NEUILLY-SUR-SEINE, Perancis, 25 November 2015 /PRNewswire/ --
Perancangan strategik baharu tetapkan matlamat baharu bagi pasaran perkhidmatan Kejuruteraan dan R&D (ER&D). 'Altran 2020. Ignition' sasarkan > €3bilion hasil dan kebolehuntungan terbaik dalam kategorinya melalui nilai dipertingkat, pengindustrian GlobalShore, perluasan geografi dan kecemerlangan operasi.
Hari ini Altran mengumumkan perancangan strategik 2016-2020nya: 'Altran 2020. Ignition'
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130408/607421)
Perancangan bercita-cita tinggi ini menyasarkan untuk menyampaikan nilai kepada semua pihak berkepentingan syarikat:
'Kami berada pada titik peralihan yang nyata untuk industri kami. Pasaran perkhidmatan Kejuruteraan dan R&D sedang mengalami perubahan yang jelas. Kami menganggarkan pasaran kami akan berkembang dengan lebih pesat berbanding apa yang telah ditunjukkan oleh pemerhatian tradisional sehingga kini. Ini akan didorong oleh pelanggan, yang mesti mempercepatkan masa-ke-pasaran mereka untuk menghasilkan inovasi yang lebih baik, untuk membezakan diri mereka, membawakan yang terbaik di planet ini kepada R&D mereka sendiri dan beralih kepada penyumberan luar bertransformasi atas sebab-sebab kecekapan.
Pelanggan ingin kami memahami perkara khusus tentang isu-isu perniagaan mereka, mencadangkan penyelesaian yang berkesan dan nilai lebih tinggi. Mereka menjangkakan kami menjadi global dan dapat menyediakan pendekatan yang menggabungkan teknologi penting, kepakaran domain serta penggalakan silang antara sektor.
'Altran 2020. Ignition' telah direka untuk memenuhi keperluan pelanggan kami yang berubah. Pertama, kami akan meningkatkan nilai bagi setiap yang kami tawarkan kepada pelanggan. Dengan itu, kami akan melengkapi penawaran semasa kami dengan menyalurkan semua kepakaran, aset dan harta intelek di seluruh dunia melalui siri pusat-pusat bertaraf dunia yang berdedikasi. Kedua, pelanggan menjangkakan kami untuk semakin bercirikan perindustrian. Mereka inginkan yang terbaik yang boleh diperolehi di dunia pada harga sebaik mungkin. Oleh itu, kami akan membina kemampuan luar pesisir utama dunia dalam perkhidmatan ER&D. Akhir sekali, kami tidak boleh memasuki pasaran global tanpa membuat peningkatan nyata dalam beberapa pasaran penting, dan terutamanya dengan membangunkan kehadiran utama di AS.
Perancangan strategik ini merupakan kisah pertumbuhan yang akan memberi manfaat kepada pelanggan kami, pemegang saham kami dan 25,000 jurutera serta perunding kami. Kami akan berusaha untuk menjadi lebih global, lebih inovatif, dan memantapkan model perniagaan kami untuk memberi khidmat yang lebih baik kepada pelanggan kami. Kami akan mengekalkan tumpuan penuh kepada operasi dan kepuasan pelanggan. Tahun 2016 dan 2017 akan menjadi tahun-tahun peralihan dan transformasi, bagi mencapai momentum penuh sepanjang tahun 2018-2020,' kata Dominique Cerutti, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.
'Altran 2020. Ignition'
Pasaran perkhidmatan Kejuruteraan dan R&D dijangka mencapai €220 bilion menjelang tahun 2020, didorong oleh jangkaan pelanggan baharu.
Tiga penggerak akan mendorong industri perkhidmatan ER&D:
Altran berkedudukan terbaik untuk memimpin transformasi pasaran ini
Hasil daripada evolusi, globalisasi dan konsolidasi masa depan pasaran, kami menjangkakan, seperti yang ditunjukkan oleh corak tipikal dalam fasa kematangan sedemikian, bahawa beberapa pemimpin global akan muncul, memberi khidmat kepada sehingga 20% daripada pasaran bernilai €220 bilion ini. Altran, hasil usaha pasukan, aset, makmal, harta intelek dan kehadiran antarabangsanya mempunyai kedudukan terbaik untuk memanfaatkan peluang ini.
Empat jentera pertumbuhan
Kejayaan perancangan ini akan dicapai melalui pendekatan pelaksanaan berfasa sambil mengekalkan disiplin sedia ada dalam pelaksanaan. Altran yakin perancangan strategik ini mendefinisikan model nilai baharu dan tahap piawaian berkaitan untuk industri perkhidmatan ER&D, yang akan membantu pelanggan global, mencapai matlamat bercita-cita mereka dalam persekitaran yang mengujakan tetapi lebih ketat serta mendesak.
Elemen penting dalam model kewangan Altran 2020:
Hasil: > €3 bilion
Margin EBIT: ~13% daripada hasil
Aliran Tunai Bebas: 7% daripada hasil
Pertumbuhan EPS: > 100% sepanjang tempoh tersebut
Memanfaatkan <1.5 kali EBITDA pada penghujung setiap tahun (termasuk aktiviti M&A).
Pembentangan kepada pihak penganalisis dan pelabur akan disediakan melalui Webex mulai jam 2:30ptg (CET) hari ini.
Latar Belakang Altran
Sebagai peneraju global dalam inovasi dan perunding kejuruteraan berteknologi tinggi, Altran menawarkan pelanggannya dengan cara baharu untuk berinovasi. Kumpulan itu membangunkan produk dan perkhidmatan masa depan bersama atau untuk pelanggannya. Altran bekerjasama dengan pelanggannya pada setiap pautan dalam rantaian nilai projek mereka, daripada pembangunan konsep kepada pengindustrian. Kumpulan ini telah menyediakan kepakarannya selama lebih tiga puluh tahun untuk pemain penting dalam sektor Aeroangkasa, Automotif, Pertahanan, Tenaga, Kewangan, Sains Hayat, Kereta Api, dan Telekomunikasi, antara lainnya.
Pada tahun 2014, kumpulan Altran menjana hasil sebanyak €1.756 bilion. Dengan jumlah pekerja seramai hampir 25,000 orang, Altran mempunyai kehadiran di lebih 20 buah negara.
ignition.altran.com
Dapatkan berita kami melalui hab media kami
Ikuti kami di Twitter:
@Altran #Altran2020
Penafian
Pembentangan ini bukanlah tawaran untuk, atau undangan oleh atau bagi pihak Altran Technologies untuk melanggan atau membeli sekuriti kewangan di Amerika Syarikat atau mana-mana negara lain. Kenyataan jangkaan turut disertakan dalam pembentangan ini. Kenyataan jangkaan ini adalah berasaskan data, tanggapan dan anggaran yang dianggap munasabah oleh Altran Technologies. Ini termasuk secara khusus maklumat berkaitan situasi kewangan, hasil dan aktiviti Altran Technologies. Data, tanggapan dan anggaran ini tertakluk kepada risiko (seperti yang diterangkan dalam dokumen rujukan yang difailkan dengan pihak berkuasa pasaran kewangan Perancis pada 31 Mac 2015 bernombor D. 15-0262) dan ketidakpastian, yang kebanyakannya berada di luar kawalan Altran Technologies dan tidak dapat diramal dengan mudah. Ia mungkin membawa kepada hasil yang nyata berbeza daripada yang diramalkan atau yang dicadangkan dalam kenyataan ini.
Kaveat
Perancangan strategik yang dinyatakan pada 23 November 2015 mungkin akhirnya tertakluk kepada perubahan / pindaan bergantung kepada hasil perbincangan yang akan diadakan antara Lembaga Pengarah dan Majlis Kerja Pusat yang akan dirujuk tentang draf perancangan strategik ini.
SUMBER Altran