omniture

Tissot Dipilih Penjaga Masa dan Jam Tangan Rasmi Persatuan Bola Keranjang China (CBA)

TISSOT S.A.
2015-11-19 01:21 262

LE LOCLE, Switzerland, 19 November, 2015 /PRNewswire/ --

Rakan pemasaran eksklusif Liga Bola Keranjang Profesional CBA China, Infront Sports & Media, telah mengumumkan bahawa Tissot, jenama jam tangan Swiss terkemuka, dipilih sebagai Penjaga Masa Rasmi bagi Liga CBA. Perjanjian jangka panjang antara CBA dan Tissot bermula sekarang dan akan berterusan untuk lima tahun akan datang, melibatkan semua perlawanan Liga CBA, termasuk perlawanan semula (play-off) dan Perlawanan All-Star CBA tahunan yang amat berjaya.  

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151117/288302LOGO )
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151117/288303 )

Bola Keranjang merupakan sukan paling popular yang disiarkan di China, dengan setiap perlawanan Liga CBA ditayangkan sehingga 417 perlawanan mulai November hingga April. Pada penghujung musim lalu, terdapat perlawanan berjumlah 1,015 jam siaran langsung, 41 edisi Rumusan Harian yang berjumlah 20.5 jam program. Perlawanan terakhir sahaja telah memperoleh sejumlah khalayak seramai 191 juta penonton televisyen di China. Oleh itu, adalah penting untuk mereka mencari rakan kongsi yang boleh diharapkan untuk memastikan pemasaan tepat dengan tahap tertinggi.

Pengalaman Tissot merupakan aset bernilai bagi mendapatkan peranan tersebut. Ia mempunyai kehadiran penting dalam Bola Keranjang, iaitu sebagai Penjaga Masa Rasmi bagi kedua-dua Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) dan baru-baru ini, Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA). Jalinan kerjasama dengan CBA merupakan langkah logikal seterusnya untuk jenama tersebut. Kepakaran yang diperolehinya dalam menjaga masa perlawanan bola keranjang selama bertahun-tahun, kini akan memberi manfaat kepada CBA. Tissot akan menggunakan jam lontaran baharu, iaitu salah satu ciri terpenting permainan ini, dan sebagai Jam Tangan rasmi, ia akan menyediakan koleksi khusus untuk Liga ini serta pasukan-pasukannya.

François Thiébaud, Presiden Tissot, berkata: "Kami merupakan jenama global yang menyasarkan kerjasama global dalam dunia bola keranjang. Dengan itu, CBA merupakan rakan ideal untuk kami. Selain itu, China merupakan pasaran penting bagi Tissot dan justeru itu, adalah sesuatu yang dijangkakan untuk menjalin kerjasama dengan sukan televisyen paling popular di China. Menawarkan khidmat menjaga masa dan jam tangan dengan rekaan eksklusif akan turut memberikan pelanggan serta rakan kami sebab tambahan untuk berbangga dengan komitmen mereka terhadap Tissot."

"Kami teruja mengalu-alukan kembali Tissot sebagai Penjaga Masa Rasmi dan penaja Liga CBA. Tissot merupakan jenama jam tangan antarabangsa terkemuka dengan tradisi kukuh dalam penajaan sukan. Dengan komitmen jangka panjang untuk Liga CBA, Tissot meneruskan pembangunan profesional liga itu dan potensinya untuk pengaktifan penajaan berkesan", kata Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Infront, Philippe Blatter. "Pengukuran masa adalah penting bagi permainan bola keranjang dan sebagai Penjaga Masa Rasmi, Tissot akan memainkan peranan penting dan menerima manfaat yang besar daripada populariti bola keranjang yang berkembang di China."

Video: http://www.actuapr.tv/vnr/tissot-cba

Hubungi: 

Bingni Zhang, Tissot, +86-21-2412-5255 atau Bingni.Zhang@cn.swatchgroup.com 
Nike Moehle Infront Sports & Media, +41-41-723-17-18 or Nike.Moehle@infrontsports.com

Sumber: TISSOT S.A.

Source: TISSOT S.A.
Keywords: Fashion Jewelry Precious Metals Retail Sports Licensing/marketing agreements