omniture

Hisense Lancar Cip Pemprosesan Imej Canggih Buatan Sendiri Pertama China

Hisense
2015-11-27 11:10 550

Masa depan syarikat-syarikat China terletak pada pemilikan teknologi teras yang mendorong penghasilan produk mereka. Pemilikan sedemikian dimulakan dengan cip IC yang terdapat di dalam produk sistem itu, iaitu "jantung" yang menggerakkan sistem tersebut.

QINGDAO, China, 25 November 2015 /PRNewswire/ -- Hisense Group hari ini mengumumkan ketersediaan televisyen pintar keluaran mereka yang menyediakan cip pemprosesan imej 120Hz UHD tahap SOC yang dibuat sendiri oleh syarikat tersebut. Hal ini menandakan satu lagi pencapaian mereka selepas melancarkan cip TV berwarna pertama China yang dibuat sendiri pada tahun 2005 untuk menamatkan era kebergantungan industri TV China kepada cip IC yang diimport.

"Enjin pemprosesan imej terdiri daripada kewujudan silikon dengan berdozen-dozen algoritma pemprosesan imej yang inovatif. Ia dapat menambah baik dengan ketara jarak dinamik dan nisbah kontras dinamik bagi video yang dipaparkan; ia menyokong gamut warna yang luas, menambah kejelasan gambar dan menghasilkan gerakan yang tidak bergetar. Kualiti gambar yang jelas terhasil itu menjadikan tontonan video sebagai suatu pengalaman yang benar-benar memuaskan," kata Dr. Zhong Sheng, Ketua Pegawai Eksekutif Hisense Microchip Company.

"Sebuah syarikat tanpa cip IC sendiri hanya menjadi syarikat kelas kedua kerana syarikat tersebut tidak mampu menentukan produk yang inovatif dalam erti kata sebenar," kata Zhou Houjian, pengerusi Hisense Group. Cip IC terkini daripada Hisense akan terus menaikkan status Hisense sebagai vendor TV Pintar bertaraf dunia, menjadikannya peneraju bagi teknologi paparan televisyen di dunia, selain Sony dan juga Samsung. Syarikat tersebut telah pun berada dalam kalangan tiga peneraju pasaran terbaik dalam industri televisyen global sederhana dan canggih.

Televisyen UHD canggih biasanya dikuasakan oleh cip utama, cip pemprosesan imej canggih dan cip TCOM, atau beberapa cip berkaitan yang disepadukan selanjutnya. Dengan penghasilan lebih banyak kandungan 4K dan 8K untuk penstriman video dan penyiaran, paparan TV yang besar memerlukan cip pemprosesan imej yang bagus. Kombinasi tiga cip ini akan dapat menambah baik prestasi keseluruhan sistem dengan ketara. Hisense merupakan syarikat dari China yang pertama menghasilkan sendiri cip pemprosesan imej canggih tahap SOC. Usaha ini juga akan dapat mengurangkan kos BOM untuk TV Hisense berbanding yang menggunakan cip daripada pihak ketiga, dan ini seterusnya meningkatkan daya saing mereka dalam pasaran.

Dr. Huang Weiping, pengerusi Hisense Microchip Company, mendedahkan strategi syarikat itu adalah untuk menyediakan lebih banyak keunikan kepada produk sistem tersebut. Pengenalan cip pemprosesan imej ini akan terus menambah baik daya saing utama bagi teknologi paparan Hisense yang merangkul anugerah, iaitu teknologi ULED. Syarikat itu dijangka akan menghantar lebih 1 juta unit cip pada tahun pertama. Hisense juga berhasrat untuk mencipta cip ini bagi kegunaan produk lain seperti TV tayangan laser jarak amat dekat dan juga sistem paparan perubatan.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151124/290892  

Source: Hisense
Related Stocks:
HongKong:0921 Shanghai:600060 Shenzhen:000921
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components New products/services