omniture

Akhirnya, Tenaga Cekap daripada Graviti

Universe Architecture
2015-12-08 09:00 334

AMSTERDAM, 8 Disember, 2015 /PRNewswire/ -- Seorang arkitek warga Belanda, Janjaap Ruijssenaars (Universe Architecture) berjaya membangunkan teknik baharu untuk menjana tenaga percuma secara lestari di rumah. Mekanisme Ruijssenaars yang membebaskan tenaga melalui ketidakseimbangan berat menawarkan alternatif kepada teknologi solar dan angin. Teknik ini kini sedang dipatenkan.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151204/293249 )

Ulas Ruijssenaars tentang ciptaan beliau: "Secara intuitif, saya merasakan bahawa graviti semestinya mempunyai sesuatu yang boleh kita manfaatkan kerana semua benda ditarik ke arah bumi. Dengan menyahstabilkan pemberat di bahagian atas yang baru mencapai kestabilan, menggunakan sedikit daya, daya yang lebih besar akan terhasil apabila pemberat itu jatuh. Sudah tentu hal ini akan mampu menjana sesuatu."

Saintis menganggap teknik ini satu penemuan penting "kerana dengan memanfaatkan graviti, tenaga yang dihasilkan melalui kaedah Piezo, yang menukarkan tekanan mekanikal kepada tenaga elektrik, boleh ditingkatkan kecekapannya daripada 20 kepada 80 peratus," kata Theo de Vries, arkitek sistem dan Pensyarah Kanan kumpulan Robotik dan Mekatronik dari University of Twente.

"Ruijssenaars mengubah kaedah ini pada asas induknya, dan kelangsungan daripada itu, kami sebagai saintis telah mula meneliti kaedah ini dari pelbagai perspektif. Kini, kesemua bentuk tenaga mekanikal yang terjana boleh dimanfaatkan, hasil daripada ciptaan beliau."

Professor Beatriz Noheda di Rijksuniversiteit Groningen, fakulti Matematik dan Sains Semulajadi, percaya bahawa penuaian tenaga piezoelektrik adalah sebahagian daripada masa hadapan dan sebarang peningkatan pada kecekapan sistem itu sangat dialu-alukan. "Di lokasi yang tidak dapat memanfaatkan tenaga solar, kaedah ini boleh digunakan."

Ruijssenaars berharap ciptaan beliau yang dibangunkan bersama saintis Theo de Vries dan Jan Holterman, yang menulis rujukan bagi kajian tentang Piezo, boleh diguna pakai.

De Vries dan Holterman, kedua-dua mereka bekerja di VIRO, sebuah syarikat kejuruteraan antarabangsa yang merungkai masalah teknikal untuk syarikat-syarikat sektor industri, akan bekerjasama dengan Ruijssenaars untuk mencari aplikasi praktikal kepada teknik tersebut. Antara potensi praktikal yang difikirkan adalah pengecas telefon yang "bersih" dan lestari, penjana elektrik untuk pencahayaan kediaman; kemungkinannya adalah tidak terbatas.

http://www.gravityenergy.nl
http://www.universearchitecture.com

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Universe Architecture
Janjaap Ruijssenaars
T. +31-(0)20-6165424
M. info@gravityenergy.nl

Sumber: Universe Architecture

Source: Universe Architecture
Keywords: Alternative Energies Construction/Building Oil/Energy Utilities New products/services