omniture

Gravity R&D, Pakar Penyesuaian, Buka Dua Pejabat Baharu di Asia Tenggara

Gravity R&D
2015-11-24 09:13 366

JAKARTA, Indonesia, 24 November 2015 /PRNewswire/ --

Gravity bakal membuka pejabat-pejabat di Jakarta dan Bangkok. Ia merupakan sebahagian daripada rancangan pihak Gravity yang mantap untuk menjadikan platform penyesuaian mereka lebih mudah diakses di Asia Tenggara.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150626/226029LOGO )

Menggunakan algoritma yang dipatenkan serta pernah memenangi anugerah, Gravity memberikan pengalaman yang tersuai dan meliputi semua saluran untuk pengguna sebarang peranti. Ia boleh disamakan secara digital ketika anda memasuki sebuah kedai yang direka khas untuk anda dan kedai itu sentiasa membuat penyesuaian menerusi maklumat yang ia terima tentang perubahan keperluan serta minat anda.

Portfolio Gravity di SEA berkembang pantas dan kini merangkumi pelanggan-pelanggan seperti Seek Group dan Mudah.my, iaitu kedai dalam talian terbesar di Malaysia.

"Misi kami adalah untuk menghubungkan pembeli dengan penjual secara pantas dan cekap. Gravity mampu memenuhi keperluan kedua-duanya dengan menjana panduan yang berkualiti untuk penjual kami dan hanya mengesyorkan keputusan yang paling relevan untuk pembeli kami. Penyelesaian mereka dapat mempertingkat pengalaman pengguna kami dalam semua saluran termasuk platform mudah alih." - Gaurav Bhasin, Ketua Pegawai Eksekutif, Mudah.

Baru-baru ini, Gravity melengkapkan satu perkongsian dengan Vidio.com selepas berjaya mengatasi sistem mereka sendiri serta pesaing yang lain. Vidio dikendalikan oleh KMK Online, sebahagian firma media kedua terbesar di Indonesia, Emtek.

"Berdasarkan kejayaan Gravity bersama Dailymotion, sangat mudah untuk memilih penyedia pengesyoran yang perlu digunakan pada platform perkongsian video kami. Enjin Gravity dapat meningkatkan bilangan video yang ditonton serta tempoh tontonan oleh pengguna kami, seterusnya menambah pendapatan pengiklanan kami yang penting selain menambah baik pengalaman pengguna." - Hadikusuma Wahab, Naib Presiden Produk, KMK Online.

Gravity akan mewujudkan tenaga kerja tempatan melalui beberapa siri penjawatan baharu untuk memperkukuh kehadiran setempat mereka. Calon-calon teknikal akan diterbangkan ke Budapest untuk menjalani kursus latihan selama tiga bulan. Gravity juga telah membuka sebuah pusat data di Singapura untuk menyediakan pengesyoran masa nyata kepada para pengguna di seluruh Asia Tenggara.

Pengurus Pembangunan Perniagaan Global, Kevin Jackson dan Marton Vertes, kini berada di Jakarta dan Bangkok selama beberapa bulan. Mereka ditugaskan untuk mewujudkan pejabat-pejabat berautonomi di Asia Tenggara melalui latihan satu-dengan-satu bersama penjawat baharu, membina pengaruh rangkaian setempat, serta memupuk hubungan antara pelanggan dan rakan strategik.

Latar Belakang Gravity R&D

Gravity adalah peneraju dunia dalam pembelajaran mesin dan enjin pengesyoran. Mereka menyediakan lebih 4 bilion saranan yang disuaikan pada setiap bulan, menjana lebih $30 juta pendapatan tambahan bagi pihak pelanggan mereka di seluruh dunia. Sejak beberapa tahun, mereka bersaing dalam bebearapa ujian A/B, dan berjaya mengatasi beberapa penyelesaian sendiri daripada syarikat-syarikat seperti Dailymotion, Allegro (Naspers), dan OLX Brazil.

Hubungi: Kevin Jackson, Pengarah Jualan Global, ID: +62-812-1829-2646, HU: +36-30-202-6335, US: +1-520-704-9075, kevin.jackson@gravityrd.com

Sumber: Gravity R&D

Source: Gravity R&D
Keywords: Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Corporate Expansion