omniture

Sambutan Ulang Tahun ke-10 Lanson Place Hotel, Hong Kong

Hotel butik terkemuka Hong Kong umumkan pelancaran CD "Jazz at Lanson Place"
Lanson Place Hotel
2015-11-19 11:00 516

HONG KONG, Nov. 19, 2015 /PRNewswire/ -- Lanson Place Hotel, Hong Kong, ikon hospitaliti dan gaya seni bina menarik di Causeway Bay sepanjang sedekad lalu, meraikan ulang tahun ke-10nya dengan pelancaran CD baharu "Jazz at Lanson Place".

133 Lounge at Lanson Place Hotel, Hong Kong
133 Lounge at Lanson Place Hotel, Hong Kong
Lanson Place Hotel, Hong Kong as an icon of hospitality and cool architectural style in Causeway Bay for the past decade
Lanson Place Hotel, Hong Kong as an icon of hospitality and cool architectural style in Causeway Bay for the past decade

Bagi meraikan pencapaian ini, hotel tersebut telah menghimpunkan sekumpulan pemuzik jazz muda dari Hong Kong yang berbakat untuk merakamkan CD baharu secara langsung di 133 Lounge hotel itu. Kumpulan tersebut akan kembali ke hotel itu untuk melancarkan CD itu dengan persembahan langsung yang istimewa di parti sambutan ulang tahun hari ini. Bersama persembahan jazz yang menarik, tetamu akan dapat menikmati wain dari tahun 2005, iaitu tahun pembukaan hotel itu, dan menyaksikan bersama seleksi gambar-gambar "Kini dan Dahulu" yang menunjukkan Causeway Bay serta kawasan sekitar Lanson Place sejak tahun 1950-an sehingga kini.

Ian Brewis, Pengurus Besar Lanson Place Hotel berkata, "Kami amat gembira dan seronok kerana dapat menyediakan peluang untuk bakat muzik muda Hong Kong membuat rakaman langsung di lokasi yang unik. Mereka merupakan sekumpulan pemuzik yang muda dan bersemangat yang telah menerima latihan terbaik di sini dan di luar negara, yang menunjukkan kesungguhan serta komitmen kepada karya mereka. Kami berharap ini hanyalah langkah pertama dalam mewujudkan persekitaran untuk menggalakkan kemajuan selanjutnya untuk bakat-bakat baharu di bandar ini melalui sesi tetap persembahan jazz malam kami."

Lanson Place Club 133 akan turut dilancarkan sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun tersebut. Dengan jemputan terhad, Club 133 mengundang penduduk tempatan dan penyokong perniagaan Lanson Place untuk menikmati suasana di133 Lounge hotel itu yang hanya disediakan "Khas untuk Tetamu" hotel itu sahaja,  sehingga mendapat jolokan  "one of the best kept secrets" di Causeway Bay. Ruang santai tersebut sentiasa menjadi salah satu ciri hotel yang paling digemari oleh para tetamu.

Ian Brewis berkata, "Tetamu kami sentiasa memberitahu kami betapa mereka menyukai ketenangan, serta suasana malam yang santai dan perkhidmatan peribadi di 133 Lounge, seolah-olah ia merupakan 'kelab ahli sahaja' milik mereka sendiri yang tersorok dalam kesibukan Causeway Bay. Mereka yang kini tinggal dan bekerja di sini, sebagai ahli Club 133, dapat menikmati ruang santai ini tanpa perlu tinggal di hotel atau diundang oleh seorang tetamu hotel. Kami amat berbangga dengan apa yang telah kami capai sepanjang dekad yang lalu, dengan mempunyai antara nisbah tetamu ulangan tertinggi di bandar ini. Kami akan terus memperhalusi tahap khidmat terperibadi kami, sambil berhubung dan terus menyumbang kembali kepada komuniti yang menerima perkhidmatan kami."

Sebagai tambahan kepada sambutan ulangtahun dan acara komuniti ini, Lanson Place menawarkan Pakej Sambutan Ulang Tahun ke-10 yang istimewa termasuk tempahan bilik yang akan dinaik taraf, Sarapan ala Amerika, Koktel Malam, daftar keluar lewat dan hadiah kenangan. Tetamu yang menginap selama tiga malam atau lebih akan turut berpeluang menjelajah Pulau Hong Kong selama setengah hari secara percuma.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi terkini, sila kunjungi hongkong.lansonplace.com.

Latar Belakang Lanson Place Hotel, Hong Kong

Lanson Place Hotel, Hong Kong menggabungkan keanggunan, gaya dan kemudahan secara setara. Hotel butik itu tersorok di kawasan hiburan dan hab beli-belah Causeway Bay yang semakin maju di Hong Kong. Sebanyak 194 buah bilik dan penthouse suite, setiap satunya disediakan dengan dapur kecil, mempamerkan penginapan mewah bersama ciri-ciri eksklusif dan keselesaan kediaman persendirian. Sebagai ahli pertama  Small Luxury Hotels of the World™ di Hong Kong, hotel itu telah menggembirakan tetamu dengan perkhidmatan dan kemudahan yang menyeluruh di tengah-tengah bandar ini selama lebih sedekad.

Latar Belakang Lanson Place Hospitality Management Limited

Lanson Place merupakan anak syarikat milik penuh Wing Tai Properties Limited (Wing Tai), sebuah syarikat tersenarai awam di Hong Kong (Kod saham HKEx: 369). Wing Tai kini mengurus 10 hartanah (tiga daripadanya termasuk ekuiti milik Wing Tai) di bawah jenama Lanson Place, yang terdiri daripada pangsapuri dengan perkhidmatan mewah di Beijing, Shanghai, Kuala Lumpur dan Singapura selain hotel butik di Hong Kong.

Hartanah Lanson Place umumnya terletak berhampiran daerah perniagaan pusat selain kawasan hiburan dan beli-belah mewah. Lanson Place bermatlamat untuk menawarkan perkhidmatan perkhidmatan peribadi dan penuh terperinci disertai dengan kemudahan hotel mewah dan keselesaan dan privasi kediaman persendirian.

Kumpulan itu akan terus mengembangkan jenama Lanson Place sebagai jenama pan-Asia dan akan terus menerokai peluang pelaburan dan pengurusan terutamanya di bandar-bandar pintu masuk di rantau Asia Pasifik.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151112/8521507664-a 
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151112/8521507664-b

Source: Lanson Place Hotel
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services