omniture

Jawaher Al Qasimi Lancarkan "Deklarasi Sharjah" untuk NCD

Friends of Cancer Patients Society
2015-11-17 15:04 306

SHARJAH, UAE, 17 November, 2015 /PRNewswire/ --

Perikatan NCD dari seluruh dunia bersatu untuk menerima Deklarasi Sharjah  

Yang Amat Mulia Sheikha Jawaher bint Mohammed Al Qasimi, Isteri Yang Amat Mulia Pemerintah Sharjah, Pengasas dan Penaung Diraja Rakan-rakan Pesakit Barah (FoCP) serta Duta Antarabangsa untuk Deklarasi Barah Sedunia bagi Kesatuan Kawalan Barah Antarabangsa (UICC) dan juga Duta Antarabangsa Barah Kanak-kanak untuk UICC, semalam  (Ahad) melancarkan "Deklarasi Sharjah" untuk Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), yang telah diluluskan oleh lebih 230 pakar kesihatan yang mengambil bahagian dalam Forum Perikatan NCD global pertama. Deklarasi ini melibatkan saranan paling penting daripada forum tersebut, yang akan diaplikasikan untuk mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151116/287582LOGO )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151116/287583 )

Forum Perikatan NCD global pertama telah ditutup semalam (Ahad) dengan Deklarasi Sharjah disampaikan kepada Yang Amat Mulia Sheikha Jawaher Al Qasimi. Forum tersebut telah menghimpunkan 51 orang penyampai dari 45 buah negara serta 173 buah organisasi sokongan yang membentuk 43 Perikatan NCD nasional dan serantau.

Melalui deklarasi tersebut, perikatan NCD nasional dan serantau dari seluruh dunia, telah bergabung tenaga untuk mempercepatkan tindakan dan meningkatkan kebertanggungjawaban untuk mencegah serta mengurangkan kematian, kehilangan upaya, stigma, dan diskriminasi yang disebabkan oleh NCD. Perikatan-perikatan tersebut juga komited untuk terus berkembang menerusi kekuatan dan bilangan, mengukuhkan kerjasama dengan kerajaan serta menguatkan suara mereka yang menerima kesan daripada NCD. Deklarasi tersebut juga bertujuan untuk menggerakkan sumber-sumber dalam negeri, dua hala dan pelbagai hala untuk NCD; memantau proses serta mekanisme selain menetapkan tanggungjawab badan-badan berkaitan.

Dalam ucapannya semasa sesi penutup, Sheikha Jawaher Al Qasimi mengucapkan terima kasih kepada semua peserta dalam forum tersebut, dan berkata: "Usaha saya untuk memerangi penyakit tidak berjangkit di seluruh dunia merupakan tanggungjawab dan tugas kemanusiaan untuk membantu pakar-pakar elit ini, yang melalui kebijaksanaan, pengalaman dan juga usaha bersama mereka, telah membawa perubahan jelas dalam implikasi NCD terhadap orang ramai di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara berpendapatan rendah dan juga sederhana."

Beliau menyeru semua peserta untuk terus bekerja keras dan berhubung selepas penutupan forum tersebut, yang mesti bertindak sebagai tempat kekal bagi meneruskan usaha pembangunan dan memastikan pelaksanaan Deklarasi Sharjah. Beliau menganggap Deklarasi Sharjah sebagai hadiah daripada 230 pakar global kepada masyarakat di seluruh dunia, Sheikha Jawaher turut menyeru penganjuran edisi kedua forum global tersebut berkaitan penyakit tidak berjangkit (NCD) di Sharjah pada tahun 2017.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi kami seperti di bawah

Yousef Al Taweel
National Network Communications (NNC)
y.altaweel@nncpr.com

Maha Abou Rich
National Network Communications (NNC)
m.abourich@nncpr.com

Sumber: Friends of Cancer Patients Society

Source: Friends of Cancer Patients Society
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals