omniture

Scotch Wiski Jenama Johnnie Walker(R) Sedia 450,000 KM Penghantaran Selamat Ke Rumah Di Seluruh Dunia Sempena Musim Perayaan Ini

Johnnie Walker
2015-12-07 13:49 286

LONDON, 7 Disember 2015 /PRNewswire/ --

Kempen minum dengan berhemah global dilancarkan oleh bintang Formula 1 Mika Hakkinen, Jenson Button and Fernando Alonso

Apakah hadiah yang terbaik anda boleh berikan kepada sahabat anda sempena musim perayaan ini?

Pastikan beliau selamat tiba ke rumah.

Bersempena musim perayaan ini, sudah tentu aktiviti berhimpun dan berseronok diadakan dengan kerap sekali. Oleh sebab itu, Johnie Walker® selaku pengeluar utama wiski Scotch di dunia[1], ingin memastikan orang ramai selamat tiba ke rumah selepas berseronok dengan menggalakkan mereka berikrar untuk tidak 'minum dan pandu'.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151204/293241 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151204/293240 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151204/293239 )

Bersempena kempen minum sambil berhemah pada perayaan global ini, Johnie Walker hari ini menyumbang perkhidmatan penghantaran selamat orang ramai pulang ke rumah dengan jumlah jarak 450,000 kilometer di seluruh dunia, di bandar raya seperti Madrid hingga Sao Paulo dan Edinburgh, dengan syarat mereka perlu menyertai ikrar tidak 'minum dan pandu' dalam inisiatif Join The Pact. Selain itu, pada tahun ini bermula di London, sebilangan orang akan berpeluang untuk merasai keseronokkan memberi sempena musim perayaan ini dengan mencalonkan seorang rakan mereka untuk dihantar pulang secara selamat.

Tiga juara dunia Formula 1: Mika Hakkinen, Jenson Button daripada McLaren Honda dan Fernando Alonso yang turut disertai oleh Pemandu Uji McLaren Honda Stoffell Vandoorne berkumpul di Wembley Park, London dalam acara 'Driving Spectacular'. Mereka memandu untuk mempromosiken mesej 'jangan minum dan pandu'. Acara itu turut menyaksikan tayangan perdana filem Join The Pact baharu yang menampilkan Duta Minum Berhemah Global Johnie Walker, Mika Hakkinen

Pengarah Global Jenama Johnie Walker, Guy Escolme, dipetik berkata: "Kami gembira kerana disertai oleh Mika, Jenson, Fernando, dan Stoffel pada hari ini. Formula 1 adalah salah satu acara sukan yang paling progresif dan mencabar di dunia – sesiapa sahaja yang bersemangat waja, menumpukan komitmet dan minat yang mendalam terhadap litar lumba akan berjaya."

Beliau menambah: "Lebih daripada 400 juta peminat menonton perlumbaa F1 di seluruh dunia. Sejak sepuluh tahun usaha sama kami bersama McLaren Honda, kami berjaya sampai ke golongan penonton ini dengan mesej minum berhemah dan menggalakkan orang ramai menyertai Join The Pact untuk tidak 'minum dan pandu'.

Berucap pada acara itu, Mika Hakkinen berkata: "Musim perayaan adalah masa sahabat dan keluarga berkumpul untuk meraikan dan berkongsi hadiah antara satu sama lain. Semestinya banyak parti dan perjumpaan diadakan, dan kami ingin memastikan sesiapa sahaja yang mengambil alkohol semasa acara itu tidak memandu"

"Saya sangat mengesyorkan semua orang untuk menyertai Join The Pact supaya mereka tidak 'minum dan pandu'. Sesiapa yang menyertai inisiatif tahun ini mampu memberi hadiah kepada rakan mereka yang berupa perkhidmatan penghantaran ke rumah hasil kerjasama antara Johnnie Walker dengan UBER di UK dan rakan pengangkutan yang lain dari seluruh dunia."

