omniture

Pengambilalihan Sempurna: ZF Ambil Alih Segmen Gear Perindustrian dan Kotak Gear Turbin Angin daripada Bosch Rexroth

ZF Friedrichshafen AG
2015-12-01 20:00 472

- Pengambilalihan perkukuh divisyen Teknologi Perindustrian dan mempertingkatkan lagi objektif korporat untuk terus memperluas perniagaan bukan automotif ZF

- Pihak berkuasa antitrust berikan kebenaran untuk pengambilalihan:
Mulai 1 Disember, seramai 1,200 pekerja di Witten, Beijing dan Lake Zurich (AS) akan menjadi sebahagian daripada ZF Group

FRIEDRICHSHAFEN, Jerman, 1 Disember, 2015 /PRNewswire/ -- Pihak berkuasa antitrust telah memberikan kebenaran: Pada 1 Disember 2015, ZF akan mengambil alih secara rasmi perniagaan gear perindustrian dan kotak gear turbin angin daripada Bosch Rexroth AG. Seramai 1,200 orang pekerja di lokasi Witten, Beijing dan Lake Zurich (AS) akan menyertai syarikat teknologi itu.

Bagi ZF, pengambilalihan ini  merupakan peluang kemasukan dalam perniagaan gear perindustrian yang luas, contohnya  yang digunakan di pelantar minyak, kenderaan lombong, jentera penggerudian terowong, atau laluan kabel. Pelbagai barisan produk akan disatukan di unit perniagaan Gear Perindustrian ZF baharu yang berpangkalan di Witten, Jerman. Syarikat itu turut memperkukuh perniagaan kotak gear turbin anginnya.

"Menerusi unit perniagaan Gear Perindustrian yang baru diwujudkan kami benar-benar ingin memperluas perniagaan kami secara besar-besaran," kata Ketua Pegawai Eksekutif ZF Dr. Stefan Sommer. "Kami ingin memperluaskan portfolio kami dengan transmisi besar untuk kegunaan perindustian dan jentera mudah alih sehingga kepada jentera penggerudian terowong, dan pengorek perlombongan 600 tan. Rangkaian produk juga akan diperluaskan dalam unit perniagaan Teknologi Kuasa Angin dengan kotak gear untuk turbin yang dapat menjana sehingga lapan megawatt."

Dengan urus niaga itu ZF mengambil alih dua lokasi pengeluaran Bosch Rexroth AG di Witten (North Rhine-Westphalia/Jerman) dengan hampir 900 orang pekerja manakala di Beijing (China) dengan lebih 300 orang pekerja, selain lokasi perkhidmatan di Lake Zurich (AS) dengan kira-kira 15 orang pekerja.

Sambutan pengambilalihan rasmi di ketiga-tiga lokasi itu dan hari pertama di bawah naungan ZF Group telah diadakan pada 1 Disember.

Dua buah syarikat yang baru ditubuhkan akan ditambah kepada unit perniagaan Gear Perindustrian di bawah nama  ZF Industrieantriebe Witten GmbH dan ZF Powertrain Systems (Beijing) Co., Ltd. Witten merupakan ibu pejabat untuk unit perniagaan itu yang bukan sahaja menempatkan Pentadbiran dan Pengeluaran, tetapi juga jabatan Pembangunan dan Jualan untuk teknologi kotak gear besar (gear perindustrian dan kotak gear turbin angin). Witten juga merupakan lokasi asal pengeluaran bagi unit perniagaan Teknologi Kuasa Angin  ZF yang beribu pejabat di Lommel, Belgium. Di lokasi Beijing, kotak gear untuk segmen kuasa angin ZF sedang dihasilkan; Oleh itu, syarikat akan terus memperluas kehadirannya dalam pasaran kotak gear angin yang penting di China.

ZF melantik Christoph Kainzbauer, seorang pengurus yang berpengalaman dalam bidang teknologi kotak gear besar untuk mengetuai unit perniagaan Gear Perindustrian. Sebelum ini, beliau bertanggungjawab terhadap Jualan global segmen kotak gear besar Bosch Rexroth. Unit perniagaan baharu itu terdiri daripada transmisi barisan produk untuk kegunaan perlombongan dan jentera pembinaan besar, transmisi untuk kegunaan luar pesisir dan juga marin, transmisi untuk kilang perindustrian serta kelengkapan serta  untuk laluan kabel.

"Kami melihat peluang masa depan yang ideal untuk divisyen Teknologi Perindustian, terutamanya dalam teknologi kuasa angin," jelas Wilhelm Rehm yang bertanggungjawab terhadap Pengurusan Bahan Korporat dan Teknologi Perindustrian dalam Lembaga Pengurusan ZF. "Pengukuhan segmen bukan automotif ZF merupakan objektif penting dalam strategi korporat jangka panjang kami. Kami melengkapi portfolio teknologi perindustrian kami secara optimum, di samping itu, turut membuka peluang  kepada pasaran dan kumpulan pelanggan baharu," kata Rehm.

Kedua-dua syarikat itu telah bersetuju untuk tidak menyatakan harga pembelian. Pada tahun 2014, Bosch Rexroth telah menjana jualan kira-kira EUR 300 juta melalui perniagaan kotak gear besar. Pada tahun yang sama, ZF telah menjana kira-kira dua belas peratus daripada jualan Kumpulannya melalui divisyen Teknologi Perindustriannya yang melaluinya, syarikat itu menyatukan aktiviti "off road" . Angka ini dijangka meningkat dalam tempoh jangka panjang.

Wakil media:

Christoph Horn, Ketua Komunikasi Korporat,
Tel. +49-(0)-7541-77-2705, e-mel: christoph.horn@zf.com

Andreas Veil, Ketua Perniagaan dan Komunikasi Kewangan,
Tel. +49-(0)-7541-77-7925, e-mel: andreas.veil@zf.com

Gernot Hein, Ketua Komunikasi, Divisyen Teknologi Perindustrian
Tel. +49-(0)-8514-94-2480, e-mel: gernot.hein@zf.com

Untuk mendapatkan maklumat media dan gambar selanjutnya sila kunjungi: www.zf.com

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150514/8521503115LOGO 

Source: ZF Friedrichshafen AG
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Machine Tools, Metalworking and metallurgy Oil/Energy Utilities Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion