omniture

MESSRING Tawarkan Kelengkapan Rasmi Ujian AEB NHTSA

MESSRING Systembau GmbH
2015-11-25 09:00 289

MUNICH, 25 November, 2015/PRNewswire/ --

Kerjasama dengan Wolf Composite Solutions / Memenuhi pengawalseliaan US NCAP terkini

Kenderaan Tumpang Boleh Langgar (Strikeable Surrogate Vehicle, SSV) merupakan sistem ujian baharu yang akan digunakan oleh NHTSA untuk menguji sistem Pembrekan Kecemasan Berautonomi (AEB) di AS. Menjelang tahun 2018 US NCAP (Program Penilaian Kereta Baharu) akan menggunakan AEB sebagai teknologi keselamatan yang disarankan dalam kriteria penilaian bagi semua kenderaan baharu. Dalam ujian tersebut, SSV mensimulasi kenderaan di hadapan yang dikesan oleh sistem bantuan spesimen ujian dan mencetuskan pergerakan membrek atau mengelak. Komponen utama SSV ialah sasaran karbon yang secara realistik menyerupai bahagian belakang sebuah kereta.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151123/290111 )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151123/290112 )

Ketika industri masih membincangkan perbezaan dalam prosedur ujian AS dan EU, pengeluar kemudahan ujian perlanggaran Jerman MESSRING telah pun menyesuaikan SSV kepada sistem tundaannya sendiri, yang telah menjadi piawaian tanpa tandingan di Eropah dan Asia.

Dalam usaha kerjasama dengan pakar gentian karbon Amerika Wolf Composite Solutions (rakan pembangunan NHTSA) ini telah menghasilkan penyelesaian hibrid baharu yang membolehkan pengujian menurut kedua-dua prosedur, dan menggabungkan sasaran SSV dengan kelebihan sistem tundaan EuroNCAP yang mantap dan dipandu tepat daripada MESSRING.

Tanpa kerja-kerja pengubahan pengguna dapat beralih antara pengujian US atau EuroNCAP yang memberikan kefleksibelan maksimum dari segi senario ujian yang diperlukan serta tidak memerlukan ruang tambahan dalam bentuk rel landasan yang dipasang secara kekal pada landasan ujian.

Selain daripada pasaran Amerika, yang disediakan khidmatnya oleh Wolf Composite Solutions, MESSRING akan mengendalikan jualan dan perkhidmatan di sedunia untuk kedua-dua versi: penyelesaian "Hibrid" dengan sistem tundaan asal Eropah dan juga SSV Amerika dengan sistem rel landasan NHTSA.

http://www.messring.de

Wakil media:
Petra Schlingensiepen
Telefon: +49/89-747-242-96
p.schlingensiepen@waechter-waechter.de

Source: MESSRING Systembau GmbH
Related Links:
Keywords: