omniture

DERMALOG Perkenal Gabungan Pengimbas Cap Jari dan Pasport Pertama Dunia

DERMALOG Identification Systems GmbH
2015-11-18 14:00 364

PARIS, 18 November 2015 /PRNewswire/ -- DERMALOG, peneraju dalam inovasi biometrik, telah mencipta pengimbas pertama yang digabungkan di dunia yang boleh mengimbas pasport dan cap jari menggunakan permukaan pengimbas yang sama. Sehingga ini, dua pengimbas berlainan diperlukan: satu untuk pasport dan satu lagi untuk cap jari. Kini, satu pengimbas boleh mengimbas kedua-duanya pada permukaan yang sama. Inovasi ini adalah penyelesiaan ideal untuk pintu elektronik, kios, kawalan sempadan dan pendaftaran negara. DERMALOG mempamerkan pengimbas gabungan terbaharu mereka yang dikenali sebagai VF1, di pameran CARTES yang berlangsung di Paris mulai 17 hingga 19 November 2015.

- Rujukan silang: Gambar disediakan di AP Images (http://www.apimages.com )

DERMALOG Identification Systems memperkenalkan beberapa inovasi terbaharu mereka dalam pengenalan biometrik di pameran Cartes yang berlangsung di Paris. Acara itu dikhususkan kepada penyelesaian keselamatan untuk pengenalan, pembayaran, dan mobiliti. Sekali lagi, DERMALOG menerajui kemajuan dalam penyelesaian biometrik baharu untuk kawalan sempadan automatik dan pendaftaran negara.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151117/288087 )

Peranti VF1 baharu itu mengambil gambar pasport atau kad ID secara berwarna pada resolusi dan kualiti tertinggi. Imej inframerah dan ultralembayung dokumen tersebut diambil pada masa yang sama untuk menilai semua ciri-ciri keselamatan pada dokumen itu. Pada masa yang sama, pembaca RFID di dalam peranti itu memperoleh data daripada Pasport Elektronik (ePassports) atau kad elektronik. Oleh yang demikian, VF1 keluaran DERMALOG adalah produk pengimbas pasport warna penuh yang lengkap, mematuhi piawaian antarabangsa dan memiliki teknologi tercanggih. Tambahan pula, modul pengesan pasport palsu yang automatik juga turut disediakan.

Selain itu, VF1 baharu ini mampu mengimbas satu, dua, atau empat cap jari pada resolusi 500 dpi dan 256 tahap kelabu menggunakan plat pengimbas yang sama. VF1 mematuhi semua piawaian cap jari antarabangsa dari segi pengenalan AFIS dan biometrik. Ia mengimbas sehingga 4 cap jari dengan sekali imbas. Peranti jenis baharu ini mempunyai semua ciri-ciri dan fungsi pengimbas sepuluh cap jari dan merupakan pengimbas 4-4-2. Sepuluh cap jari biasa dan cap jari bergolek juga boleh diimbas oleh VFI. Selain itu, pengimbas terbaharu itu memiliki teknologi termaju dalam mengesan cap jari palsu bagi mengelakkan penipuan atau penyalahgunaan.

Ketua Pegawai Eksekutif DERMALOG, Gunther Mull menerangkan: "Pengimbas VF1 adalah inovasi terbaharu kami yang membolehkan Pintu Elektronik (eGates) dan Kios moden menggunakan hanya satu pengimbas untuk pasport dan cap jari. Keupayaannya untuk mengimbas tanda tangan, kod bar, tiket penerbangan, selain dokumen ketibaan/pelepasan dengan peranti pengimbas yang sama menjadikan VF1 lebih serba boleh." VF1 baharu ini juga sesuai untuk kaunter pendaftaran negara dan pelbagai kegunaan keselamatan yang lain kerana hanya satu peranti diperlukan di atas meja untuk kegunaan pelbagai jenis imbasan dokumen serta pengenalan biometrik.

VF1 adalah "Buatan Jerman" dan dicipta oleh DERMALOG pada tahun 2015. Ia berjaya meraih anugerah "Industriepreis 2015" menerusi konsepnya yang inovatif.

Latar Belakang DERMALOG:

DERMALOG Identification Systems GmbH yang berpangkalan di Hamburg adalah pengilang produk biometrik terbesar di Jerman dan salah sebuah syarikat utama dalam produk pengenalan biometrik di dunia.

Terdapat sepasukan saintis yang sentiasa berusaha untuk menghasilkan produk inovatif. Antara barisan produk DERMALOG termasuk "Sistem Pengenalan Biometrik Automatik" (ABIS dan AFIS) selain pengimbas cap jari masa nyata terkini untuk sistem kawalan sempadan biometrik, dan kad ID biometrik / dokumen biometrik. Selain itu, "FingerLogin", "FingerPayment", dan "FingerBanking" juga merupakan produk penyelesaian DERMALOG.

Selain daripada Jerman dan Eropah, pasaran utama DERMALOG terdiri daripada Asia, Afrika, Amerika Latin dan Timur Tengah. Di Jerman, DERMALOG telah menyediakan lebih 20,000 pengimbas cap jari kepada pejabat pendaftaran negara, selain kawalan sempadan, dan untuk tujuan pendaftaran warga luar. Semua ini membolehkan cap jari disimpan dalam pasport baharu, kad ID dan permit kemastautinan. Syarikat itu kini telah menyediakan teknologi dan penyelesaiannya kepada lebih 130 agensi kerajaan di lebih 70 buah negara.

DERMALOG juga menyediakan penyelesaian biometrik untuk bank dan pengeluar ATM. Semakin banyak ATM di seluruh dunia sudah dilengkapi dengan teknologi cap jari DERMALOG untuk menggantikan PIN yang tidak selamat dengan cap jari. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian biometrik yang inovatif daripada DERMALOG, sila kunjungi kami di http://www.dermalog.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

DERMALOG Identification Systems GmbH
Perhubungan Media
Jon Augestad
Mittelweg 120
20148 Hamburg
Jerman
Tel.: +49-(40)-413227-0
Faks: +49-(40)-413227-89
E-mel: Jon.Augestad@dermalog.com

Sumber: DERMALOG Identification Systems GmbH

Source: DERMALOG Identification Systems GmbH
Related Links:
Keywords: Biometrics Computer/Electronics High Tech Security New products/services