omniture

Cao Fei dan John Baldessari bakal Hasilkan Kereta Seni BMW

BMW Group
2015-11-20 19:29 311

MUNICH dan NEW YORK, 20 November, 2015 /PRNewswire/ -- Berikutan daripada pentauliahan oleh Jenny Holzer (1999), Olafur Eliasson (2007) dan Jeff Koons (2010), Siri Kereta Seni BMW kini akan diteruskan. Pada sambutan ulang tahun ke-40 siri tersebut, juri terdiri daripada pengarah dan kurator muzium telah memilih dua artis terkemuka untuk mereka sebuah kereta bagi setiap seorang. Artis dari China Cao Fei (*1978) dan artis dari Amerika John Baldessari (*1931) masing-masing akan menjadi artis termuda dan tertua yang ditampilkan dalam koleksi ini. Pada 19 November, Ian Robertson, ahli Lembaga Pengurusan BMW AG, mengumumkan kolaborasi tersebut di Muzium Solomon R. Guggenheim di New York. Kedua-dua artis akan menghasilkan sebuah BMW M6 GT3 pada tahun hadapan. Kenderaan rekaan baharu ini akan dipersembahkan di muzium-muzium pada tahun 2017, di samping turut membuktikan kemampuan di litar perlumbaan.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151116/287797 )

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151116/287799 )

"Saya teruja kerana dapat menyertai senarai artis Kereta Seni BMW yang hebat. Pecutan, sebuah konsep yang mengingatkan saya kepada keinginan saya untuk kelajuan sebagai pelari pada zaman Perintis Muda, amat berkait rapat dengan hubungan kontemporari yang saling berkait antara kelajuan, tenaga dan juga negara."

Cao Fei

"Saya amat berbesar hati apabila ramai rakan-rakan saya yang disegani mencadangkan saya sebagai artis untuk Kereta Seni BMW. Menghasilkan seni yang wujud di luar muzium adalah penting bagi saya, dan ini seharusnya menjadi matlamat untuk semua artis. Ini pasti akan menjadi karya seni saya yang terpantas."

John Baldessari

Menerusi komitmen mereka, Cao Fei dan John Baldessari akan menyertai barisan artis terkenal seperti Alexander Calder, Frank Stella, Roy Lichtenstein, Andy Warhol dan juga David Hockney.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.press.bmwgroup.com

Rakaman video disediakan di: https://www.press.bmwgroup.com/global/tvFootageTeaserList.html?left_menu_item=node__10037&isHomepage=true

#BMWArtCar

http://bmwartcars.tumblr.com/

Wakil Akhbar:

Dr. Thomas Girst
Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran BMW Group
Ketua Hubungan Kebudayaan
Telefon: +49-89-382-24753
E-Mel: presse@bmw.de

Source: BMW Group
Keywords: Art Auto Entertainment Fashion Transportation New products/services