omniture

Infinitus Diiktiraf Platform Bertaraf Tinggi Keselamatan Makanan China untuk 13 Tahun Berturut-turut

LKK Health Products Group
2015-11-13 09:06 269

BEIJING, 13 November 2015 /PRNewswire/ -- Persidangan Keselamatan Makanan Tahunan China Ke-13 telah diadakan di Dewan Rakyat Besar di Beijing, yang mana Infinitus (China) Company Ltd., ahli LKK Health Products Group (LKKHPG), telah dianugerahkan gelaran "Kes Inovatif Cemerlang untuk Pengurusan Keselamatan Makanan China."

Ini merupakan tahun ke-13 berturut-turut Infinitus diberikan anugerah semasa Persidangan itu, termasuk dengan gelaran "Sepuluh Perusahaan Terbaik bagi Keselamatan  Makanan China", "Unit Demonstrasi Keselamatan Makanan Kebangsaan", dan "100 Unit Demonstrasi Layak Iktiraf Terbaik Keselamatan Makanan China."

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan dua juta kematian berlaku setiap tahun akibat makanan yang tidak selamat. Oleh itu, WHO mendedikasikan Hari Kesihatan Sedunia tahun ini kepada isu keselamatan makanan, bagi mengingatkan terhadap keperluan untuk mempertingkatkan sistem keselamatan makanan di dalam dan antara negara. Kerajaan China juga sedang aktif untuk beralih kepada langkah-langkah berkesan bagi melindungi keselamatan makanan. Satu hujah kukuh adalah Undang-undang Keselamatan Makanan untuk Republik Rakyat China yang baru disemak semula, yang berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2015 dan menjadi topik utama untuk dikaji dengan lebih menyeluruh semasa Persidangan Keselamatan Makanan Tahunan China pada tahun ini.

Sebagai majlis tahunan untuk industri makanan China dan platform bertaraf tinggi dalam bidang keselamatan makanan, Persidangan Keselamatan Makanan Tahunan China ini telah diadakan untuk tahun yang ketiga belas berturut-turut. Tahun ini, ia diadakan bersama unit ahli Jawatankuasa Keselamatan Makanan bagi Majlis Negara, termasuk Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan, Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT), Suruhanjaya Kesihatan dan Perancangan Keluarga Kebangsaan, Pentadbiran Kastam Awam, Pentadbiran Negara untuk Industri dan Perdagangan, Pentadbiran  Awam untuk Pemantauan Kualiti, Pemeriksaan, dan Kuarantin, serta Persatuan Industri Makanan Kebangsaan China.

Infinitus meletakkan kualiti sebagai asas perniagaan dan menekankan yang ia patut dirangka dengan baik. Oleh itu, ia menubuhkan dan melaksanakan "Model Pengurusan Rantaian Bekalan Cemerlang" seawal tahun 2006, berdedikasi untuk merealisasikan kawalan kualiti sepanjang keseluruhan rantaian perindustrian "daripada ladang sehingga ke dalam mulut". Dengan pengurusan ketat sepanjang prosesnya termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D), pemerolehan bahan mentah, pengeluaran dan pemprosesan, logistik dan perkhidmatan, Infinitus menyasarkan untuk memberi kepuasan kepada para pelanggan melalui produk berkualiti. Dengan amalan model di lapangan yang berjaya, Infinitus dianugerahkan gelaran "Perusahaan Penanda Aras Perindustrian Kebangsaan dalam Kualiti 2015" oleh MIIT.

Infinitus juga merasakan sesebuah syarikat seharusnya sentiasa mengesahkan kerasionalan, keberkesanan dan keselamatan produk secara berulang kali daripada proses rekaan dan seterusnya. Oleh itu, Infinitus telah mewujudkan satu pasukan profesional bagi menjalankan analisis dan pemeriksaan, meliputi bidang akademik yang sangat berkaitan dan saling melengkapi, termasuk Perubatan Cina, Kimia Analisis, Kejuruteraan Makanan, Biosains, Mikroorganisma, serta Bahan Pembungkusan.

Selain itu, Pusat Pemeriksaan Produk Infinitus telah diakreditasi sebagai Makmal Akreditasi Kebangsaan oleh Khidmat Akreditasi Kebangsaan China untuk Penilaian Pematuhan (CNAS). Keputusan pemeriksaannya dianggap sebagai bebas, andal serta autoritatif, dan diperakui olah 61 buah negara dan kawasan di seluruh dunia.

"Sejak ditubuhkan 23 tahun lalu, Infinitus telah menganggap kualiti dan keselamatan produk sebagai nadi bagi sesebuah syarikat," kata En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG dan Jurucakap Infinitus, berkata, "Pada masa depan, kami akan terus mempertingkatkan inovasi penyelidikan & pembangunan (R&D) dan mengenakan pengurusan kualiti yang ketat bagi keseluruhan rantaian perindustrian, agar dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kesihatan herba Cina berkualiti tinggi kepada para pengguna dan membantu mereka merealisasikan kehidupan yang sihat."

Latar Belakang LKKHPG

LKKHPG merupakan ahli Lee Kum Kee Group, sebuah perusahaan di Hong Kong yang berusia 100 tahun. Beribu pejabat di Hong Kong, perniagaan LKKHPG meliputi ladang herba Cina, penyelidikan & pembangunan (R&D), penghasilan, jualan dan perkhidmatan produk kesihatan perubatan tradisional Cina (TCM), platform internet mudah alih dan pelaburan harta tanah. Anggota-anggotanya terdiri daripada Infinitus (China) Company Ltd., Infinitus (Hong Kong) Company Ltd., Infinitus International Company Ltd., Infinitus International (Malaysia) Sdn Bhd., Naturale (China) Pharma Co., Ltd, dan HeHa Digital Health Ltd.

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Awards