omniture

Mindshare Dilantik di 60 Pasaran ketika Unilever Sempurnakan Semakan Semula Agensi Media Global

Mindshare
2015-11-24 19:30 341

LONDON, SINGAPURA dan NEW YORK, 23 November, 2015 /PRNewswire/ -- Agensi media WPP Mindshare telah dilantik oleh Unilever di 60 pasaran dalam semakan semula agensi media globalnya.

Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151123/290080LOGO

Semakan semula itu telah diadakan seiring dasar syarikat Unilever untuk menilai aturan agensi media dari masa ke semasa.

Mindshare telah disahkan sebagai rakan agensi media Unilever di Eropah, Amerika Utara, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Afrika. 

Mindshare akan beroperasi untuk Unilever di:

  • Eropah: UK, Ireland, Belanda, Belgium, Jerman, Austria, Switzerland, Perancis, Itali, Sepanyol, Sweden, Denmark, Finland, Norway, Romania, Bulgaria, Serbia, Poland, Estonia, Latvia, Lithuania, Republik Czech, Hungary, Slovakia, Slovenia, Croatia, Bosnia-Herzegovina, Moldova, Macedonia, Kosovo dan Turki
  • Amerika Utara: AS, Kanada dan Caribbean (Dominican Republic, Puerto Rico, Trinidad and Tobago)
  • Asia: Indonesia, Filipina, Thailand, Malaysia, Singapura, Vietnam, India, Pakistan, Sri Lanka dan Bangladesh.
  • Afrika: Afrika Selatan dan Afrika sub-Sahara (Kenya, Uganda, Tanzania, Zimbabwe, Zambia, Mozambique, Nigeria, Ghana, Angola, Ethiopia, dan Cote D'Ivoire).

Agensi media Omnicom PHD telah dilantik sebagai agensi media Unilever di Australia, New Zealand, China, Hong Kong dan Taiwan.

Agensi media IPG Initiative telah dilantik sebagai rakan agensi media Unilever untuk Amerika Latin dan Greece.

Nick Emery, Ketua Pegawai Eksekutif Global Mindshare, berkata: "Unilever bukan sahaja merupakan salah satu daripada pengiklan terbesar dunia, ia merupakan salah satu yang paling progresif. Ini adalah satu kelebihan dan juga pernyataan yang baik bagi pasukan kami apabila kami kini bekerjasama dengan Unilever dalam 60 pasaran di kesemua benua."

Untuk maklumat lanjut tentang Mindshare sila lihat: http://www.mindshareworld.com

Untuk maklumat lanjut tentang Unilever sila lihat: http://www.unilever.com

Sumber: Mindshare

Source: Mindshare
Keywords: