omniture

LOUIS XIII Umumkan "100 Years", The Movie You Will Never See, sebuah Filem Asal yang akan Diterbitkan pada 2115

LOUIS XIII
2015-11-23 00:12 582

LOS ANGELES, 23 November 2015 /PRNewswire/ --

John Malkovic Membintangi Projek Sinematik Inovatif  

Diilhamkan oleh Penguasaan Masa 

LOUIS XIII Cognac, salah satu minuman keras paling mewah di dunia, telah mengumumkan sebuah filem asal, dibintangi oleh pelakon John Malkovich, yang membayangkan keadaan Bumi seratus tahun dari sekarang dan tidak akan diterbitkan sehingga tahun 2115. Diarahkan oleh Robert Rodriguez '100 Years - The Movie You Will Never See' telah diilhamkan oleh seabad kepakaran teliti dan kesabaran yang diperlukan untuk menghasilkan setiap botol LOUIS XIII Cognac. Bagi memastikan '100 Years' kekal selamat sehingga tayangan perdana rasminya pada 18 November 2115, iaitu seabad dari sekarang, filem itu disimpan dalam peti keselamatan canggih yang akan terbuka secara automatik dalam tempoh 100 tahun apabila kiraan masanya tamat. Seramai seribu orang tetamu dari seluruh dunia telah menerima undangan eksklusif untuk diberi kepada keturunan mereka bagi menghadiri tayangan perdana '100 Years', pada 18 November 2115, di House of LOUIS XIII di Cognac, Perancis.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150115/169603)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151119/289581)

'The Movie You Will Never See'

"LOUIS XIII merupakan penyataan sebenar kepada penguasaan masa, dan kami ingin menghasilkan karya seni proaktif yang menerokai hubungan dinamik antara masa lalu, masa kini, dan masa depan," kata Ludovic du Plessis, Pengarah Eksekutif Global untuk LOUIS XIII Cognac. "Empat generasi pakar simpanan arak LOUIS XIII telah mengabadikan kehidupan penuh keghairahan ke dalam sebotol LOUIS XIII, namun mereka tidak akan pernah dapat merasai hasilnya. Kami berasa teruja kerana pelakon berbakat dan pembikin filem kreatif ini telah mendapat inspirasi untuk menyertai kami dalam usaha kesenian ini."

Seorang penggiat art de vivre Perancis dan pencetus pemikiran yang luar biasa, John Malkovich telah menghasilkan lakon layar asal untuk '100 Years'. Digayakan oleh pereka kostum Nina Proctor, Shuya Chang melakonkan watak pasangan beliau, dan kedua-duanya melalui masa depan tidak diketahui yang dicapai dengan reka bentuk set inovatif serta kesan CGI sepenuhnya.

"Apabila saya mula-mula didekati saya amat menyukai idea tersebut…maksud saya, dari satu segi saya inginkan semua filem yang telah saya hasilkan tidak ditonton sehingga selepas seratus tahun. Saya tidak tahu bagaimana ia akan mengubah penilaian terhadap filem-filem saya…" kata John Malkovich.

Legasi hebat seni pembuatan yang menghasilkan setiap botol LOUIS XIII, dan kenyataan bahawa pembuatnya tidak akan pernah merasai hasil usaha mereka, memimpin hala tuju kreatif filem '100 Years', yang menerokai konsep mengagumkan tentang apa yang mungkin dilihat pada masa depan dalam tempoh seratus tahun akan datang. Sama seperti setiap pakar simpanan arak mendedikasikan hidupnya untuk menghasilkan mahakarya yang tidak akan dapat dirasainya, para pelakon dan warga kerja filem '100 Years' tidak akan dapat menyaksikan potongan akhir filem tersebut.

2115: Masa Depan Yang Tidak Diketahui  

Walaupun filem ini tidak akan ditayangkan sehingga tahun 2115, tiga penonjol (teaser) telah dihasilkan yang menerokai visi hipotesis yang bakal berlaku di Bumi dalam masa seratus tahun. Setiap penonjol bermula dengan dialog yang sama dan menyertakan para pelakon, tetapi setiap satunya menampilkan masa depan yang berbeza. Satu daripadanya membayangkan keadaan Bumi seratus tahun dari sekarang yang diambil alih oleh alam semula jadi. Satu lagi membayangkan dunia yang diperintah oleh teknologi, setelah penerokaan angkasa lepas ketika Bumi mengalami proses perbandaran yang pesat dan maju dari segi teknologinya. Manakala penonjol ketiga pula membayangkan robot manusia telah mengambil alih kawalan bumi dan manusia perlu lari untuk melepaskan diri. Semuanya mendorong penonton untuk mempersoalkan visi manakah yang paling hampir dengan realiti masa depan. Selain itu, satu treler (trailer) pendek akan memberikan sorotan ringkas tentang pembikinan dan kandungan daripada filem lengkap "100 Years".

