omniture

World Poker Tour(R) Kembali ke Asia pada Januari untuk WPT(R) National Philippines dan Acara WPT Bayaran Masuk Permainan Tertinggi dalam Sejarah

Festival Pakau WPT National Philippines Diadakan pada 2-8 Januari; dengan Acara Pertaruhan Tinggi Bayaran Masuk Permainan $200,000 dan Acara Utama Bayaran Masuk Permainan $1,650
2015 WPT Enterprises, Inc.
2015-11-24 19:23 330

LOS ANGELES, 23 November 2015 /PRNewswire/ -- Sejurus selepas WPT® National China di MGM Grand Sanya yang mencatat kejayaan besar, yang mana 882 pemain bersaing untuk merebut bahagian mereka dengan tagan hadiah acara utama bernilai hampir $1.4 juta, WPT® hari ini mengumumkan jadual untuk festival WPT National Philippines Musim XIV di Solaire Resort & Casino yang mewah itu mulai 2-8 Januari. Bagi tahun kedua berturut-turut, Solaire akan menganjurkan Acara Utama WPT National dengan bayaran masuk permainan $1,650 selain pelbagai acara sampingan, termasuk satu acara pertaruhan tinggi dengan bayaran masuk permainan $200,000, kejohanan dengan bayaran masuk permainan tertinggi dalam sejarah World Poker Tour.

Hari 1A untuk Acara Utama WPT National Philippines dengan bayaran masuk permainan sebanyak $1,650 bermula pada 4 Januari, diikuti dengan Hari 1B pada 5 Januari. Sekurang-kurangnya enam pusingan satelit bayaran masuk permainan $180 semasa Acara Utama WPT National Philippines itu sudah pun dijadualkan dari 2-4 Januari, dan terdapat lebih banyak peluang untuk melayakkan diri dalam satelit meja tunggal semasa di tapak acara itu nanti. Mulai 23 November sehingga 12 Disember 2015, PokerMonster, platform pemilihan dalam talian utama untuk WPT National Philippines; akan mengadakan kejohanan satelit, yang mana setiap pemain akan berpeluang memenangi tiket masuk ke WPT National Philippines secara percuma. Sertai PokerMonster sekarang. Sila lawati www.pokermonster.com atau taip pokermonster di Google PLAY.

Festival WPT National Philippines turut menyediakan acara cip permulaan tinggi dengan bayaran masuk permainan sebanyak $330, acara had tagan dengan bayaran masuk permainan $275 di Omaha, acara wanita dengan bayaran masuk permainan $165, acara pertaruhan tinggi dengan bayaran masuk permainan $5,400, dan kejohanan peluang kedua dengan bayaran masuk permainan sebanyak $770.

Untuk jadual festival yang lengkap, klik di sini: http://www.worldpokertour.com/event/national-events-wpt-national-philippines-season-2015-2016/#eventTab1.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif WPT Adam Pliska menambah, "Selepas menikmati kejayaan yang sangat hebat di Manila Bay semasa Musim XIII, dan menjana satu lagi tagan bernilai jutaan dolar musim ini di Sanya, World Poker Tour dengan bangganya kembali ke rantau Asia-Pasifik pada Januari ini untuk festival WPT National Philippines di Solaire Resort & Casino. Dengan penambahan bayaran masuk permainan Super High Roller bernilai $204,000, bayaran masuk permainan tertinggi dalam sejarah WPT, kami tidak sabar-sabar lagi untuk mengalu-alukan pemain pakau terbaik semasa jelajah ke Filipina ini, bersama beberapa penggemar permainan yang terkaya di dunia."

Facebook.com/WorldPokerTour
Facebook.com/pokermonsteren
www.WPT.com; www.pokermonster.com

® 2015 WPT Enterprises, Inc. Semua hak cipta terpelihara.

Source: 2015 WPT Enterprises, Inc.
Keywords: