omniture

Asia Plantation Capital Capai Tahap Baharu di Mesyuarat Agung Tahunan

Asia Plantation Capital
2015-11-19 15:58 603

 

 

 

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 November, 2015 /PRNewswire/ -- Syarikat pengurusan ladang yang memenangi anugerah, Asia Plantation Capital telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Thailand pada 10 Oktober 2015, di Intercontinental Hotel di Bangkok, Thailand.

 

 

En. Barry Rawlinson, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital berucap kepada hadirin di Mesyuarat Agung Tahunan di The Intercontinental Hotel di Bangkok, Thailand
En. Barry Rawlinson, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital berucap kepada hadirin di Mesyuarat Agung Tahunan di The Intercontinental Hotel di Bangkok, Thailand
Para hadirin di reruai Eco Tech Asia – mempamerkan bagasi buluh, 'APC Boo Bikes' dan lain-lain produk mesra alam
Para hadirin di reruai Eco Tech Asia – mempamerkan bagasi buluh, 'APC Boo Bikes' dan lain-lain produk mesra alam
Paparan 'kedai timbul' Fragrance Du Bois yang mewah di Mesyuarat Agung Tahunan
Paparan 'kedai timbul' Fragrance Du Bois yang mewah di Mesyuarat Agung Tahunan

Mencapai tahap baharu yang lebih tinggi, Asia Plantation Capital mengumumkan hasil sebanyak AS$64.7 juta bagi tahun kewangan 2014, sambil melepasi jumlah AS$8.1 juta dalam pembayaran balik kepada pelanggan sejak penubuhannya, dan diramal melepasi AS$10 juta menjelang akhir tahun 2015. Kemas kini turut diberi tentang perkembangan pesat dan pemerolehan ladang-ladang di rantau tersebut, yang memberi penekanan kepada pembukaan kilang pemprosesan gaharu terbesar Asia Tenggara di Malaysia. Kilang seluas 44,000 kaki persegi dan menampilkan himpunan 20 alat penyulingan yang mengagumkan - adalah amat penting kepada rancangan perluasan Asia Plantation Capital untuk meningkatkan bahagian pasaran dalam tahun-tahun akan datang. 

Bagi memulakan Mesyuarat Agung Tahunan itu, En. Barry Rawlinson, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital Group, memberi ucapan kepada hadirin yang terdiri daripada 300 pemilik ladang yang berpangkalan di Thailand serta pihak-pihak berkepentingan, dan berucap tentang dedikasi berterusan dan juga pendekatan syarikat itu yang bersungguh-sungguh terhadap kelestarian 'holistik' - yang merangkumi layanan dan galakan sama rata yang diberikan kepada semua kakitangan, daripada bahagian pengurusan tertinggi hinggalah kepada para pekerja ladang. 

Antara sorotan lain termasuk pengenalan cawangan baharu kumpulan itu yang memfokuskan minyak pati, hartanah, bahan organik dan buluh yang lestari. Ini merupakan bahagian utama daripada komitmen berterusan syarikat itu kepada penyelidikan dan pembangunan merentasi kesemua sektor perladangan terasnya.

En. Roger Hargreaves, Pengerusi Asia Plantation Capital Thailand, terus memberi kemas kini kepada para hadirin tentang syarikat sekutu Asia Plantation Capital, perkembangan terkini Eco Tech Asia, yang memfokuskan tenaga hijau, kuasa suria, dan pelbagai barangan mesra alam, seperti basikal buluh ('APC Boo Bikes'), bagasi, lantai kayu jati dan buluh, selain produk-produk sel suria berkuasa tinggi.

Sambil menegaskan pendekatan Asia Plantation Capital kepada kelestarian holistik, Pn. Jinda Tonkhambai, Pengurus Besar dan Pengarah Perhutanan, Thailand, menggariskan aspek-aspek praktikal bagi usaha dan penjagaan yang dilakukan oleh seluruh kakitangan Asia Plantation Capital di 126 ladang di Thailand dan Sri Lanka. Selain daripada aktiviti-aktiviti komersial, Asia Plantation Capital menyokong penuh dan bekerjasama rapat dengan masyarakat tempatan di tempat ia beroperasi dengan menyediakan bantuan sosial dan kebudayaan, selain pelaburan. Satu contoh hal ini adalah apabila Asia Plantation Capital menghadiahkan basikal kepada kanak-kanak di sebuah kampung di Thailand sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Kanak-kanak.

Profesor Madya, Dr Pakamas Chetpattanondh, daripada Prince of Songkla University, turut menyampaikan data saintifik dan teknikal terkini kepada para hadirin, bagi pihak jabatan penyelidikan. Lembaga Penasihat Saintifik Asia Plantation Capital kini menjalin kerjasama dengan Dr Dai Haofu, Timbalan Pengarah Institut Biosains dan Bioteknologi Tropika di China, tentang manfaat perubatan dan penyembuhan minyak Oud. Sehingga tahun lalu, usaha penyelidikan utama telah memberi tumpuan kepada kaedah penyuntikan untuk gaharu, bersama kecekapan proses dan kecemerlangan penyulingan, yang semuanya direka untuk meluaskan serta memperhalusi kaedah merangsang penghasilan resin di ladang-ladang Asia Plantation Capital.   

