BEIJING, 30 November, 2015 /PRNewswire/ -- Budaya korporat yang cemerlang merupakan aset tidak ketara yang membolehkan sesebuah perusahaan mempunyai tarikan unik dalam persaingan pasaran yang sengit. Pada 15 November, Infinitus (China) Company Ltd. telah dinamakan sebagai salah satu daripada 10 Syarikat Terbaik China dalam Budaya Korporat di Persidangan Tahunan tentang Pengurusan Budaya Korporat di China 2015. En. Sammy Lee, Pengerusi dan Pengarah Urusan LKK Health Products Group (LKKHPG), telah dianugerahkan gelaran Perintis dalam Budaya Korporat China. Kedua-dua anugerah telah disampaikan untuk empat tahun berturut-turut.
Persidangan itu dianjurkan oleh Persatuan Pentadbiran Budaya China, sebuah institusi autoritatif yang diselia oleh Kementerian Budaya Republik Rakyat China. Penilaian itu adalah berasaskan Piawaian Penilaian Pembinaan Budaya Perusahaan China 3.0 (edisi percubaan) (CECCAS) yang baru dinaik taraf, dari aspek konsep budaya, pembinaan budaya, pengawalseliaan budaya, operasi dan pengurusan budaya korporat. Penerima anugerah telah mencapai pencapaian luar biasa dalam budaya korporat dari perspektif teori dan praktikal, menampilkan populariti dan reputasi tinggi, serta memberi sumbangan penting kepada pembangunan perindustrian.
Sejak 23 tahun lalu, Infinitus telah membentuk sistem kebudayaan uniknya sendiri dengan menerapkan Si Li Ji Ren sebagai nilai teras korporat, berpegang kepada semangat Keusahawanan Berterusan, iaitu untuk menembusi tetapi bukan mengehadkan, dan menggabungkan kebijaksanaan tradisi timur "pemimpin halimunan" dalam Tao The King dengan konsep pengurusan barat untuk mengetengahkan secara kreatif model pengurusan perusahaan moden, Model Kepimpinan Auto-Pilot.
Sistem kebudayaan ini bukan sahaja dihimpunkan dan diterbitkan dalam buku-buku, seperti Power of Si Li Ji Ren, dan Auto-Pilot Leadership Model, tetapi turut dilaksanakan menerusi tindakan dalam organisasi tersebut melalui dua Roda Pacuan, "Belajar, Amalkan dan Latih"(LPC) dan "Kepimpinan, Sistem dan Media"(LSM). LPC merupakan sistem berkitar yang saling melatih antara satu sama lain. Semua orang menjadi guru dan pelajar, kerana bukan sahaja pekerja peringkat bawahan tetapi pihak pengurusan kanan turut memerlukan latihan. Sementara itu, LSM meletakkan kepentingan yang tinggi kepada peranan memimpin para pemimpin, mekanisme seperti tinjauan kepuasan, peraturan mengikut giliran untuk menganjurkan perjumpaan/acara, kerja dalam pasukan, dan pelbagai saluran komunikasi seperti perkongsian buku serta Sistem Automasi Pejabat, menjadikan budaya sebagai petunjuk kepada tingkah laku para pekerja.
Pengaruh kebudayaan adalah halus. Ia dapat dicerminkan menerusi pengiktirafan pekerja dan pihak berkepentingan terhadap perusahaan. Menurut Tinjauan Kepuasan Pekerja Infinitus yang dijalankan oleh firma khidmat runding terkemuka Hewitt, Infinitus mempunyai rekod lebih baik berbanding purata industri selama bertahun-tahun. Pada tahun 2013, Infinitus telah dianugerahkan gelaran "Tapak Demonstrasi Budaya Korporat Nasional" yang menjadikannya salah satu daripada sekumpulan kecil syarikat yang menerima gelaran sedemikian di China.
Pengiktirafan autoritatif yang diperoleh selama empat tahun berturut-turut itu mencerminkan bahawa sistem kebudayaan korporat Infinitus yang berasaskan nilai teras korporatnya "Si Li Ji Ren" telah menjadi daya saing terasnya yang tersendiri. En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG berkata, "Infinitus akan terus menggalakkan pembinaan budaya korporat dan berganding bahu dengan pihak-pihak berkepentingannya dalam mencapai kemajuan yang baik."
Latar Belakang LKKHPG
LKKHPG merupakan ahli kepada Lee Kum Kee Group, sebuah perusahaan dari Hong Kong yang berusia seabad. Beribu pejabat di Hong Kong, aktiviti perniagaan LKKHPG merangkumi penanaman herba Cina, penyelidikan & pembangunan (R&D), pengeluaran, penjualan dan perkhidmatan produk kesihatan TCM, platform internet mudah alih, serta pelaburan hartanah. Ahli-ahlinya termasuk Infinitus (China) Company Ltd., Infinitus (Hong Kong) Company Ltd., Infinitus International Company Ltd., Infinitus International (Malaysia) Sdn Bhd., Naturale (China) Pharma Co., Ltd, dan HeHa Digital Health Ltd.