Pada tahun lalu, Johnnie Walker mengumumkan sasaran mereka untuk mengumpulkan lima juta peserta Join The Pact menjelang 2018 dan berjaya memenuhi separuh daripadanya, dengan hampir 2.6 juta peserta membuat ikrar peribadi untuk tidak akan 'minum dan pandu'

Pemandu F1 McLaren Honda, Jenson Button, berkata: "Sebagai pemandu kereta lumba, kami memahami kepentingan akan kekal fokus dan tidak memandu dibawah pengaruh alkohol."

 "Kami yakin bahawa orang ramai akan menerima mesej ini. Jutaan telah terbukti menerimanya, dan kami ingin menarik minat jutaan yang lain untuk menyertai inisiatif Join The Pact dan pulang ke rumah dengan selamat. Mereka boleh lawati jointhepact.com atau tweet #JoinThePact ke @Johnnie Walker."

Untuk menonton filem Join The Pact yang baharu daripada Johnnie Walker, lawati https://youtu.be/pOu8knYmMiY.

--------------------------------------------------

1. International Wine and Spirit Record (IWSR) Value and volume data 2014

Nota kepada Editor:

Untuk mendapat lebih banyak gamber daripada Acara Join the Pact 'Driving Experience' di Stadium Wembley dekat London sila lawati Getty Images http://mm.gettyimages.com/mm/nicePath/gyisports?nav=pr330195869:

Johnnie Walker®, Join The Pact will deliver 450,000 kilometres of safe rides home in the Johnie Walker®, Join The Pact akan menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah berjumlah 450,000 km di bandar raya seperti:

  • London
  • Birmingham
  • Bristol
  • Leeds
  • Manchester
  • Newcastle
  • Portsmouth
  • Merseyside area
  • Glasgow
  • Sheffield
  • Edinburgh
  • Madrid
  • Sao Paulo
  • Rio
  • Recife

Latar belakang Join The Pact 

Johnie Walker sangat menitikberatkan mesej Minum Berhemah dan cuba mengendalikan isu ini melalui kempen Join The Pact, dengan bantuan Mika Hakkinen sebagai Duta Minum Berhemah Global. Join The Pact memohon pengguna di mana-mana sahaja membuat ikrar untuk tidak 'minum dan pandu' dengan menyertai kumpulan itu. Sejak 2006, Mika telah menggerakkan kempen ini secara aktif di seluruh dunia dan berjaya mengumpul lebih 2.6 juta tanda tangan.

Mika sudah pun melawat lebih 40 negara di lima benua, berucap dalam banyak sidang media, di hadapan pegawai kerajaan, pemegang saham, dan pengguna sambil memberi mesej melalui Johnnie Walker.

Latar belakang Diageo

Diageo ialah peneraju global dalam produk minuma beralkohol dengan pelbagai jenama dalam kategori spirit, bir, dan wain. Antara jenama tersebut adalah Johnnie Walker, Crown Royal, J&B Buchanan's, dan Windsor shiskies, Smirnoff, vodka Ciroc and Ketel One, Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray, dan Guiness.

Diageo adalah sebuah syarikat antarabangsa, dan produk kami dijual di lebih 180 negara seluruh dunia. Syarikat ini disenaraikan di London Stock Exchange (DGE) dan New York Stock Exchange (DEO). Untuk maklumat lanjut tentang Diageo seperti siapa kami, jenama kami, dan prestasi kami, sila lawati http://www.diageo.com. Sila lawati juga laman kempen minum berhemah global Diageo di http://www.DRINKiQ.com.

Meraikan kehidupan setiap hari dan dimana jua.

Perkataan JOHNNIE WALKER dan JOIN THE PACT, peralatan Striding Figure dan logo yang berkaitan adalah tanda jema © John Walker & Sons 2015.

Nikmati Johnnie Walker secara berhemah dengan melawati DRINKiQ.com

Sumber: Johnnie Walker

Source: Johnnie Walker
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Sporting Events Sports Corporate Social Responsibility Joint ventures