omniture

Continental Selaku Penaja Rasmi Piala Asia AFC 2019 Di Emiriah Arab Bersatu

- Penajaan diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran terhadap jenama tayar premium Continental di rantau APAC dan Timur Tengah
- Pakej hak juga meliputi Piala Asia Wanita AFC 2018, pusingan akhir kelayakan Asia untuk Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia serta Kejuaraan U22 AFC 2018
- Di Asia dan Timur Tengah, Continental dapat memanfaatkan pengalaman selama 20 tahun dalam penajaan acara-acara bola sepak utama dunia
Continental Tires
2015-11-13 16:17 952

SHANGHAI dan HANOVER, Jerman, 13 November 2015 /PRNewswire/ -- Pengeluar tayar antarabangsa Continental hari ini mengumumkan Divisyen Tayar akan menjadi Penaja Rasmi untuk Piala Asia AFC 2019 yang akan berlangsung di Emiriah Arab Bersatu. Melalui penajaan ini, Continental terus menuju ke arah hubungan serantau yang bersistem dalam strategi penajaan sukan mereka. Pakej hak yang menyeluruh itu juga melibatkan pusingan kelayakan untuk 12 pasukan terbaik Piala Asia AFC UAE 2019, Piala Asia Wanita AFC 2018, pusingan akhir kelayakan Asia untuk Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia, selain Kejuaraan U22 AFC 2018, yang mana kedudukan kelayakan untuk Sukan Olimpik 2020 di Tokyo akan turut diberikan.

"Piala Asia AFC adalah pertandingan bola sepak yang paling penting di rantau APAC dan Timur Tengah yang kami sedang berusaha untuk memperluas bahagian pasaran kami di sana dalam beberapa tahun yang akan datang. Bagi menyokong usaha perkembangan ini, kami sedaya-upaya mempromosikan jenama premium kami dengan aktif dan memberikan satu persepsi kepada para pemandu kereta sebagai satu alternatif dalam segmen tayar kereta," kata Nikolai Setzer, Ahli Lembaga Eksekutif Continental yang bertanggungjawab untuk Divisyen Tayar. "Kami juga menjangkakan liputan media yang meluas bagi pusingan kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 dan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo bagi kedua-dua rantau dan seterusnya menyimpulkan bahawa kami bakal mencapai peningkatan yang signifikan dari segi kesedaran terhadap jenama Continental utama kami menjelang tahun 2020."

Menurut Pemangku Setiausaha Agung AFC, Dato' Windsor John: "Kerjasama dengan Continental memperlihatkan kepentingan dan minat yang bertambah dalam sukan bola sepak di Asia khususnya dalam pertandingan-pertandingan utama kami yang mengujakan dan menunjukkan kejayaan - Piala Asia, Piala Asia Wanita dan pertandingan bawah 22 tahun. Continental memiliki sejarah yang panjang dan tersendiri dalam arena bola sepak dan kami berterima kasih kepada mereka atas komitmen terhadap AFC kerana ini menandakan satu pencapaian penting dalam pembangunan berterusan sukan ini serta portfolio komersial kami di Asia." Lagardere Sports, rakan pemasaran dan komersial eksklusif Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengaturkan rundingan antara Continental dan AFC.

"Kami memperoleh pengalaman yang amat positif semasa menaja aktiviti menjelang Piala Asia AFC 2015, yang berlangsung awal tahun ini di Australia, dan Pasukan Bola Sepak China sejak tahun 2014, dan kami akan meneruskan aktiviti ini secara sistematik," tambah Philipp von Hirschheydt, yang bertanggungjawab untuk segmen Penggantian Tayar Trak Penumpang dan Ringan di rantau Asia-Pasifik (APAC) di Continental. "Komitmen ini adalah tepat pada masanya kerana berlaku serentak dengan usaha perluasan kilang tayar trak penumpang dan ringan utama kami di Hefei, China untuk meningkatkan kapasiti tahunan. Usaha ini disasarkan untuk memberi penambahan daripada lima juta unit tayar semasa kepada 13 juta unit tayar dalam tempoh beberapa tahun lagi bagi memenuhi permintaan yang kian meningkat terhadap produk premium yang dikeluarkan di rantau kami. Setelah kami membuat pelaburan sebanyak EUR250 juta untuk fasa permulaan, fasa perluasan bakal menelan belanja sebanyak EUR250 juta lagi menjelang tahun 2019."

Philipp von Hirschheydt
Philipp von Hirschheydt

Kini, Continental boleh melihat kembali kepada lebih 20 tahun kejayaan penajaan untuk beberapa acara bola sepak terpenting di seluruh dunia. Melalui penjanjian penajaan terkini untuk UEFA EURO 2016™ di Perancis, kelayakan Eropah untuk Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia yang akan berlangsung hingga November 2017, selain Liga Bola Sepak Utama di A.S. serta Kanada sehingga tahun 2018, dan juga Piala Asia AFC 2019 di Emiriah Arab Bersatu, syarikat ini memiliki pakej hak yang menarik meliputi beberapa pasaran serantau yang penting di dunia. Di Continental, penajaan bola sepak disepadukan sepenuhnya dengan komunikasi pemasaran Syarikat itu sejak dulu lagi.

Di www.ContiSoccerWorld.com, Continental menyediakan liputan menyeluruh untuk pelbagai pertandingan.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC)

Konfederasi Bola Sepak Asia ialah badan pentadbiran benua untuk sukan bola sepak di Asia dan terdiri daripada 47 negara ahli. Pertandingan kemuncak untuk negara-negara ahli adalah Piala Asia (dimenangi oleh Australia pada tahun 2015) dan Piala Asia Wanita (dimenangi oleh Jepun pada tahun 2014). Piala Asia 2019 bakal diadakan di Emiriah Arab Bersatu. Pada tahun 2016, Kejuaraan AFC U22 pula akan diadakan di Qatar antara 12-30 Januari.

Divisyen Tayar

Divisyen tayar kini memiliki 24 lokasi pengeluaran dan pembangunan di seluruh dunia. Rangkaian produk yang pelbagai dan pelaburan berterusan dalam penyelidikan & pembangunan (R&D) memberi sumbangan besar kepada mobiliti yang menjimatkan kos dan mesra alam. Sebagai salah satu pengeluar tayar terulung di dunia dengan lebih 47,000 orang kakitangan, Divisyen Tayar mencatatkan hasil jualan sebanyak EUR9.8 bilion pada tahun 2014.

www.continental-corporation.com
www.continental-tires.com

Penajaan

Divisyen Tayar adalah penaja rasmi UEFA EURO 2016TM di Perancis, Liga Bola Sepak Utama (Major League Soccer) di AS dan Kanada, serta Piala Asia AFC 2019 di Emiriah Arab Bersatu.

www.contisoccerworld.com  

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151112/0861511135-a
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20151112/0861511135LOGO

Source: Continental Tires
Keywords: