KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 November 2015 /PRNewswire/ -- Dengan ladang yang dimiliki dan diuruskan secara lestari di seluruh dunia, Asia Plantation Capital tidak asing lagi dalam industri minyak pati, menyediakan antara produk berkualiti paling tinggi untuk pasaran yang semakin memilih.
Asia Plantation Capital berbesar hati bukan sekadar kerana dapat menghadiri Persidangan IFEAT (Persekutuan Perdagangan Minyak Pati dan Aroma Antarabangsa) 2015, tetapi turut memainkan peranan sebagai salah satu penaja acara tersebut yang telah diadakan di Colombo, Sri Lanka dari 27 September hingga 1 Oktober. Digelar sebagai 'Pulau Rempah', Sri Lanka menjadi lokasi bagi beberapa ladang Asia Plantation Capital sendiri, dan syarikat yang dinamakan sebagai 'Syarikat Pelaburan Perhutanan Terbaik' dalam Anugerah Pasaran Membangun The European 2015, bertujuan untuk memanfaatkan persidangan itu bagi menunjukkan komitmen berterusannya terhadap pembangunan yang bertanggungjawab dan lestari.
Tema bagi Persidangan IFEAT 2015 ialah 'Asia - Sumber Minyak Pati dan Tumbuhan Ubatan', serta merangkumi beberapa topik dan isu berkenaan industri perisa dan wangian yang unik serta mengujakan, dengan matlamat keseluruhan untuk melindungi persekitaran dan juga menggalakkan kelestarian dan amalan baik dalam sektor tersebut.
"Tahun ini di IFEAT 2015, kami berharap untuk menyampaikan mesej kepada industri tentang kepentingan rantaian bekalan yang diperakui dan lestari," kata Barry Rawlinson, Ketua Pegawai Eksekutif, Asia Plantation Capital. "Kisah 'Tanah kepada Minyak kepada Anda' yang kini dikenali menjadi teras segala yang kami lakukan di Asia Plantation Capital, serta mencerminkan nilai dan juga komitmen kami terhadap kelestarian. Hal ini juga tidak hanya diterapkan kepada penghasilan Oud kami yang terkenal. Kami menerapkannya dalam semua ladang kami di seluruh dunia bagi merangkumkan minyak nilam, vetiver dan minyak bunga mawar, berserta banyak lagi minyak dan juga resin lestari lain untuk pasaran antarabangsa."
Bagi memenuhi permintaan yang meningkat terhadap produk yang dhasilkan secara lestari dan semula jadi, Asia Plantation Capital melancarkan salah satu divisyen terkininya awal tahun ini - Asia Plantation Capital Essentials - untuk membekalkan minyak pati yang ditanam secara lestari kepada syarikat-syarikat kecil dan besar. Selain itu, jenama rakan kongsi Asia Plantation Capital - pengeluar wangian khusus dan mewah, Perancis, Fragrance Du Bois - baru-baru ini menghasilkan L'Essence Du Bois, yang diinspirasikan daripada perjalanan pendidikan dan pengalaman melalui 52 esen semula jadi yang ditemui dalam semua wangian terbaik.
"Kami menyaksikan satu trend yang meningkat yang mana semakin banyak pengguna menjadi semakin prihatin terhadap sumber produk yang dibeli oleh mereka," kata Nicola Parker, Pengarah Jenama Fragrance Du Bois. "Masyarakat masa kini ingin mengetahui apa yang mereka beli, dan dari mana ia datang, terutamanya bagi Oud, yang diperoleh daripada pokok terancam yang malangnya, masih ditebang secara haram. Hal ini adalah amat penting bagi menimbulkan kesedaran terhadap keperluan rantaian bekalan yang lestari, selain untuk menyampaikan mesej kepada rakan-rakan kongsi kami dalam industry ini."
Kesemua minyak Oud yang dihasilkan oleh Asia Plantation Capital memperoleh pensijilan CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Fauna & Flora) serta IFRA (Persatuan Wangian Antarabangsa), dan akan ditampilkan dalam bengkel wangian yang dikendalikan oleh pakar wangian, Joanna Norman, pada hari ketiga persidangan itu.
