BEIJING, 1 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Vivo dengan rasminya mengumumkan pelancaran produk terbaharunya, Vivo X6, iaitu sebuah telefon pintar berbadan logam sepenuhnya dalam satu sidang akhbar di Beijing pada 30 November. Sidang akhbar global daripada Vivo kembali ke Water Cube (Pusat Akuatik Kebangsaan China) setahun selepas sidang akhbar tahun 2014.
Vivo komited untuk membangunkan telefon pintar yang serba lengkap dari segi rupa, audio dan kesan video. Menurut Alex Feng, naib presiden global dan ketua pegawai pemasaran, memandangkan rekaan utama Vivo yang pertama dilancarkan tahun ini, X6 berjanji untuk membawakan konsep penting Vivo yang menyediakan pengalaman pengguna yang lebih pantas, menyelesaikan empat isu utama iaitu kestabilan, kelancaran, hayat bateri, serta keselamatan dalam sesebuah telefon pintar.
Vivo telah membangunkan telefon pintar X6 yang lebih pantas dan pintar dengan merealisasikan fungsi paparan terpisah dan berbilang tugas dengan risiko nahas sistem yang lebih rendah. X6 meningkatkan kelajuan pemprosesnya daripada RAM 4GB yang unik serta penyelesaian pengecasan pantas dengan dua klip yang menggandakan masa pengecasan X6 berbanding telefon biasa. Sistem pengenalan cap jari juga meningkatkan kelajuan dan kelancaran dengan ketara bagi membolehkan pengguna mengunci atau menyahkunci paparan dalam masa 0.4 saat.
Satu lagi pencapaian penting Vivo dalam menghasilkan produk pintar yang memiliki rekaan yang hebat, kualiti bunyi terbaik, pemprosesan imej yang berkuasa dan pengalaman pengguna yang menarik adalah untuk memperkenalkan kualiti bunyi Hi-Fi (Fideliti Tinggi) untuk telefon pintarnya termasuk X6. "Fungsi Hi-Fi daripada Vivo bukan sahaja menjamin penghasilan semula bunyi yang berkualiti tinggi, malah mempunyai kebolehan pemprosesan imej yang luar biasa," kata Reuters.
"Vivo sentiasa berusaha mengejar kesempurnaan dan terus memberikan kejutan. Sudah menjadi budaya kami untuk menghasilkan produk yang teliti bagi menjadikan kehidupan yang lebih mudah dan lebih baik. Kami sentiasa menumpukan untuk menggabungkan sains dan teknologi dengan lancar ke dalam kehidupan pengguna," kata Feng, "Pelancaran X6 membawa Vivo ke peringkat yang seterusnya dalam mencapai matlamat. Kami juga akan melancarkan produk baharu untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna kami agar dapat menjalani kehidupan yang berbeza pada masa depan."
Latar Belakang Vivo
Vivo ialah jenama telefon pintar global dengan imej segar dan bertenaga yang memberi tumpuan untuk memperkenalkan kualiti bunyi yang sempurna serta rekaan yang menarik menggunakan teknologi tercanggih kepada para pengguna. Vivo menggabungkan nilai dinamik, kesungguhan, dan gaya apabila menghasilkan produk elektronik. Vivo adalah antara 10 pembuat telefon mudah alih terbaik dunia berdasarkan statistik yang dikeluarkan pada suku ketiga tahun 2015.
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151201/0861511882-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151201/0861511882-b