omniture

RhodeCode Selesai Pengambilalihan Appenlight

RhodeCode Inc.
2015-11-16 09:17 242

BERLIN dan PALO ALTO, California, 16 November, 2015 /PRNewswire/ --

-Rujukan silang: Gambar disediakan di AP Images (http://www.apimages.com) dan http://www.presseportal.de/nr/114491

RhodeCode Inc., hari ini mengumumkan ia telah menyempurnakan pengambilalihan Appenlight, penyedia pemantauan-prestasi-aplikasi milik persendirian yang membantu pihak pembangun memperoleh metrik prestasi dan laporan ralat dengan mudah serta pantas daripada aplikasi laman sesawang. Terma-terma kewangan tidak didedahkan.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151023/279973LOGO )

Pelanggan-pelanggan daripada pelbagai industri, termasuk permainan, khidmat kewangan, peruncitan dan penjagaan kesihatan kini menggunakan Appenlight. Appenlight telah mengintegrasikan Appenlight ke dalam aplikasi Perusahaan miliknya bagi membolehkan para pelanggan menyediakan khidmat pemantauan dan pelaporan prestasi yang hebat untuk pasukan pembangunan perisian mereka di belakang tembok api (firewall).

"Pengambilalihan Appenlight membawa satu perubahan untuk RhodeCode dan para pelanggan kami. Kini, kami mampu menyediakan khidmat pemantauan prestasi, analisis data masa nyata dan amaran ralat agar para pelanggan dapat mengoptimumkan prestasi aplikasi serta khidmat penghantaran mereka. Kami bakal melancarkan aplikasi tambahan kepada platform Appenlight beberapa bulan akan datang," kata Matthew Powell, Ketua Pegawai Ekskeutif RhodeCode.

"Keputusan untuk menyertai RhodeCode adalah sangat jelas. Para pembangun kini mengekod menggunakan rangka kerja web dan infrastruktur awan, di samping terus melaksanakan aplikasi mereka dalam masa nyata. Pembangunan web telah beralih kepada Perusahaan dan sebahagian daripada peralihan itu adalah dengan meletakkan Appenlight di belakang tembok api yang dapat membantu pasukan agar sentiasa mengetahui prestasi perisian mereka," kata Marcin Lulek, pengasas dan pencipta Appenlight.

Pengambilalihan Appenlight membantu mengukuhkan portfolio RhodeCode dengan memperluas ruang pembangunan sedia ada melalui teknologi pengurusan data serta pemantauan aplikasi. Ini akan membantu para pelanggan mempermudah dan mempercepat pembangunan aplikasi web berskala besar.

Khidmat tersebut adalah berasaskan RESTful JSON API sepenuhnya yang membolehkan data disimpan dan diakses dengan mudah. Bahagian depannya mempunyai ciri-ciri grafik yang hebat dan ini membantu para pengguna mempersembahkan data mereka dalam format visual tertentu seperti graf, carta atau laporan yang dikumpulkan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang RhodeCode, sila layari https://rhodecode.com/


Wakil Media:
Brian Butler
brian@rhodecode.com
+49-1575-3023-911

John Farrell
John@rhodecode.com
+1-(415)-813-2047

Source: RhodeCode Inc.
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Acquisitions, mergers, takeovers