selatan. Didapati oleh Petra diamonds LTD sebagai berlian kasar 29.62 karat, ia kemudian dibeli oleh Cora International LLC pada Februari 2014 berharga AS $25,555,555 dalam satu acara bidaan yang sengit. Berlian tersebut berwarna biru terang yang mengagumkan dan mempunyai kepekatan, tona serta kejelasan yang jarang didapati. Berlian biru adalah batu yang paling jarang ditemui dan paling berharga antara semua berlian. Batu itu juga adalah salah satu penemuan yang terpenting di lombong Cullinan, yang dianggap sebagai sumber berlian biru paling penting di dunia. Berlian Bulan Biru dipamerkan di Muzium Sejarah Semula Jadi (NHM) Los Angeles County menerusi satu pameran khas yang sementara di Bilik Kebal Permata muzium tersebut. Ia juga turut dipamerkan di beberapa muzium lain.
Cora International LLC: Beribu pejabat di Fifth Avenue, Bandar Raya New York, Cora adalah jenama mewah terulung dan dianggap sebagai salah sebuah firma terkemuka di dunia yang pakar dalam memotong berlian besar dan penting. Cora juga terkenal di seluruh dunia menerusi berlian nadir dan unik yang bersaiz besar dengan warna-warna indah yang terang. Latar Belakang Cora: http://corainternational.com/
Latar Belakang Ehud Laniado: http://www.ehudlaniado.com/
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Eran Yoelseran@rcspr.co.il, +972-524408020
SUMBER Cora International LLC