KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Mezzo soprano British yang amat diiktiraf, Carly Paoli serta tenor Itali terkemuka Alessandro Safina melabuhkan tirai A Journey Through Time IX Starhill Gallery dengan persembahan hebat yang mengagumkan dan mempesonakan para hadirin sempena Malam Gala Pelancongan dan Kebudayaan: Majlis Penyampaian Anugerah Jam Tangan dan Barang Kemas Terbaik Tahun 2015. Bintang malam itu, Carly Paoli, baru-baru ini membuat persembahan di Carcalla sempena konsert UNICEF di Rom, Itali, bersama penyanyi legenda Jose Carreras dan juga Andrea Bocelli.
Persembahan bertenaga mereka merupakan penutup yang sempurna kepada acara 8 hari itu yang diadakan bermula pada 20 hingga 27 November 2015. A Journey Through Time IX menampilkan satu siri pengalaman khusus dengan penyertaan daripada lebih 125 jenama jam tangan, barang kemas dan gaya hidup antarabangsa. Pelbagai aktiviti itu memenuhi kepuasan ribuan penggemar jam tangan dan barangan kemas, penggemar fesyen, dan pengikut gaya yang hadir di Starhill Gallery tahun ini.
Turut hadir sempena Malam Gala Pelancongan dan Kebudayaan: Majlis Penyampaian Anugerah Jam Tangan dan Barang Kemas Terbaik Tahun 2015 ialah YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia serta YBhg. Tan Sri Dr. Francis Yeoh, Pengarah Urusan Kumpulan YTL Corporation Berhad.
"Kami berkongsi saat membanggakan ini bersama YTL Group dan Starhill Gallery. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah menjadi rakan usaha sama yang amat berminat dengan Starhill Gallery untuk A Journey Through Time sejak diperkenalkan sembilan tahun lalu," kata YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz.
"Kami telah melihatnya berkembang dari segi skala dan penerimaan setiap tahun. Kini dalam tahun kesembilannya, kami kekal utuh menyokong usaha jerih Starhill Gallery bagi menganjurkan acara yang begitu berprestij yang disanjung dan dinanti-nantikan oleh semua penggemar jam tangan dan barangan kemas di Asia. Kami teruja menantikan apa yang dirancang oleh Starhill Gallery untuk tahun hadapan ketika acara ini memasuki tahunnya yang ke-10," tambah beliau lagi.
YTL Group dan Starhill Gallery berbangga dapat menjadi sebahagian daripada strategi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang memupuk penglibatan, sokongan, dan penyertaan pihak berkepentingan bagi mencapai agenda negara untuk memastikan pelancongan kekal sebagai salah satu penyumbang utama kepada pembangunan sosioekonomi negara.
"Kami berharap kejayaan kolaborasi kami sejak memperkenalkan A Journey Through Time sembilan tahun lalu akan terus berkembang maju. Kami beriltizam untuk mempelbagaikan dan memajukan kepada acara itu agar dapat menarik lebih ramai pengunjung luar negara untuk datang ke negara kita setiap tahun," kata Pengarah Urusan Kumpulan YTL Corporation, YBhg. Tan Sri Dr. Francis Yeoh semasa berucap pada malam penuh berprestij itu.
Pengumuman yang dinanti-nantikan bagi para pemenang Anugerah Jam Tangan dan Barang Kemas Terbaik Tahun Ini Starhill Gallery telah dibuat pada malam itu.
Pengalaman Khusus untuk Yang Indah-indah Belaka
A Journey Through Time IX menampilkan koleksi daripada jenama jam tangan antarabangsa termasuk Bedat & Co, Breguet, Cecil Purnell, Hermes, HYT, Jaeger-LeCoultre, Maitres Du Temps, Moritz Grossmann, Muhle-Glashutte, Omega, Speake-Marin dan Zeitwinkel. Jenama barang kemas bergemerlapan yang mempamerkan koleksi istimewa mereka tahun ini termasuk Carrera y Carrera, Ceres, Emperor's Fine Jewels, Gubelin dan Mouawad.
Antara sorotan acara utama ialah:
Bantuan Media
Sebarang pertanyaan dan permintaan media berkaitan A Journey Through Time IX, sila hubungi:
Asha C. Devi
E-mel: asha@arciscommunications.com
Arcis Communications
Telefon Bimbit: +6016 2557931
Angeline Chandran
E-mel: angeline@arciscommunications.com
Arcis Communications
Telefon Bimbit: +6016 9166461