Pengarah Jenama Fragrance Du Bois, Nicola Parker, memberi kemas kini kepada para hadirin tentang perkembangan dan perluasan jenama itu sepanjang tahun lalu - dengan memberi penekanan penting kepada kerjasama dengan Asia Plantation Capital, dan komitmen berterusannya untuk menggunakan minyak Oud 100% tulen yang dibekalkan oleh syarikat perladangan itu. Jenama itu juga telah memberi peluang kepada Asia Tenggara untuk menyimpan bekalan dan mempromosikan antara wangian paling eksklusif di dunia.

Setelah meraikan ulang tahun pertama butik utamanya di Singapura dan Kuala Lumpur baru-baru ini, berserta pelancaran wangian yang baru dikeluarkan, London Oud, berita terbesar hadir bersama pengumuman bahawa jenama nic mewah itu akan membuka butik konsep seterusnya di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Ini akan diikuti dengan sebilangan 'konsesi' dan 'kedai timbul' di gedung beli belah di bandar-bandar utama di seluruh dunia.

Satu paparan 'kedai timbul', mereplikasi butik utama Fragrance Du Bois di Singapura dan Kuala Lumpur, turut tersedia untuk para hadirin bagi mengalami pengalaman yang memberi pengetahuan dan deria. 

"Tahun 2014 merupakan satu lagi tahun yang mengujakan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital Group, Barry Rawlinson, "dan bukan sekadar di rantau ini, tetapi juga di peringkat global. Selain daripada usaha perluasan dan pertumbuhan pesat dalam sektor perhutanan, usaha kami juga telah diiktiraf oleh pakar-pakar industri, dan kami berbesar hati menerima dua anugerah bagi perhutanan lestari."

Rawlinson menyimpulkan, "Bagi pihak syarikat ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak berkepentingan, para pemegang saham dan setiap ahli kakitangan kami atas sumbangan dan sokongan mereka. Kami sentiasa berusaha untuk maju ke hadapan, dan akan sentiasa mengingati nilai-nilai teras kami seiring usaha kami dalam meraih kecemerlangan yang menjanjikan satu lagi tahun dengan pencapaian kemajuan dan kejayaan."

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Zureina Maidin
Pengarah Perhubungan Awam & Pemasaran, Malaysia
E-mel: zureina.maidin@asiaplantationcapital.com
Tel. Bimbit: +6013-774-1009

Samantha Tham
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran, Malaysia
E-mel:samantha.tham@asiaplantationcapital.com
Tel. Bimbit: +65 91440933

Latar Belakang Asia Plantation Capital

 

Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2008 (walaupun beroperasi secara persendirian sejak tahun 2002), Asia Plantation Capital merupakan pemilik dan pengendali rangkaian luas perniagaan perladangan dan pertanian komersial di seluruh rantau Asia Pasifik dan di seluruh dunia, serta merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat gabungan Asia Plantation Capital Group.

Merintis laluan dalam pengurusan perladangan yang lestari, Asia Plantation Capital berbangga dengan pendekatan kelestarian 'holistik' mereka dengan bekerjasama rapat, dan menyokong komuniti tempatan, dengan menyediakan sokongan sosial serta budaya, selain pelaburan, bagi menjauhkan komuniti ini daripada aktiviti pembasmian hutan dan pembalakan haram, yang sebelum ini dilihat sebagai punca pendapatan utama bagi sesetengah rantau di Asia.

Dengan ladang dan projek-projek pertanian di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Myanmar, Vietnam, Amerika Utara dan Eropah, Asia Plantation Capital merupakan salah satu daripada pengeluar bersepadu vertikal terbesar untuk minyak Oud dan gaharu di Asia Tenggara - satu bukti kepada pembukaan sebuah kilang pemprosesan gaharu terbesar di rantau ini baru-baru ini.

Latar Belakang Fragrance Du Bois

Fragrance Du Bois merupakan syarikat wangian nic mewah yang dilahirkan daripada kekayaan sari alam semula jadi, dihasilkan oleh pembuat wangian generasi kelima daripada tradisi Perancis Grasse abad ke-17. Semua wangian Du Bois dicipta menggunakan 100% minyak Oud tulen yang organik serta bahan-bahan lain yang disumberkan secara lestari daripada ladang-ladang yang diuruskan oleh syarikat yang memenangi anugerah, Asia Plantation Capital.

Baru sahaja meraikan ulang tahun pertamanya di butik-butik utama mereka di Singapura dan Malaysia, Fragrance Du Bois berharap untuk mengadakan pembangunan lanjut di Dubai, Hong Kong dan Thailand. Fragrance Du Bois mencipta hanya pengalaman terbaik dalam pembuatan minyak wangi tersuai khusus, sambil masih setia kepada etosnya - 'Kemewahan peribadi dengan rasa prihatin'.

Latar Belakang Eco Tech Asia

Eco Tech Asia mengkhusus dalam lantai kayu buluh. Permintaan terhadap lantai buluh sedang meningkat ekoran ketahanan, keindahan semula jadi, dan tarikan pasaran global. Penggunaan buluh yang bertambah akan memerlukan lebih banyak ladang buluh komersial yang lestari bagi memenuhi kehendak rantaian bekalan sedia ada. Ia turut mengeluarkan basikal buluh serta bagasi buluh, dan akan memperluaskan aktiviti kepada produk-produk kesihatan, fesyen, dan gaya hidup mesra alam dalam masa terdekat.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151021/8521507060-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151021/8521507060-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151021/8521507060-c

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Paper/Forest Products/Containers Conservation/Recycling Trade show news