HONG KONG, 3 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Bakal meraikan ulang tahunnya yang kelima tahun hadapan, Anugerah JNA, platform unggul bagi industri barang kemas dan batu permata yang mengiktiraf individu dan perusahaan inovatif serta berpencapaian tinggi, mengumumkan perubahan dalam kategori anugerahnya.
Siaran multimedia penuh: http://en.prnasia.com/mnr/jnaawards_201511en.shtml
Penganjur acara itu JNA (Jewellery News Asia), telah membuat pengubahsuaian untuk beberapa kategori anugerah bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan daripada lebih banyak rantau, dan pada masa yang sama, menggabungkan beberapa kategori yang dinilai berdasarkan set kriteria yang sama. Pada tahun 2016, Anugerah JNA bakal mempunyai 11 kategori, termasuk Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat –penerimanya akan dipilih oleh pihak penganjur.
Daripada senarai yang disebut di atas, dua kategori Pengeluar Terbaik Tahun Ini telah diperluaskan untuk menggalakkan penglibatan lebih ramai pihak berkepentingan daripada sektor pengeluaran. Skop kategori Perusahaan Terhebat Tahun Ini juga telah diperluaskan bagi menginspirasikan syarikat-syarikat dari kawasan di luar ASEAN dan Tanah Besar China bagi menyertai majlis anugerah ini.
Letitia Chow, Pengasas JNA, Pengarah Pembangunan Perniagaan – Kumpulan Barangan Kemas di UBM Asia, dan Pengerusi panel hakim Anugerah JNA, berkata, "Sebagai penganjur, kami mencabar diri sendiri setiap tahun untuk memperbaiki acara ini dan menarik lebih banyak penyertaan yang berkelayakan. Kami juga mendengar suara industri dan memberi respons kepada maklum balas mereka. Beberapa kategori yang mempunyai kriteria penghakiman yang serupa digabungkan dan ini akan menjadikan semua kategori ini lebih berdaya saing.
"Tambahan lagi, kami mengembangkan lagi kategori Perusahaan Terhebat Tahun Ini bagi menyertakan syarikat-syarikat dari Korea dan China. Oleh itu, syarikat-syarikat di Korea, Hong Kong dan Taiwan berpeluang untuk menyertai kategori ini dan berkongsi serta mempamerkan amalan perniagaan terbaik mereka. Kami berharap dapat menggalakkan lebih ramai individu dan syarikat yang berkualiti tinggi untuk turut serta pada tahun akan datang."
Sejak dimulakan pada tahun 2012, Anugerah JNA mendedikasikan usahanya bagi mempromosikan pencapaian pihak berkepentingan dalam industri, menaikkan piawaian industri, dan mengamalkan amalan perniagaan terbaik.
Anugerah JNA 2016 mempunyai Rio Tinto Diamonds dan Chow Tai Fook sebagai Rakan Kongsi Utamanya, berserta Diarough Group, Israel Diamond Institute Group of Companies, Shanghai Diamond Exchange, dan Guangdong Land Holdings Limited berperanan sebagai Rakan Kongsi Terhormat.
Teruskan mengikuti pengumuman lanjut tentang kriteria penghakiman dan pendaftaran dalam talian pada awal tahun 2016. Tempoh penghantaran penyertaan adalah antara Mac hingga April 2016.
Senarai lengkap kategori anugerah: http://www.jnaawards.com/AwardsEntry/tabid/4969/Default.aspx#.Vl6manYrKM8
JNA Awards Marketing
UBM Asia (Hong Kong)
+852-2516-2184
marketing@jnaawards.com