omniture

Messe Frankfurt Perluas Tawaran kepada Sektor Automotif dan Pengangkutan & Logistik

Messe Frankfurt Exhibition GmbH
2015-11-25 17:00 389

FRANKFURT, Jerman, 25 November 2015 /PRNewswire/ -- Messe Frankfurt mengimbau kembali kejayaan 45 tahun dalam industri automotif dan ingin mengambil kesempatan ini untuk melahirkan penghargaan kepada para pempamer kami yang lama dan setia. Terdapat sesuatu yang istimewa sempena peristiwa ini: artis dan jurugambar Rafael Neff telah mengabadikan beberapa produk pelanggan ke dalam dunia tema yang akan dipaparkan di dalam kalendar Automechanika 2016:

Alfred Kärcher GmbH & Co. KG, BBS GmbH, Brembo S.p.A., Continental Aftermarket GmbH,Continental Reifen Deutschland GmbH,Hella KGaA Hueck & Co, Johnson Controls Autobatterie GmbH & Co. KGaA, Liqui Moly

GmbH, Mahle GmbH, MANN+HUMMEL GmbH, RECARO Automotive Ltd. & Co. KG, Schaeffler AG, ZF Friedrichshafen AG.

Kalendar berkualiti tinggi ini diperkenalkan pada majlis 'Kami mengucapkan TERIMA KASIH' ('We Say THANKS') di Klassikstadt Frankfurt dan jemputan Messe Frankfurt diedarkan.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/7668651-messe-frankfurt-expands-logistics-sectors/

Automechanika pastinya menjadi satu kisah kejayaan yang paling menarik sepanjang 45 tahun ini. Kisahnya bermula pada tahun 1971 dengan Automechanika pertama di Frankfurt, yang telah dianjurkan selepas pembatalan IAA. Tahun demi tahun, pameran perdagangan itu menunjukkan kemajuan yang cemerlang, menjadi pemeran dagang utama dunia yang kini diadakan di lima belas lokasi di seluruh dunia. Sementara itu, Messe Frankfurt juga menganjurkan siri pameran dagang B2B baharu untuk pengangkutan trak dan logistik serta acara B2C untuk kereta, motor dan bot.

Kebolehgerakan dan logistik sangat berkait rapat. Sektor pengangkutan & logistik kini sarat dengan pertanyaan berkaitan infrastruktur pintar terangkai. Persidangan dan pameran perdagangan baharu tajaan Messe Frankfurt menyediakan jawapan yang relevan dan sudut pandang baharu. Tahun hadapan, Scalex East Africa, satu pameran perdagangan baharu khas untuk pengurusan rantaian bekalan dan logistik di Afrika Timur, akan diadakan buat pertama kalinya. Bahagian Mobility & Logistics dijangka akan terus berkembang pada tahun-tahun akan datang. Menjelang tahun 2017, sejumlah 31 acara telah dirancang untuk sektor-sektor Automotive dan Transport & Logistics.

Maklumat lanjut tentang semua acara dan tarikh automotif boleh didapati melalui automotive.messefrankfurt.com, dan maklumat tentang acara sektor pengangkutan & logistik di transport-logistics.messefrankfurt.com.

Hubungi:

Sarah Gutermann
sarah.gutermann@messefrankfurt.com
Telefon: +49(069)7575-3560

Messe Frankfurt Exhibition GmbH
Ludwig-Erhard-Anlage 1
60327 Frankfurt am Main
Jerman

Photo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151124/290831

Source: Messe Frankfurt Exhibition GmbH
Keywords: Auto Transportation Trucking and Road Transportation Corporate Expansion Trade show news