omniture

Yaman Abou Jieb Juarai STARS OF SCIENCE Musim 7 di MBC4

Stars of Science
2015-11-23 00:37 283

DOHA, Qatar, 23 November 2015 /PRNewswire/ --

Pereka cipta berbangsa Syria dinobatkan juara

Yaman Abou Jieb, seorang penginovasi dari Syria, muncul juara selepas siaran langsung pusingan akhir Stars of Science yang mendebarkan di Doha, Qatar, seterusnya menamatkan musim ketujuh program TV "realiti didik hibur" anjuran Yayasan Qatar untuk Pendidikan, Sains dan Pembangunan Masyarakat (QF) di MBC4.

Untuk menonton Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7697251-stars-of-science-season-7-winner-announced/

Undian daripada penonton di seluruh dunia Arab digabungkan dan hasil pertimbangan barisan juri memberikan Yaman Abou Jieb 37.2% markah, cukup untuk beliau memenangi hadiah tunai tempat pertama bernilai $300,000 USD melalui rekaan Mesin Pembasuh Baju Surianya, Glean. Yaman terkenal dalam Stars of Science Musim 7 kerana kebingkasan dan kesungguhannya.

Dilancarkan pada tahun 2009, Stars of Science didedikasikan untuk inovasi saintifik, dan bertujuan untuk menyinari generasi baharu dalam kalangan penginovasi Arab muda. Inisiatif tersebut adalah hasil usaha QF yang bersungguh-sungguh untuk mencungkil potensi manusia dengan mewujudkan satu persekitaran yang menggalakkan proses pembelajaran dan meningkatkan pengetahuan.

Omar Hamid, pencipta Kerusi Solat, Sanda, meraih tempat kedua dengan jumlah mata 23.1%, memperoleh hadiah sebanyak $150,000 USD. Omar memukau penonton pada tahun ini dengan kreativiti dan kesungguhannya untuk memberikan impak sosial.

Penginovasi penyelesaian masalah yang kental daripada Kerajaan Arab Saudi, Hassan Albalawi, meraih tempat ketiga dengan markah 20.4% menerusi Topi Penganalisis EEG, Wakecap. Menggunakan Penganalisis Tekanan ECG, Digiheart, Mohamed Mourad Benosman, pemikir tegar dari Algeria pula berada di kedudukam keempat dengan markah 19.3%. Hassan meraih hadiah bernilai $100,000 USD manakala Mohamed berjaya memenangi hadiah bernilai $50,000 USD.

"Stars of Science adalah suatu pengalaman seumur hidup - dan saya berbangga untuk mewakili Syria dalam pertandingan yang hebat ini," kata Yaman Abou Jieb, pemenang Stars of Science Musim 7. "Dengan menghubungkan penginovasi muda seperti saya kepada sumber dan kepakaran tertentu, Yayasan Qatar berjaya memupuk minat dalam bidang sains, kejuruteraan dan reka bentuk dalam dunia Arab. Selepas ini, saya bukan sahaja akan terus membangunkan Glean, malah akan memberikan keyakinan kepada pemuda di seluruh rantau ini untuk menambah baik kehidupan melalui inovasi."

Stars of Science akan kembali pada tahun 2016 untuk Musim 8. Pada musim baharu kelak, Stars of Science akan menerima permohonan antara usia 18-35 tahun. Penekanan khas akan diberikan untuk mencari gagasan projek yang berpotensi untuk menangani cabaran dalam pembangunan mampan di negara-negara Arab dan memastikan ciptaan mereka memberi faedah kepada masyarakat mereka selain mampu memberi impak kepada rantau serta peringkat global. Projek yang akan digerakkan adalah daripada pelbagai bidang termasuk Komputer dan Teknologi Maklumat, Tenaga, Alam Sekitar, hingga Sains Kesihatan dan Bioperubatan.

Program itu juga akan mempelbagaikan hadiah untuk para finalis termasuk wang tunai dan geran untuk tujuan pembangunan produk seperti dalam fasa inkubasi. Jumlah nilai hadiah yang menanti finalis akan ditingkatkan kepada $1,000,000 USD.

