omniture

Kisah Kejayaan Asia Plantation Capital Bukti Positif Keberkesanan Penyepaduan Menegak

Asia Plantation Capital
2015-11-19 13:35 547

SINGAPURA, 19 November 2015 /PRNewswire/ -- Dalam majalah McKinsey Quarterly pada Ogos 1993, John Stuckey dan David White bersungguh-sungguh memberi amaran akan bahaya amalan penyepaduan menegak dalam perniagaan sesebuah syarikat.

Pokok-pokok Aquilaria yang ditanam di salah sebuah ladang Asia Plantation Capital
Pokok-pokok Aquilaria yang ditanam di salah sebuah ladang Asia Plantation Capital

Mesej utamanya adalah, "jangan lakukan penyepaduan menegak melainkan amat perlu untuk mewujudkan atau melindungi nilai."

Minyak Oud yang diperoleh daripada Asia Plantation Capital digunakan bagi menghasilkan Fragrance Du Bois
Minyak Oud yang diperoleh daripada Asia Plantation Capital digunakan bagi menghasilkan Fragrance Du Bois

Artikel tersebut seterusnya memperincikan pelbagai kesilapan dan ancaman yang mungkin berlaku, menunjukkan penulis-penulis itu tidak menyukai amalan tersebut.

Syarikat-syarikat menjalankan proses penyepaduan menegak atas pelbagai sebab. Salah satu kelebihan penting adalah syarikat yang mengamalkan penyepaduan menegak akan memiliki rantaian bekalannya sendiri, dan dengan itu dapat mewujudkan nilai pada setiap pautan – bagi model yang baik, setiap ahli rantaian bekalan akan menghasilkan produk atau perkhidmatan berbeza.

Secara relatifnya usaha ini mudah dicapai selagi wujudnya pasaran untuk apa jua produk yang dihasilkan oleh syarikat yang mengamalkan penyepaduan menegak.

Secara ideal, model perniagaan yang sempurna mempunyai rangkaian syarikat gabungan yang berebut-rebut untuk membeli dan menggunakan setiap yang dihasilkan. Harga dapat dikawal kerana setelah selesai berniaga, apabila akaun dihitung, satu bahagian daripada sesebuah syarikat tidak akan mengenakan harga berlebihan kepada bahagian syarikat itu yang lain untuk sesebuah produk. Apakah faedahnya?

Mengenakan harga lebih rendah juga bukan satu pilihan, kerana akaun perlu diimbangkan dan kos-kos dipenuhi. Dalam dunia perniagaan yang ideal, harga akan disetujui yang munasabah bagi semua pihak terlibat.

Kawalan rantaian bekalan amat penting dari segi kepentingannya terhadap model perniagaan penyepaduan menegak. Kawalan dapat mengurangkan kos, meningkatkan kecekapan, memastikan kualiti dan mengawal pembolehubah-pembolehubah.

Satu masalah besar dalam model perniagaan penyepaduan menegak adalah rantaian itu hanyalah sekuat pautan yang paling lemah, dan jika, contohnya, permintaan pada sebarang peringkat gagal memenuhi jangkaan, mungkin terdapat kesan berkait yang buruk yang mengancam integriti keseluruhan struktur itu.

Walau bagaimanapun, proses itu boleh berjaya serta telah menunjukkan hasilnya, dan Asia Plantation Capital merupakan satu contoh sedemikian, dengan menerima setiap aspek positif daripada senario penyepaduan menegak, sambil mengelakkan kegagalan – mengawal setiap keadaan yang relevan dalam rantaian bekalan dan memaksimumkan kelebihan yang berpotensi.

Dengan moto 'daripada tanah…kepada minyak…kepada anda' yang bergema di seluruh koridor Asia Plantation Capital dan syarikat-syarikat gabungannya, mereka mengetengahkan kisah hebat bagi sesuatu yang lestari, boleh diperbaharui dan kesedaran alam sekitar yang turut memberi peluang hebat untuk para pelabur dan pihak-pihak berkepentingan.

Proses ini bermula dengan pembelian tanah dan berakhir dengan pemakaian wangian luar biasa. Semua langkah-langkah di antaranya, dan proses yang diperlukan untuk memastikan pautan-pautan dalam rantaian bekalan adalah cukup kukuh, diuruskan oleh Asia Plantation Capital.

Daripada Tanah…

Asia Plantation Capital menanam pokok Aquilaria – spesies yang ditebang secara haram sehingga hampir pupus dan kini tersenarai dalam senarai spesies terancam CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa  Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar) – di ladang-ladang miliknya.

Syarikat ini mendapatkan hasil daripada pokok-pokok ini melalui kaedah yang beretika serta lestari, dan mengeluarkan pati daripadanya yang lebih bernilai daripada emas.

Kepada Minyak..

Pokok Aquilaria, apabila dijangkiti sejenis kulat tertentu, menghasilkan resin yang gelap hasil daripada tindak balas serangan itu, dan bahan inilah (Oud) yang menghasilkan nilai tersebut.

Oud telah digunakan dalam upacara keagamaan dan kebudayaan selama beribu-ribu tahun, dan digemari kerana aromanya dan unsur perubatannya.

Apabila disuling, Oud dapat ditukarkan menjadi minyak pati yang telah digunakan dalam wangian sejak zaman-berzaman.

Oud yang dihasilkan oleh pokok Aquilaria Asia Plantation Capital merupakan yang berkualiti tertinggi dan dengan penyepaduan menegak, syarikat itu menubuhkan loji penyulingannya sendiri, seterusnya mengukuhkan dua pautan dalam rantaian tersebut.

