omniture

Asia Plantation Capital Pamerkan Minyak Oud di Bengkel Penghasilan Minyak Wangi IFEAT

Fragrance Du Bois
2015-11-19 13:21 495

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 November 2015 /PRNewswire/ -- Sebagai pembekal eksklusif kepada syarikat wangian nic mewah Perancis, Fragrance Du Bois - serta jenama-jenama wangian terkemuka lain - syarikat perladangan lestari yang memenangi anugerah, Asia Plantation Capital tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri minyak pati dan wangian.

Bengkel wangian oleh Joanna Norman, dengan minyak Oud 100% tulen, semula jadi Asia Plantation Capital sebagai salah satu bahannya.
Bengkel wangian oleh Joanna Norman, dengan minyak Oud 100% tulen, semula jadi Asia Plantation Capital sebagai salah satu bahannya.

Semasa Persidangan IFEAT (Persekutuan Perdagangan Minyak Pati dan Wangian Antarabangsa) tahunan yang diadakan baru-baru ini, yang diadakan dari 28 September hingga 1 Oktober di Colombo, Sri Lanka, Asia Plantation Capital bukan sahaja tampil sebagai penaja gelaran untuk acara itu, tetapi juga menyediakan minyak Oud 100% tulen mereka yang sangat sukar didapati dan bernilai untuk bengkel penghasilan minyak wangi yang dianjurkan oleh pakar wangian global dan perunding wangian Chanel, Joanna Norman.

Bertemakan 'Asia - Sumber Minyak Pati dan Tumbuhan Ubatan', persidangan selama seminggu ini merangkumi beberapa topik dan isu berkenaan industri perisa dan wangian yang rumit serta mengujakan, dengan matlamat keseluruhan untuk menggiatkan usaha perlindungan alam sekitar dengan menggalakkan kelestarian dan amalan baik dalam sektor itu.

Bengkel sepanjang hari itu menyaksikan kehadiran para peserta yang terdiri daripada pembekal minyak pati, pakar, hingga ke penggemar wangian - yang diberikan pemahaman tentang ciri-ciri bahan yang menakjubkan, dan arahan untuk menghasilkan minyak wangi dari awal menggunakan minyak Oud 100% tulen dan semula jadi daripada Asia Plantation Capital sebagai unsur penting dalam komposisinya.

Bengkel pembuatan minyak wangi itu juga menerokai bagaimana pembuat minyak wangi mencipta wangian dengan mengenal pasti bahan mentah, membina nota, dan menggabungkan bahan-bahan yang menghasilkan produk akhir yang jauh lebih baik daripada sekadar campuran bahan-bahannya.

Kaedah bengkel itu adalah interaktif, yang membolehkan peserta membangkitkan deria mereka bagi mencipta wangian unik dan diilhamkan diri sendiri, selain mengembangkan kemahiran komunikasi mereka apabila menerangkan bahan-bahan dan cara ia saling melengkapi.

"Saya pasti kita semua sudah menyedari kehadiran minyak wangi Oud yang semakin meningkat di pasaran," kata Joanna Norman. "Dahulu terdapat kurang daripada 10 wangian berasaskan Oud, dan kemudian tiba-tiba, setiap jenama nampaknya mempunyai Oud sebagai sebahagian daripada koleksi mereka. Oud adalah bahan yang sangat dinamik dan menarik. Ia mencabar pembuat minyak wangi dari semua segi."

"Minyak Oud Asia Plantation Capital," simpul beliau, "mempunyai kualiti paling tinggi, dan bukan itu saja, ia disumberkan secara lestari. Kelestarian merupakan topik penting dalam persidangan ini."

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2008 (walaupun beroperasi secara persendirian sejak tahun 2002), Asia Plantation Capital merupakan pemilik dan pengendali rangkaian luas perniagaan perladangan dan pertanian komersial di seluruh rantau Asia Pasifik dan di seluruh dunia, serta merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat gabungan Asia Plantation Capital Group.

Merintis jalan dalam pengurusan perladangan yang lestari, Asia Plantation Capital berbangga dengan pendekatan kelestarian 'holistik' mereka dengan bekerjasama rapat, dan menyokong komuniti tempatan, dengan menyediakan sokongan sosial serta budaya, selain pelaburan, bagi menjauhkan komuniti ini daripada aktiviti pembasmian hutan dan pembalakan haram, yang sebelum ini dilihat sebagai punca pendapatan utama bagi sesetengah rantau di Asia.

Dengan hampir 126 ladang dan projek pertanian di empat benua di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Myanmar, Vietnam, Amerika Utara dan Eropah, Asia Plantation Capital merupakan salah satu daripada pengeluar bersepadu vertikal terbesar untuk minyak Oud dan Gaharu di Asia Tenggara. Asia Plantation Capital juga adalah penerima dua anugerah perhutanan lestari daripada CFI.co dan The European.

Latar Belakang Fragrance Du Bois

Fragrance Du Bois merupakan syarikat wangian nic mewah yang dilahirkan daripada kekayaan sari alam semula jadi, dihasilkan oleh pembuat wangian generasi kelima daripada tradisi Perancis Grasse abad ke-17. Semua wangian Du Bois dicipta menggunakan 100% minyak Oud tulen yang organik serta bahan-bahan lain yang disumberkan secara lestari daripada ladang-ladang yang diuruskan oleh syarikat yang memenangi anugerah, Asia Plantation Capital.

Baru sahaja meraikan ulang tahun pertamanya di butik-butik utama mereka di Singapura dan Malaysia, Fragrance Du Bois berharap untuk mengadakan pembangunan lanjut di Dubai, Hong Kong dan Thailand. Fragrance Du Bois mencipta hanya pengalaman terbaik dalam pembuatan minyak wangi tersuai khusus, sambil masih setia kepada etosnya – 'Kemewahan peribadi dengan rasa prihatin'.

Latar Belakang Joanna Norman

Joanna telah menghabiskan hampir 30 tahun bekerja dengan wangian dan asalnya dilatih oleh pembekal terkemuka, IFF, di London serta Paris. Latar belakang profesional beliau termasuk semua aspek pembangunan wangian, pemasaran, jualan dan latihan. Mengkaji fesyen dan wangian di Royal College of Art memberi semangat kepada keghairahan Joanna untuk menerokai bidang penghasilan wangian serta rekaan deria yang menggabungkan nilai estetik dan juga perniagaan.

Joanna merupakan pelatih korporat kanan dan pensyarah di Universiti Kingston. Kini, beliau merupakan ketua juri untuk Anugerah Jasmine, dan ahli Jawatankuasa Pendidikan Yayasan Wangian yang merintis penggunaan deria bau dalam pendidikan rendah.

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Zureina Maidin
Pengarah Perhubungan Awam & Pemasaran, Malaysia
E-melzureina.maidin@asiaplantationcapital.com
Telefon Bimbit: +6013-774-1009

Samantha Tham
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran, Malaysia
E-mel:samantha.tham@asiaplantationcapital.com
Telefon Bimbit: +65-9144-0933

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151016/8521506928

Source: Fragrance Du Bois
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Oil/Energy Paper/Forest Products/Containers Trade show news