Diasaskan di UK, persidangan itu akan menyaksikan jumlah kehadiran yang mencatatkan rekod iaitu seramai lebih seribu ahli profesional industri sepanjang tempoh empat hari, dan sebelum ini pernah diadakan di bandar-bandar seperti Rom, San Francisco, Singapura serta Barcelona.
Latar Belakang Asia Plantation Capital
Asia Plantation Capital merupakan pemilik dan pengendali rangkaian luas perniagaan perladagan dan pertanian komersial di seluruh rantau Asia Pasifik dan di seluruh dunia, serta merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat gabungan Asia Plantation Capital Group. Fokusnya adalah terhadap projek-projek perladangan yang pelbagai, ditujukan kepada permintaan domestik dan global merentasi pelbagai benua. Bekerjasama rapat dan turut menyokong komuniti tempatan, merupakan prinsip teras perniagaan Asia Plantation Capital, menyediakan sokongan sosial dan kebudayaan, selain pelaburan, untuk menjauhkan masyarakat ini daripada melakukan aktiviti pembasmian hutan dan pembalakan haram, yang sebelum ini dilihat sebagai sumber pendapatan utama di sesetengah rantau di Asia.
Matlamat Asia Plantation Capital adalah untuk menjadi pemilik dan pengendali terkemuka bagi perhutanan serta ladang pertanian yang diuruskan secara lestari, yang terdiri daripada penilaian projek kepada pengurusan perladangan serta pengedaran produk hutan. Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2008 (walaupun beroperasi secara persendirian sejak tahun 2002), kumpulan ini kini memiliki projek-projek perladangan dan pertanian di empat buah benua, dengan projek-projek beroperasi di pelbagai peringkat di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Myanmar, Vietnam, Amerika Utara dan Eropah.
Latar Belakang Fragrance Du Bois
Fragrance Du Bois merupakan pengeluar wangian mewah khusus yang bekerjasama rapat dengan ladang lestari di Asia, membawakan wangian berasaskan minyak Oud organik 100% baharu yang mengujakan ke pasaran eksklusif di seluruh dunia. Memperoleh sumber bahan mentah terbaik secara lestari di seluruh dunia, bekerjasama dengan pembuat wangian Perancis untuk menghasilkan rangkaian penuh produk, dan turut menyediakan khidmat wangian buatan khas, Fragrance Du Bois adalah kemewahan peribadi dengan rasa prihatin.
Dengan butik-butik utama di Singapura dan Malaysia, serta ruang wangian eksklusif di Dubai, Hong Kong serta Thailand, Fragrance Du Bois mewujudkan hanya pengalaman terbaik dalam penghasilan wangian buatan khas.
Latar Belakang IFEAT
IFEAT mengutamakan kepentingan industri perisa dan wangian global di seluruh dunia. Sektor-sektor ini memiliki pulangan yang besar, menggajikan berjuta-juta orang, dan melibatkan perusahaan yang terdiri daripada operasi keluarga kecil sehingga syarikat-syarikat multinasional besar, yang terlibat dalam penghasilan minyak pati, pengilangan kimia aroma, penyebatian perisa dan wangian, perdagangan serta pengeluaran produk pengguna.
Matlamat utama IFEAT adalah untuk memajukan dan melindungi kepentingan ahli-ahlinya di seluruh pelusuk dunia melalui kolaborasi antarabangsa, galakan amalan yang baik, penyebaran maklumat dan penyediaan forum bagi tujuan perbincangan.
Satu aktiviti penting adalah persidangan antarabangsa IFEAT tahunan, yang telah berkembang menjadi perjumpaan tahunan paling penting bagi semua pemegang kepentingan yang terlibat dalam sektor itu, bagi memungkinkan peluang-peluang perniagaan dan hubungan sosial yang tiada tandingan. Dalam halaman-halaman berikut ketahui lebih lanjut tentang segala yang ditawarkan oleh IFEAT.
Notes untuk Editor:
Zureina Maidin
Pengarah Perhubungan Awam & Pemasaran, Malaysia
E-mel: zureina.maidin@asiaplantationcapital.com
Tel. Bimbit: +6013-774-1009
Samantha Tham
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran, Malaysia
E-mel: samantha.tham@asiaplantationcapital.com
Tel. Bimbit: +65 91440933
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151002/8521506538-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151002/8521506538-b