omniture

Rekaan Barangan Kemas Musim Panas di Vienna yang Dingin - THOMAS SABO Perkenal Koleksi Musim Bunga/Musim Panas 2016 Baharu

THOMAS SABO GmbH & Co.KG
2015-12-05 01:17 378

VIENNA, 5 Disember 2015 /PRNewswire/ --

- Rujukan silang: Gambar boleh didapati di AP Images (http://www.apimages.com) dan http://www.presseportal.de/nr/78321-

Simbol cinta yang romantik, corak etnik yang halus, serta rekaan jam tangan penuh karisma: syarikat barangan kemas dan jam tangan antarabangsa THOMAS SABO menyertai duta jenamanya, peragawati Georgia May Jagger dan naib juara Kejohanan Dunia Formula One Nico Rosberg untuk merasmikan pengenalan perdana Koleksi Musim Bunga/Musim Panas baharu bagi tahun 2016 di Hotel Park Hyatt di Vienna.  

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151202/292651 )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151202/292652 )

Bersama pengasas syarikat Thomas Sabo dan Pengarah Kreatif Susanne Kölbli, Sonja Kirchberger, Papis Loveday dan Bianca Schwarzijrg serta wakil media antarabangsa dan juga rakan kongsi menikmati rekaan menarik pada musim akan datang itu. Diilhamkan melalui simbolisme inspirasi etnik serta gaya terbaharu dari pentas peragaan, rangkaian untuk wanita Glam & Soul menggembirakan para tetamu dengan rekaan baharu seperti Love Cuffs dan Double Studs. Rangkaian Rebel at Heart dipenuhi hiasan motif ekspresif, seperti simbol Maori tradisional, digabungkan dengan corak cacahan etnik yang diberi nafas baharu. Sementara Koleksi Barangan Kemas Halus THOMAS SABO ditampilkan penuh warna-warni dengan chakra mini bertatah berlian, koleksi jam tangan terkini berkilauan dengan Jam Karma yang anggun serta dipamerkan dengan warna emas kuning.

Selepas acara pengenalan itu, duta jenama tersebut, Georgia May Jagger dan Nico Rosberg menaiki kereta kuda tradisional untuk melawat Gedung Utama THOMAS SABO yang meriah dengan perhiasan musim perayaan dengan keistimewaan kopi Vienna. Acara kemuncak pada majlis makan malam yang diadakan sejurus selepas itu adalah persembahan daripada kumpulan Szenario.

Koleksi baharu ini akan disediakan pada Januari 2016.

Untuk maklumat lanjut, sila ke http://www.thomassabo.de

Latar Belakang THOMAS SABO  

THOMAS SABO merupakan salah sebuah syarikat barangan kemas, jam tangan dan kecantikan yang terkemuka di dunia. Syarikat itu ditubuhkan pada tahun 1984 oleh Thomas Sabo di Lauf a. d. Pegnitz, mengendalikan kira-kira 300 kedai milik sendiri merentasi kelima-lima benua yang mempunyai kira-kira 1,750 kakitangan.

Wakil media
Felizia Kindermann (Ketua Perhubungan Awam Korporat Antarabangsa)
press@thomassabo.com
+49912397150

Sumber: THOMAS SABO GmbH & CO.KG

Source: THOMAS SABO GmbH & Co.KG
Keywords: Fashion Jewelry Retail New products/services