GUANGZHOU, China, 30 November 2015 /PRNewswire/ -- Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa 2016 (ISLE) salah satu pameran pengiklanan dan LED terbesar di China, akan berlangsung di kawasan B, Kompleks Pameran Canton mulai 24 hingga 27 Februari 2016. Pameran dengan kawasan seluas 100,000 meter persegi itu akan disertai oleh 1,000 pempamer serta 100,000 pembeli profesional dari serata dunia.
Pameran bagi tahun 2016 itu diadakan bertujuan untuk menyediakan platform baharu bagi memperkenalkan sumber baharu dan menyediakan peluang terkini kerana ia disertai oleh barisan syarikat terulung dalam industri pengiklanan dan LED yang akan mewujudkan platform perniagaan serta perdagangan hebat yang dapat membantu meluaskan pasaran serta saluran pengedaran baharu dengan lebih baik.
ISLE 2016 akan memperkenalkan produk dan teknologi terkini daripada pelbagai syarikat terkemuka, termasuk paparan LED berjarak kecil 0.88mm, skrin berbentuk unik, dinding bertirai kaca, paparan 3D, lampu limpah tinggi kecekapan, pencetak UV dan 3D, serta banyak lagi.
"ISLE telah menjadi pameran pengiklanan dan LED terbesar serta paling berpengaruh di Selatan China," kata Zhu Li, pengurus besar Canton Fair Advertising Co., Ltd. "Pengunjung ISLE boleh melawat kilang yang berhampiran yang terletak di rantau Delta Sungai Mutiara, tempat 68% pengeluaran LED di China dijalankan. Pada tahun lalu, pameran selama empat hari itu berjaya menarik lebih 90,000 pempamer dan pengunjung dari 80 buah negara. Kami menjangka akan menerima lebih 100,000 pengunjung kali ini, termasuk delegasi pembeli dari Brazil, Korea serta Thailand."
ISLE 2016 telah dipromosikan di seluruh dunia sejak Mac, termasuk kunjungan ke Amerika Syarikat, Rusia, Korea Selatan, Turki, Brazil, India, Thailand, dan Vietnam.
Sepanjang promosi berkenaan, ISLE telah memeterai kerjasama dengan Persatuan Pencetak New Delhi (New Delhi Printers' Association), Persatuan Pengeluar Lampu dan Komponen Elektrik India (Electric Lamp and Component Manufacturers' Association of India), Persatuan Lampu India (India Lighting Association), Persatuan Perkhidmatan Elektronik Berdaftar Brazil (Brazilian Association of Authorized Services in Electronics), Persatuan Perdagangan Antarabangsa Korea (Korean International Trade Association), dan Dewan Perniagaan Thailand-China (Thai-Chinese Chamber of Commerce).
"Kami percaya ISLE bakal menjadi peneraju dalam industri pengiklanan dan LED pada masa terdekat," tambah Zhu. "Penambahbaikan kemudahan dan perkhidmatan untuk memperkenalkan produk terkini kepada dunia sentiasa menjadi keutamaan kami. ISLE 2016 akan memberikan semua pengunjung dan pempamer peluang hebat untuk berkomunikasi dan bekerjasama secara dua hala."
Latar Belakang ISLE
Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa 2016 (ISLE) akan dianjurkan oleh Canton Fair Advertising Co., Ltd. dan China Foreign Trade Guangzhou Exhibition General Corp (CFTE). Ia dikhususkan untuk pembangunan papan iklan yang profesional, berkarisma, dan pintar serta mewujudkan platform penyelesaian rangkaian industri LED yang bersepadu sepenuhnya.