Pereka cipta yang berminat untuk menyertai Stars of Science Musim 8 masih boleh mendaftar melalui permohonan secara dalam talian sebelum tarikh akhirnya pada 30 Januari 2016. Calon-calon yang bersemangat dari seluruh rantau digalakkan untuk mendaftarkan diri melalui laman sesawang rasmi Stars of Science: http://www.starsofscience.com

Untuk maklumat lanjut, sila lawati:
Laman sesawang - http://www.starsofscience.com
Facebook - https://www.facebook.com/StarsOfScienceTV
Twitter - https://twitter.com/starsofscience
YouTube - https://www.youtube.com/user/StarsOfScienceTV
Instagram - https://instagram.com/starsofsciencetv/

Stars of Science 

Memasuki musim kelapan, program TV "realiti didik hibur" Starts of Science yang tersohor dalam dunia Arab, hasil inisiatif Yayasan Qatar untuk Pendidikan, Sains dan Pembangunan Masyarakat (QF), akan kembali di MBC4 pada tahun 2016 dengan format baharu yang menarik.

Dipilih daripada persaingan sengit di seluruh dunia Arab, sembilan orang calon berumur antara 18-35 tahun akan menyertai pertandingan dengan gagasan projek yang berpotensi untuk menangani cabaran dalam pembangunan mampan di negara-negara Arab dan memastikan ciptaan mereka dapat memberi faedah kepada masyarakat mereka selain mampu memberi impak kepada rantau serta peringkat global. Projek yang akan digerakkan adalah daripada pelbagai bidang termasuk Komputer dan Teknologi Maklumat, Tenaga, Alam Sekitar, hingga Sains Kesihatan dan Bioperubatan.

Pemikir terhebat di rantau ini akan bersaing sengit sesama sendiri menerusi gagasan inovatif mereka dengan memasuki pusingan penyingkiran yang dinamakan pusingan Pemprototaipan & Pengesahan Pelanggan untuk merebut peluang memenangi hadiah bernilai $1,000,000 USD dilaburkan dalam dana awal dan sokongan yang berkaitan.

Sepanjang proses 10 minggu yang mencabar itu, calon-calon akan mempamerkan kesahan penyelesaian mereka dengan bantuan pasukan berpengalaman yang terdiri daripada jurutera, pereka, dan pemimpin perniagaan serta alumni peserta Stars of Science sendiri untuk bekerja dalam waktu yang terhad di dalam makmal dibina khusus yang memerlukan ketabahan serta kepintaran untuk berjaya.

Untuk maklumat lanjut, sila ke: http://www.starsofscience.com

Yayasan Qatar - Mencungkil Potensi Manusia

Yayasan Qatar untuk Pendidikan, Sains dan Pembangunan Masyarakat (QF) adalah sebuah pertubuhan persendirian dan bukan berasaskan keuntungan yang menyokong usaha Qatar untuk beralih daripada ekonomi karbon kepada ekonomi pengetahuan dengan mencungkil potensi manusia, untuk manfaat bukan sahaja Qatar, tetapi dunia. Ditubuhkan pada tahun 1995 oleh Yang Amat Mulia Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, Amir Utama, QF dipengerusikan oleh Yang Amat Mulia Sheikha Moza bint Nasser.

Aktiviti QF merangkumi pendidikan, penyelidikan, dan pembangunan masyarakat. Universiti-universiti bertaraf dunia dibawa masuk ke Qatar untuk mewujudkan sektor pendidikan yang membolehkan golongan muda membentuk peribadi dan kemahiran yang diperlukan dalam ekonomi pengetahuan. Pada masa yang sama, QF membangunkan kapasiti inovasi dan teknologi Qatar dengan membangunkan serta mengkomersialkan penyelesaian melalui sains utama. Yayasan tersebut juga memupuk masyarakat yang progresif sambil menambah baik kehidupan berbudaya dan mempertahankan warisan Qatar serta memenuhi keperluan sosial dalam masyarakatnya.

Untuk mendapatkan senarai lengkap inisiatif dan projek QF, lawati http://www.qf.org.qa

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151120/289900)

Video: 
http://www.multivu.com/players/uk/7697251-stars-of-science-season-7-winner-announced/

SUMBER  Stars of Science

Source: Stars of Science
Keywords: Education Entertainment Television Awards Not for profit