omniture

Timur Bertemu Barat - Asia Plantation Capital Perkukuh Ikatan Swiss

Asia Plantation Capital
2015-11-19 12:51 630

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 November 2015 /PRNewswire/ -- Model perniagaan bersepadu vertikal Asia Plantation yang memenangi anugerah dan kisah 'Daripada Tanah, kepada Minyak, kepada Anda' yang unik itu dilaporkan sedang berkembang di Eropah. Hal ini bukanlah suatu yang mengejutkan memandangkan terdapat peningkatan yang pesat terhadap bilangan kumpulan yang melancong ke Asia Tenggara dari Eropah untuk mengunjungi ladang, kilang dan gedung runcit syarikat itu. 

Sejak beberapa bulan lalu, Asia Plantation Capital berpeluang mengalu-alukan dan menjadi tuan rumah kepada antara pengurus pelaburan dan dana, pegawai negara dan pegawai bank persendirian paling berpengaruh di Eropah untuk satu 'lawatan' di kemudahan Asia Tenggaranya. Salah satu kumpulan itu adalah Delegasi Ekonomi Geneva, yang mengunjungi pejabat Asia Plantation Capital di Singapura dan butik utama rakan kerjasamanya Fragrance Du Bois di The Fullerton Hotel pada 11 Oktober 2015.

Delegasi Ekonomi Geneva bersama Steve Watts, KPE, Asia Plantation Capital Asia Pasifik, dan Stephan Leterrier, Pengurus Pembangunan Perniagaan Swiss Asia Plantation Capital
Delegasi Ekonomi Geneva bersama Steve Watts, KPE, Asia Plantation Capital Asia Pasifik, dan Stephan Leterrier, Pengurus Pembangunan Perniagaan Swiss Asia Plantation Capital

Mengetuai kumpulan Swiss itu adalah Pierre Maudet, Ketua Jabatan Ekonomi dan Sekuriti Geneva Canton,  Michael Kleiner, Pegawai Pembangunan Ekonomi di Negeri Geneva, Pierre Poncet, Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Geneva dan Vincent Subilia, Timbalan Pengarah, Ketua Hal Ehwal Antarabangsa, Dewan Perniagaan dan Industri Geneva, bersama sekumpulan 25 tetamu kehormat lain.

Nicola Parker, Pengarah Jenama Fragrance Du Bois, dan Michael Kleiner, Pegawai Pembangunan Ekonomi di Negeri Geneva, berada di kaunter penyambut tetamu di butik utama Fragrance Du Bois di The Fullerton Hotel
Nicola Parker, Pengarah Jenama Fragrance Du Bois, dan Michael Kleiner, Pegawai Pembangunan Ekonomi di Negeri Geneva, berada di kaunter penyambut tetamu di butik utama Fragrance Du Bois di The Fullerton Hotel

Delegasi tersebut berada di Singapura dan Kuala Lumpur, Malaysia bagi mengenal pasti peluang-peluang berpotensi dan untuk memahami dengan lebih baik suasana bekerja dan kedinamikan persekitaran perniagaan di Asia Tenggara, dengan tujuan untuk mengekalkan dan seterusnya mewujudkan hubungan ekonomi yang baik antara kedua-dua negara. Singapura diketahui umum sebagai rakan dagangan Switzerland yang paling penting di Asia Tenggara, hasil daripada perjanjian sedia ada dalam Persatuan Perdagangan Bebas Eropah.

Dalam ucapan alu-aluannya, Stephan Leterrier, Pengurus Pembangunan Perniagaan Swiss Asia Plantation Capital, memperkenalkan syarikat kepada ahli-ahli delegasi dengen menekankan empat P, iaitu; Populasi, Planet, Kunjungan Ladang dan Keuntungan – unsur-unsur yang melambangkan etos yang dipatuhi oleh Asia Plantation Capital. Sejurus selepas memberi ucapan kepada rakan-rakan sejawatnya, Pierre Maudet menyimpulkan dengan mencadangkan tambahan unsur P kelima, iaitu Kesempurnaan dalam model perniagaan Asia Plantation Capital.

"Kami amat kagum dengan ketinggian pengetahuan dan perincian kualiti yang disampaikan oleh Asia Plantation Capital," kata Kleiner, "daripada kepakaran industri yang luas, kepada sensasi produk akhir yang diperlihatkan dalam wangian indah di butik mewah, dan akhirnya, komitmen berterusan terhadap kelestarian. Ini merupakan satu gabungan yang luar biasa, menjadikannya peluang perniagaan mampan yang tulen, bersepadu secara vertikal dan unik."

Beliau menyambung, "Saya yakin kunjungan ini merupakan permulaan kepada perhubungan yang bakal berkembang. Bagi pihak Delegasi Ekonomi Geneva, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Asia Plantation Capital untuk satu pengalaman yang mengagumkan. Sayang sekali jadual kami begitu ketat," beliau menyimpulkan, "tetapi kami pasti akan kembali untuk mengunjungi ladang di Thailand dan kilang di Malaysia, untuk mengalami kisah 'Daripada Tanah, kepada Minyak, kepada Anda' sepenuhnya."

