omniture

Singapura Dinamakan Sebagai Pusat Tumpuan Bakat Perniagaan Baharu Asia Tenggara

IMD International
2015-11-18 16:00 322

SINGAPURA, 18 November 2015/PRNewswire/ --

Pusat Daya Saing Dunia sekolah perniagaan IMD terbitkan Laporan Bakat Dunia tahunan ke-2 

Singapura telah mengatasi Malaysia sebagai ekonomi Asia Tenggara yang paling berkemampuan untuk membangunkan, menarik dan mengekalkan bakat.

Laporan Bakat Dunia yang terkini daripada sekolah perniagaan global terkemuka IMD menempatkan Singapura pada kedudukan ke-10 dalam senarai kedudukan kemampuan negara untuk memenuhi keperluan korporat.

Secara perbandingan, Malaysia, yang menduduki tangga kelima tahun lalu, telah terkeluar daripada senarai sepuluh terbaik setelah mengalami kemerosotan dalam beberapa petunjuk prestasi yang berkaitan.

Laporan ini mewakili penilaian tahunan dari segi keberkesanan negara-negara mendidik dan mengekalkan bakat untuk perniagaan yang beroperasi dalam ekonomi mereka.

Profesor Arturo Bris, Pengarah Pusat Daya Saing Dunia IMD, yang menjalankan kajian itu, berkata: "Ciri penting dalam kalangan semua negara yang tersenarai tinggi adalah ketangkasan.

 "Ini ditampilkan dalam kapasiti mereka untuk menerima dan membentuk dasar yang mengekalkan bekalan bakat mereka, yang seterusnya menjadikan mereka sesuatu yang digelar sebagai 'bakat berdaya saing'.

"Malaysia jelas telah kehilangan sebahagian ketangkasan itu, dan kejatuhannya sebenarnya adalah agak mendadak dan signifikan. Perlu ditekankan bahawa ini merupakan satu trend yang perlu dipulihkan."

Malaysia telah menikmati peningkatan kukuh sehingga tahun 2014, meningkat daripada kedudukan ke-20 kepada kelima, sebelum mengalami kejatuhan dalam "hampir kesemua petunjuk bakat" semasa tahun terakhir dalam tempoh kajian itu.

Sementara itu, Singapura melonjak setinggi tempat kedua secara keseluruhan pada tahun 2008, kembali merosot, berada dalam kedudukan berbelas-belas pada tahun 2013 serta tahun 2014 dan kemudian kembali untuk memperoleh tempat ke-10.

Ekonomi Asia Tenggara lain mengalami keadaan yang berbeza, dengan China Hong Kong meningkat daripada tempat ke-21 pada tahun lalu kepada ke-12 tahun ini manakala Indonesia merosot daripada kedudukan ke-25 kepada tempat ke-41.

Beberapa ekonomi utama turut menunjukkan prestasi yang mengecewakan, dengan AS berada pada kedudukan ke-14, UK ke-21, Perancis ke-27 dan tanah besar China berada pada kedudukan ke-40.

Switzerland mendahului kedudukan tersebut - seperti tahun lalu - diikuti oleh Denmark, Luxembourg, Norway, Belanda, Finland, Jerman, Kanada dan Belgium.

Kedudukan ini adalah berdasarkan data berkaitan daya saing selama 20 tahun termasuk tinjauan mendalam terhadap lebih 4,000 eksekutif di 61 buah negara yang terlibat dalam kajian ini.

Penyelidikan ini menumpukan kepada tiga kategori utama - pelaburan/pembangunan, tarikan dan kesediaan - yang seterusnya diperoleh daripada rangkaian faktor yang lebih luas termasuk pendidikan, perantisan, latihan pekerja, penghijrahan cendekiawan, kos sara hidup, motivasi pekerja, kualiti hidup, kemahiran bahasa, gaji dan kadar cukai.

Kategori utama diagregatkan kepada kedudukan keseluruhan secara tahunan. Selain itu, perubahan bagi setiap negara dalam pelbagai aspek dinilai sepanjang satu dekad - dalam hal ini dari tahun 2005 hingga tahun 2015 - untuk mengenal pasti negara-negara dengan bakat paling berdaya saing.

Latar Belakang IMD
Pusat Daya Saing Dunia IMD merupakan sebahagian daripada sekolah perniagaan IMD dan turut menerbitkan Buku Daya Saing Dunia Tahunan. Buku Daya Saing Dunia Tahunan IMD telah diterbitkan sejak tahun 1989 dan diiktiraf secara meluas sebagai laporan tahunan terkemuka tentang daya saing antara negara.

HUBUNGI:
Matthew Mortellaro, +41-21-618-0352, matthew.mortellaro@imd.org

Singapura  
Jon Nio, +65-6327-0283, jon.nio@mslgroup.com

Sumber: IMD International

Source: IMD International
Related Links:
Keywords: Education Higher Education