Filem "100 Years" telah disimpan dalam peti keselamatan yang dihasilkan menerusi kerjasama dengan Fichet-Bauche, jenama Perancis terkemuka yang ditubuhkan pada tahun 1825, dan kini dimiliki oleh Gunnebo Group, peneraju dunia dalam produk, perkhidmatan dan penyelesaian sekuriti. Peti keselamatan buatan khas itu merupakan keajaiban reka bentuk, menampilkan kaca kalis peluru dan pemasa revolusioner yang mencatatkan masa dan tarikh serta mengira detik seratus tahun. Setelah peti keselamatan itu ditutup, pintunya tidak akan terbuka sehingga kiraan detik seratus tahun tamat pada 18 November 2115. Peti keselamatan mewah pertama di dunia yang tidak dapat dibuka dengan kod atau kunci, peti keselamatan itu akan terbuka secara automatik tanpa mengira akses kepada sumber kuasa, seterusnya menjamin bahawa tiada sebarang cara yang membolehkan filem itu diakses sebelum tahun 2115.

'100 Years' telah diraikan pada Rabu, 18 November menerusi pratonton treler filem yang eksklusif di Sheats Goldstein Mansion di Los Angeles. Semasa acara yang menerima undangan khas itu, John Malkovich, dengan LOUIS XIII, telah meletakkan gulungan filem itu ke dalam peti keselamatan khas dan menetapkan pemasa bagi tayangan perdana rasmi pada 18 November 2115. Peti ini akan dibawa ke seluruh dunia di bawah sekuriti tahap tinggi sempena jelajah antarabangsa yang bermula di Hong Kong pada 11 Disember, sebelum tiba ke destinasi akhirnya di House of LOUIS XIII di Cognac.  Apabila peti itu akhirnya dibuka dalam masa seratus tahun, para tetamu akan dialu-alukan - termasuk pakar simpanan arak masa depan, serta keturunan bagi setiap tetamu yang menerima tiket ke pratonton filem itu pada tahun 2015 - menghadiri tayangan perdana eksklusif di Domaine du Grollet di Cognac, Perancis pada 18 November 2115.

Walaupun '100 Years' benar-benar merupakan 'The Movie You Will Never See,' mulai hari ini, treler eksklusif dan tiga penonjol akan ditayangkan di WWW.LOUISXIII-COGNAC.COM. Penonton diundang untuk menyertai perbualan melalui media sosial dengan #notcomingsoon dan ikuti LOUIS XIII di saluran sosialnya termasuk: Instagram: @LOUISXIIICOGNAC_USA; Facebook: https://www.facebook.com/LOUISXIII dan Twitter: @CognacLouisXIII.

Penghargaan filem 

  • Pengarah: Robert Rodriguez
  • Pembantu pengarah 1: Brian Bettwy
  • Pengarah fotografi: Claudio Miranda

Peranan

  • Hero: John Malkovich
  • Gadis hero: Shuya Chang
  • Penjahat: Marko Zaror

Penerbitan

  • Penerbit agensi untuk Fred & Farid Group: Karim Naceur
  • Syarikat penerbitan: Moonwalk Films
  • Penerbit eksekutif: Gaspard Chevance

Suntingan

  • Penyunting: Robert Rodriguez & Rémy Rodriguez

Jabatan seni

  • Pereka Produksi: Steve Joyner

Solekan

  • Pereka Kostum: Nina Proctor
  • Jurusolek: Trefor Proud

Kesan Visual

  • Syarikat Kesan Visual: Mikros Image

Bunyi

  • Produksi Bunyi: Kouz Production
  • Penyelia Bunyi: Leo Copet

Lihat semua gambar-gambar di sebalik tabir:
http://press.louis-xiii.com/100Years/ 

Latar Belakang LOUIS XIII Cognac

LOUIS XIII Cognac telah dicipta pada tahun 1874. Setiap botol memerlukan empat generasi pakar simpanan arak yang memerlukan masa lebih 100 tahun untuk dihasilkan. Anggurnya tumbuh di tanah berkapur di Grande Champagne, kawasan paling diingini di rantau Cognac, Perancis. Ia merupakan alkimia rumit sehingga 1200 eaux-de-vie, yang termuda berusia sekurang-kurangnya 40 tahun. Adunan unik ini mencetuskan not rasa dan bauan mirh, madu, immortelle, plum, bebuas, kulit kayu, kulit dan buah markisah. LOUIS XIII Cognac merupakan ekspresi terulung bagi penguasaan masa.

SUMBER  LOUIS XIII

Source: LOUIS XIII
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Film & Motion Picture Licensing/marketing agreements New products/services