Pierre Maudet, Ketua Jabatan Ekonomi dan Sekuriti Geneva Canton, memberi ucapan kepada para delegasi di butik utama Fragrance Du Bois.
Pierre Maudet, Ketua Jabatan Ekonomi dan Sekuriti Geneva Canton, memberi ucapan kepada para delegasi di butik utama Fragrance Du Bois.

"Kunjungan ladang kami yang biasa selalunya diadakan dengan para pemilik ladang dan pelanggan kami yang berpangkalan di Asia," kata Steve Watts, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital, Asia Pasifik. "Namun begitu, sejak beberapa bulan lalu kami telah menyaksikan pertumbuhan pesat ketika menjadi tuan rumah kepada kumpulan pengunjung Eropah dari negara-negara seperti Perancis, Switzerland dan Jerman. Kami amat berbangga untuk mengatakan ini merupakan hasil terbukti daripada kerja keras yang telah disumbangkan oleh pasukan global kami kepada kejayaan dan kemajuan syarikat ini. Saya juga amat yakin," Watts menyimpulkan, "yang kami akan mendapat lebih ramai pengunjung dari seluruh dunia, yang benar-benar ingin menjadi sebahagian daripada kisah lestari kami."

Bagi terus mempertingkatkan kejayaan perkembangan syarikat itu di Eropah, Asia Plantation Capital tidak lama lagi akan mengumumkan pembukaan rasmi ibu pejabat terbaharunya di Geneva. Pejabat itu akan bertindak sebagai pusat pengurusan dan pentadbiran bebas untuk operasi global kumpulan itu yang lebih luas, dan akan menempatkan pasukan pentadbiran dan pematuhan korporatnya.

Berita itu dibuat selepas Asia Plantation Capital melaporkan hasil sebanyak AS$64.7 juta semasa Mesyuarat Agung Tahunannya baru-baru ini di Thailand, dengan jumlah pembayaran balik sebanyak AS$8.1 juta yang telah dibuat kepada para pelanggan, dan jumlah pembayaran balik dianggarkan melebihi AS$10 juta menjelang akhir tahun 2015. 

Makumat lanjut tentang ibu pejabat Geneva Asia Plantation Capital akan diumumkan tidak lama lagi.

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

Zureina Maidin
Pengarah Perhubungan Awam & Pemasaran, Malaysia
E-mel: zureina.maidin@asiaplantationcapital.com
Tel. Bimbit: +6013-774-1009

Samantha Tham
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran, Malaysia
E-mel: samantha.tham@asiaplantationcapital.com
Tel. Bimbit: +65-91440933

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Walaupun telah beroperasi secara persendirian sejak tahun 2002, Plantation Capital telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2008 di UK, sebelum diperbadankan di Singapura pada tahun 2009 sebagai Asia Plantation Capital. Asia Plantation Capital merupakan pemilik dan pengendali rangkaian pelbagai perniagaan perladangan dan pertanian komersial di seluruh rantau Asia Pasifik dan seluruh dunia, serta merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat gabungan Asia Plantation Capital Group.

Merintis laluan dalam pengurusan ladang lestari dengan projek-projek ladang dan pertanian di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Vietnam, Amerika Utara dan Eropah, Asia Plantation Capital merupakan salah satu daripada pengeluar bersepadu vertikal terbesar bagi minyak Oud dan gaharu di Asia Tenggara – satu bukti kepada pembukaan sebuah kilang pemprosesan gaharu terbesar di rantau ini baru-baru ini.

Latar Belakang Fragrance Du Bois  

Fragrance Du Bois merupakan syarikat wangian nic mewah yang dilahirkan daripada kekayaan sari alam semula jadi, dihasilkan oleh pembuat wangian generasi kelima daripada tradisi Perancis Grasse abad ke-17. Semua wangian Du Bois dicipta menggunakan 100% minyak Oud tulen yang organik serta bahan-bahan lain yang disumberkan secara lestari daripada ladang-ladang yang diuruskan oleh syarikat yang memenangi anugerah, Asia Plantation Capital.

Baru sahaja meraikan ulang tahun pertamanya di butik-butik utama mereka di Singapura dan Malaysia, Fragrance Du Bois berharap untuk mengadakan pembangunan lanjut di Dubai, Hong Kong dan Thailand. Fragrance Du Bois mencipta hanya pengalaman terbaik dalam pembuatan minyak wangi tersuai khusus, kesemuanya sambil kekal setia kepada etosnya - 'kemewahan peribadi dengan rasa prihatin'.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151029/8521507280-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151029/8521507280-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151029/8521507280-c

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Fashion Paper/Forest Products/Containers Retail Corporate Expansion