omniture

Juara Dunia Tenis Hadir Menyokong Stars of Christmas 2015

Goran Ivanisevic dan Jarmila Gajdosova mengepalai Toy Run pada 19 Disember untuk melepaskan penunggang sukarelawan yang akan menghantar hadiah Krismas kepada penerima faedah program
OUE Limited
2015-12-02 09:59 486

SINGAPURA, 2 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Program kemasyarakatan Stars of Christmas yang dianjurkan bersama OUE Limited (SGX-ST: "OUE") dan Mandarin Orchard Singapore bakal berlangsung untuk kali keenam tahun ini. Dimulakan pada tahun 2010, program tiga bahagian itu bertujuan menggalakkan komuniti setempat untuk berkongsi kemeriahan hari Krismas dengan menyumbang hadiah kepada kanak-kanak istimewa dan sakit. Sejak itu, Stars of Christmas menjadi acara tradisi setiap tahun yang semakin mendapat sokongan padu daripada kalangan rakan korporat, penderma dan sukarelawan.

(Dari kiri ke kanan) Thio Gim Hock, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan, bersama-sama Tan Kim Seng, Ketua Pegawai Operasi Meritus Hotel & Resorts, di Majlis pelancaran Stars of Christmas 2015
(Dari kiri ke kanan) Thio Gim Hock, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan, bersama-sama Tan Kim Seng, Ketua Pegawai Operasi Meritus Hotel & Resorts, di Majlis pelancaran Stars of Christmas 2015

Antara rakan penyokong program ini ialah Chrysler Jeep Automotive of Singapore Pte Ltd, Komoco Motorcycles Pte Ltd (Harley-Davidson of Singapore -- Sole Authorised Dealer), dan Community Chest -- cabang pengumpulan dana dan keterlibatan daripada Majlis Perkhidmatan Sosial Kebangsaan (National Council of Social Service). Tahun ini juga menyaksikan penyertaan rakan baharu iaitu Marina Mandarin Singapore.

Stars of Christmas 2015 dimulakan dengan upacara menggantung bintang Krismas di lobi Mandarin Orchard Singapore dengan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan OUE, En. Thio Gim Hock. Bintang-bintang yang menghiasi pokok Krismas gergasi di Mandarin Orchard Singapore dan Marina Mandarin Singapore tertera nama, umur dan jantina bagi setiap penerima terpilih sebagai rujukan penting untuk penderma semasa membeli hadiah.

Pada 10 Disember, penerima terpilih Stars of Christmas 2015 bersama-sama ibu bapa, adik-beradik, dan penjaga, akan menjadi tetamu kehormat pada jamuan makan tengah hari Krismas anjuran Pengarah Eksekutif OUE, Dr Stephen Riady. Kanak-kanak akan menyertai kakitangan OUE dan syarikat-syarikat yang mengambil bahagian untuk menikmati hidangan makan tengah hari Krismas dan hiburan di Mandarin Orchard Singapore selain menerima kunjungan daripada Santa dan para pembantunya yang akan menyampaikan hadiah.

Stars of Christmas 2015 berakhir dengan penyertaan yang tidak diduga oleh pemain tenis bertaraf dunia Goran Ivanisevic dan Jarmila Gajdosova, dalam aktiviti Toy Run yang akan dibuka kepada orang ramai pada pagi 19 Disember. Acara tersebut juga akan disertai oleh sekumpulan sukarelawan yang akan memandu kenderaan Jeep dan motosikal Harley-Davidson di sepanjang Orchard Road berhadapan dengan Mandarin Gallery. Konvoi yang berlepas pada jam 9.00 pagi itu, akan berarak menelusuri Orchard Road bagi melawat beberapa buah rumah kanak-kanak dan hospital oleh para penunggang untuk menghantar hadiah Krismas yang didermakan.

Lebih 800 penerima akan menerima hadiah semasa program kemasyarakatan Stars of Christmas tahun ini.

Wakil Media:

Jordan Isac
Komunikasi Korporat
OUE Limited
T: +65-6809-6052
E: jordanisac@oue.com.sg

Janice Azupardo
Penjenamaan & Komunikasi
Meritus Hotels & Resorts
T: +65-6831-6385
E: janice.azupardo@meritushotels.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151130/8521508153

Source: OUE Limited
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Sports Travel Corporate Social Responsibility