Asia Plantation Capital memiliki ladang yang menanam pokok-pokok itu (satu lagi pautan), dan telah menubuhkan lembaga penasihat penyelidikan dan pembangunan untuk memastikan teknologi proprietari yang diperlukan untuk mengoptimumkan pertumbuhan dan hasil (satu lagi pautan yang amat penting dan signifikan).

Perlu dinyatakan bahawa pokok-pokok ini bukan sahaja menghasilkan minyak Oud, tetapi juga serpihan kayu dan produk-produk sampingan lain yang mendapat permintaan tinggi dan digunakan di seluruh dunia dalam bentuk kemenyan, malah dalam bentuk asli kerana sifat wangiannya.

Asia Plantation Capital menanam dan membesarkan anak pokoknya sendiri, menanam hanya yang paling sihat dan mempunyai ketahanan tinggi, seterusnya mengekalkan kawalan walaupun pada peringkat embrio proses tersebut. Kawalan, seperti kebiasaannya, adalah amat penting.

Setelah Oud disuling, peringkat-peringkat akhir rantaian itu mula memainkan peranan. Minyak Oud mendapat permintaan yang semakin tinggi dari seluruh dunia, dan merupakan sebahagian daripada industri yang dianggarkan bernilai antara AS$6 bilion dan AS$12 bilion setiap tahun.

Kepada Anda…

Dunia wangian begitu menginginkannya pada masa kini, dan anda akan menemui Oud sebagai bahan ramuan dalam banyak wangian paling terkenal di dunia. Ia telah menjadi ramuan pilihan Abad ke-21, dengan Jenama-jenama seperti Yves St Laurent, Dior dan Tom Ford berebut-rebut menyertai trend ini.

Menyertai nama-nama terkemuka ini adalah satu pemain baharu iaitu Fragrance Du Bois – sebuah jenama wangian yang menghasilkan antara wangian paling luar biasa dan menggoda di pasaran.

Fragrance Du Bois merupakan sebahagian daripada Asia Plantation Capital Group of Companies, dan merupakan pautan terakhir dalam rantaian ini. Fragrance Du Bois telah menubuhkan butik-butik utama di Singapura dan Kuala Lumpur, dengan beberapa lagi yang sedang diusahakan.

Dengan sekumpulan Pakar Pembuat Wangian memformulasikan wangian dan memberikan sentuhan mereka kepada produk-produk Fragrance Du Bois, dalam masa yang begitu singkat, syarikat itu telah mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain utama, dengan keaslian dan inovasi menjadi teras bagi segala yang dihasilkannya.

Apa yang paling digemari oleh Pakar Pembuat Wangian Fragrance Du Bois adalah kualiti Oud yang dapat diproses oleh mereka. Ia dijamin 100% asli, organik, bergred tertinggi dan berkeadaan lutsinar. Pembuat minyak wangi itu sendiri mengetahui asal-usul minyak itu dan bagaimana ia dibuat.

Sama pentingnya, mereka mengetahui Oud itu telah dihasilkan, dan disumberkan dalam cara yang beretika dengan kelestarian menjadi faktor penting dalam falsafah keseluruhan dan bekalan yang terjamin dalam rantaian itu.

Sekiranya kawalan menjadi faktor penting dalam model perniagaan penyepaduan menegak yang berjaya, maka Asia Plantation Capital nampaknya telah mempunyai pelan tindakan yang terbaik. Pelbagai syarikatnya membeli tanah, memiliki tanah, menanam pokok, mengekstrak resin dan menghasilkan serpihan kayu serta minyak, sebelum membekalkannya kepada industri pertumbuhan yang amat melibatkan gedung runcitnya

Anda mungkin menyangka pihak pengurusan Asia Plantation Capital telah membaca artikel Stuckey dan White pada tahun 1993 tidak lama sebelum mengamalkan model perniagaan penyepaduan menegak yang nampaknya begitu sempurna.

Segala amaran, nampaknya, telah didengar, kesilapan dielakkan, dan sesuatu yang istimewa telah dicipta. Satu model perniagaan untuk zaman ini yang dapat memenuhi banyak keperluan pelaburan alternatif yang menerima ketiga-tiga matlamat paling penting; masyarakat, alam sekitar, dan keuntungan.

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut sila e-melkan kepada pr@cachejournal.com

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2008 (walaupun beroperasi secara persendirian sejak tahun 2002), Asia Plantation Capital merupakan pemilik dan pengendali rangkaian luas perniagaan perladangan dan pertanian komersial di seluruh rantau Asia Pasifik dan di seluruh dunia, serta merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat gabungan Asia Plantation Capital Group.

Latar Belakang Fragrance Du Bois

Fragrance Du Bois merupakan syarikat wangian nic mewah yang dilahirkan daripada kekayaan sari alam semula jadi, dihasilkan oleh pembuat wangian generasi kelima daripada tradisi Perancis Grasse abad ke-17. Semua wangian Du Bois dicipta menggunakan 100% minyak Oud tulen yang organik serta bahan-bahan lain yang disumberkan secara lestari daripada ladang-ladang yang diuruskan oleh syarikat yang memenangi anugerah, Asia Plantation Capital.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Cache Journal Limited
Towers Point, Wheelhouse Road, Rugeley, WS15 1UN United Kingdom
Tel: +65 6299 4998
E-mel: pr@cachejournal.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151021/8521507065-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151021/8521507065-b

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Paper/Forest Products/Containers New products/services