omniture

A Journey Through Time IX Persembahkan Gabungan Fesyen dan Muzik untuk Permulaan Dikenang bagi Pameran Jam Tangan dan Barang Kemas Terulung Asia

Starhill Gallery
2015-11-27 14:10 369

KUALA LUMPUR, Malaysia, Nov. 27, 2015 /PRNewswire/ -- Pameran terulung bagi jam tangan dan barang kemas Asia, A Journey Through Time, sedang bersedia untuk melabuhkan tirainya selepas satu lagi minggu yang berjaya. Salah satu acara seumpamanya yang paling lama berlangsung di Asia, A Journey Through Time IX (AJTT) diadakan di ruang seluas 30,000 kaki persegi di Starhill Gallery Kuala Lumpur. Tahun ini, lebih 125 jenama jam tangan, barang kemas dan gaya hidup mengambil bahagian dalam acara yang berlangsung selama 8 hari itu bermula pada 20 hingga 27 November 2015.

"Seni, sains, keindahan dan ketepatan adalah unsur-unsur yang menghasilkan karya seni sebenar. A Journey Through Time merupakan keraian bagi kesemua ciri ini, menawarkan pengalaman yang diatur rapi untuk menghargai kisah serta keghairahan di sebalik setiap jam tangan yang dihasilkan secara sempurna atau direka indah selain barang kemas yang anggun," kata En. Joseph Yeoh, Naib Presiden, YTL Land & Development Bhd dan YTL Hotels and Properties.

"Sebagai acara terulung seumpamanya di Asia, ia merupakan suatu luar biasa tahun ini kerana ia memperlihatkan perubahan acara itu untuk menjadi lebih inklusif bagi tujuan mendekati pelanggan lebih muda yang memulakan perjalanan mereka sendiri dalam menghargai serta mengumpulkan jam tangan dan juga barang kemas. AJourneyThroughTimeIX akan memimpin semua individu daripada pengumpul baharu kepada pengumpul berpengalaman dalam mempelajari serta mencari 'karya seterusnya' yang sempurna untuk dimiliki, sambil menikmati pameran terkini, pertunjukan fesyen, persembahan muzikal, sesi minum petang bertema selain hidangan istimewa yang semuanya disajikan khas untuk acara tersebut. Ia merupakan pengalaman yang benar-benar holistik untuk semua," tambah En. Joseph Yeoh.

Acara-acara penting termasuk:

  • Majlis Pembukaan Gala melalui undangan untuk 200 tetamu termasuk selebriti dan personaliti daripada kerajaan, syarikat dan industri media dari Malaysia serta luar negara.
  • Koleksi daripada Bedat & Co, Breguet, Cecil Purnell, Hermes, HYT, Jaeger-LeCoultre, Maitres Du Temps, Moritz Grossmann, Muhle-Glashutte, Omega, Speake-Marin dan Zeitwinkel. Jenama barang kemas mewah dengan koleksi istimewa termasuk Carrera y Carrera, Ceres, Emperor's Fine Jewels, Gubelin dan Mouawad.
  • Pameran jam tangan Omega menampilkan koleksi James Bond edisi terhad buat pertama kali di Malaysia.
  • Pameran Julien Macdonald Fashion Show / Julien Macdonald Retrospective menampilkan 20 rekaan yang ditempah khas yang dihasilkan untuk selebriti termasuk Beyonce, Jennifer Lopez, Taylor Swift, Katy Perry, Kylie Minogue dan Heidi Klum
  • Bengkel horologi yang diketuai oleh ahli horologi, pengumpul berpengalaman dan pakar jenama
  • Menu yang dicipta khas
  • Malam Gala dan Pengaktifan Krismas melalui undangan bersama Carly Paoli yang amat tersohor

Stephen Francis
+6-03-7805-7133
stephen@arciscommunications.com

Source: Starhill Gallery
Keywords: Art Fashion Jewelry Retail Asian-related news Trade show news