omniture

HAIG CLUB(TM) Umumkan: Rekaan Siri Botol Kaca Edisi Terhad

Diageo Global Travel & Middle East
2015-12-07 12:33 337

SINGAPURA, 7 Disember 2015 /PRNewswire/ --

SATU FORMAT ISTIMEWA DILANCARKAN SECARA EKSKLUSIF UNTUK PENGEMBARA, HADIAH SEMPURNA UNTUK MUSIM PERAYAAN 

Diageo GTME; Apakah hadiah yang bakal anda perolehi musim perayaan ini? Jika sahabat handai dan ahli keluarga anda gemar mengembara, kemungkinan besar anda akan mendapat wiski. Semasa musim perayaan, pelancong berbelanja lebih $1 bilion* untuk minuman keras dalam kedai bebas cukai untuk diberi sebagai hadiah.  Wiski merupakan pilihan nombor satu untuk pengembara, dengan 44% memilihnya sebagai hadiah pilihan bagi mereka yang ingin memberi kejutan yang menggembirakan.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151204/293279 )

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151204/293280 )

Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk menghadiahkan wiski semasa Hari Kesyukuran, Krismas, Tahun Baharu, atau Tahun Baharu Cina, HAIG CLUB™, Scotch Wiski Bijirin Tunggal yang dicipta dengan kerjasama ikon global David Beckham dan usahawan British Simon Fuller, hari ini telah memperkenalkan Siri Botol Kaca, botol edisi terhad yang direka secara eksklusif berdasarkan tradisi House of Haig.

Wajar dijadikan hadiah bergaya yang tiada tolok bandingan, botol yang memukau pandangan ini dimahkotai penutup biru berbentuk berlian yang menyerlah dan mengandungi Scotch Wiski Bijirin Tunggal HAIG CLUB yang lazat. Bentuk segi empat botol itu yang dikenali merupakan kelainan daripada rekaan botol Scotch tradisional, dan mencerminkan nilai keringkasan sambil menjadi simbol gelas minum biru yang digunakan para pengadun wiski secara tradisional yang membenarkan minuman keras itu dinilai berdasarkan bau dan rasanya sahaja.

Edisi terhad yang unggul ini juga diilhamkan botol kaca kristal buatan tangan yang direka khusus sebagai hadiah daripada HAIG CLUB kepada David Beckham bagi meraikan hari jadinya yang ke-40 awal tahun ini. Ia mengenang kembali tradisi lama botol kaca buatan halus yang dikeluarkan oleh House of Haig untuk meraikan dan memperingati peristiwa istimewa.

Peter Fairbrother, Pengarah Pemasaran Global Diageo GTME: "HAIG CLUB Edisi Terhad yang menarik ini (dalam botol 1 liter) telah direkakan secara eksklusif untuk pengembara dan dikeluarkan tepat pada masanya bagi menyambut musim perayaan. Kami tahu pembeli tentu mahukan akses mudah kepada hadiah eksklusif dan bermutu tinggi semasa mereka mengembara dan separuh daripada mereka yang membeli minuman keras memilih untuk memberi wiski. Oleh itu, edisi terhad yang berani ini daripada HAIG CLUB, jenama yang sangat popular, sempurna dijadikan hadiah semasa musim perayaan ini."

HAIG CLUB™ menerlahkan gaya yang bersih dan menyegarkan. Ia tafsiran resipi Scotch baharu yang lancar dan sofistikated yang sempurna diminum tanpa ais, dengan ais, atau diadun menjadi koktel.

Pakar wiski yang dihormati Dave Broom telah menggambarkan HAIG CLUB™ sebagai "minuman keras yang sangat versatil, dan saya jangka para pengadun minuman tentu akan suka apa yang mereka boleh hasilkan dengannya. Lupakan segalanya yang anda ingat anda tahu tentang Scotch…"

Botol baharu yang menawan itu kini boleh didapati dalam kuantiti terhad di kedai Bebas Cukai global dengan harga runcit saranan sebanyak £39. Saiz 1 liter yang istimewa itu dicipta secara eksklusif untuk pengembara (saiz 70 sentiliter boleh didapati di outlet runcit tempatan di serata GB), dan merupakan hadiah yang sempurna untuk musim perayaan ini.

Bagi meraikan pelancaran ini, bar kilat yang mewah akan muncul tidak lama lagi di lapangan terbang seluruh dunia di mana para pengembara boleh menikmati HAIG CLUB dan membeli botol yang cantik itu.

PAUTAN KE IMEJ: https://onedrive.live.com/redir?resid=241D72881DEEC44!2328&authkey=!ABivWwBFvqCbdNw&ithint=folder%2cjpg

Nota kepada Editor 

LATAR BELAKANG HAIG CLUB 

HAIG CLUB merupakan Scotch Wiski Bijirin Tunggal baharu daripada Diageo yang dihasilkan dengan kerjasama ikon global David Beckham dan usahawan Simon Fuller. HAIG CLUB dibina berasaskan tradisi dan warisan, kerana ia Scotch Wiski yang direka untuk dunia moden kita. Diasaskan berdasarkan warisan penulenan selama hampir 400 tahun, ini merupakan Scotch Wiski Bijirin Tunggal yang direalisasikan dengan cara baharu yang radikal. HAIG CLUB mengajak orang ramai hidup sihat dan minum secara bersederhana. Sebagai sebahagian daripada perkongsian beliau, David Beckham menyokong falsafah kempen amalan minum secara berhemah HAIG CLUB dan mempercayai akan kepentingan kualiti melebihi kuantiti. Maklumat tambahan tentang HAIG CLUB boleh didapati di http://www.HaigClub.com atau http://facebook.com/HaigClub.

LATAR BELAKANG DIAGEO

Diageo merupakan peneraju global dalam minuman beralkohol dengan koleksi jenama mengagumkan merentasi kategori arak, bir, dan wain. Jenama ini termasuklah wiski Johnnie Walker, Crown Royal, JεB, Buchanan's dan Windsor, vodka Smirnoff, Cîroc dan Ketel One, Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray dan Guinness.

Diageo merupakan syarikat global dan produk kami terjual dalam lebih 180 negara seluruh dunia. Syarikat ini tersenarai di kedua-dua Bursa Saham London (DGE) dan Bursa Saham New York (DEO). Untuk maklumat lanjut tentang Diageo, kakitangan kami, jenama kami, dan prestasi, lawati kami di http://www.diageo.com. Lawati sumber amalan minum dengan berhemah global Diageo, http://www.DRINKiQ.com, untuk maklumat, inisiatif, dan cara untuk berkongsi amalan terbaik. 

Meraikan kehidupan setiap hari, di mana-mana sahaja.

SELAMAT DATANG KE HAIG CLUB – NIKMATI SECARA BERHEMAH: http://www.DRINKiQ.com

PERKATAAN HAIG CLUB MERUPAKAN TANDA DAGANGAN © DIAGEO BRANDS B.V. 2015. 

Sumber: Diageo Global Travel & Middle East

Source: Diageo Global Travel & Middle East
Related Links:
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages New products/services