omniture

Panglima Tentera Laut dan Pegawai Panji APAC Berhimpun di Sidang Kemuncak Keselamatan Maritim dan Pengawasan Pantai ke-12 di Malaysia

IQPC Worldwide
2015-11-16 13:23 352

SINGAPURA, Nov. 16, 2015 /PRNewswire/ -- Tiga minggu lagi, para pegawai kanan Tentera Laut dan pegawai-pegawai kerajaan dari Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, New Zealand, Indonesia dan lain-lain akan berhimpun pada 1-2 Disember untuk membincangkan kemas kini tentang keselamatan maritim dan pengawasan pantai di Intercontinental Hotel di Kuala Lumpur, Malaysia.

Dianjurkan bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan IQPC Asia, Sidang Kemuncak Keselamatan Maritim dan Pengawasan Pantai kali ke-12 itu akan menampilkan ucap tama daripada Laksamana Madya Dato' Seri Ahmad Kamarulzaman Haji Ahmad Baharuddin, Timbalan Ketua TLDM, Laksamana Dato' Haji Ahmad Puzi bin AB Kahar, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Mejar Jeneral Guillermo A Molina Jr. II, Timbalan Ketua Perancangan dan Ketua Program Pemodenan Angkatan Tentera Filipina, Laksamana Madya Sucheep Whoungmaitree, Timbalan Ketua Turus, Tentera Laut Diraja Thai dan ramai lagi bagi membincangkan cabaran kritikal dan keperluan operasi untuk mempertingkatkan keselamatan maritim di rantau tersebut.

"Kami merasakan ini adalah peluang yang hebat untuk IQPC berkolaborasi dengan Tentera Laut Diraja Malaysia dan memanfaatkan persidangan tahun ini sebagai platform serantau untuk Tentera Laut dan Pengawal Pantai berhimpun serta melibatkan diri dalam dialog membina untuk mengatasi cabaran dalam persekitaran keselamatan maritim yang berubah di rantau Asia Pasifik," ulas Joshua Lim, Ketua Portfolio Pertahanan dan Kerajaan di IQPC.

Selain itu, persidangan ini akan turut merangkumi beberapa topik tentang kemampuan teknologi dan pemerolehan berkenaan situasi Laut China Selatan, bersama institut-institut maklumat pasaran dan penyelidikan terkemuka termasuk IHS Janes dan RSIS yang menyediakan kemas kini yang tepat pada masanya tentang situasi tersebut.

Bersama perwakilan kanan dan penyertaan daripada TLDM, persidangan itu akan turut menampilkan lebih 250 perwakilan, termasuk pegawai-pegawai tentera berpangkat tinggi dari MMEA, MIMA, Tentera Laut AS, Tentera Laut Perancis, Tentera Laut Itali, Tentera Laut Indonesia, dan para pegawai dari Singapura, Vietnam, Thailand, New Zealand, Filipina dan lain-lain.

Pemain penting industri termasuk Airbus Defence and Space, Microsoft, Lockheed Martin, Selex ES, Thales, SAAB, Damen, Kongsberg, Transas, General Atomics, Hawker Pacific, MBDA, Terma, GEM Elettronica, Aerodata, Indra dan lain-lain juga telah mengesahkan kehadiran mereka di acara yang bakal menjadi persidangan keselamatan dan pengawasan maritim terbesar di Asia Pasifik tahun ini.

"Memandangkan berlakunya banyak perubahan kepimpinan dalam Tentera Laut APAC dan Pengawal Pantai dari Thailand, Filipina, Singapura, Malaysia dan lain-lain, persidangan ini merupakan peluang hebat untuk pegawai-pegawai panji ini berhimpun serta membincangkan kerjasama baharu dan sama pentingnya untuk industri ini untuk bertemu dan juga membina rangkaian dengan mereka," tambah Dora Zhang, Pengarah Kerjasama Pertahanan di IQPC.

Untuk maklumat lanjut tentang persidangan Keselamatan Maritim dan Pengawasan Pantai Tahunan Ke-12, sila kunjungi www.coastalsurveillancemda.com atau e-melkan kepada: enquiry@iqpc.com.sg

Hubungi:
Dhiraj Bhanushali 
Tel. +65 6722 9443 
E-mel: Dhiraj.Bhanushali@iqpc.com.sg

Source: IQPC Worldwide
Keywords: Maritime/Shipbuilding Transportation Trade show news