omniture

Messring: Sistem Kereta Luncur Kompak

MESSRING Systembau GmbH
2015-12-08 09:00 281

MUNICH, 8 Disember 2015 /PRNewswire/ --

MESSRING telah membina dua kemudahan ujian kereta luncur baharu untuk Takata di Brazil dan Romania. Pengeluar peralatan asal (OEM) antarabangsa bagi sistem perlindungan penumpang telah memesan dua simulator impak kompak (CIS), termasuk sistem pemerolehan data yang menyeluruh dan teknologi pencahayaan. Dengan CIS, komponen kenderaan seperti tali pinggang keledar dan beg udara dapat diuji dengan ketepatan tinggi serta memberikan hasil yang dapat diulang semula.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151119/289365
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151119/289366 )

CIS adalah kompak, dapat dipasang dengan cepat dan menyampaikan data prestasi yang mengagumkan. Walaupun dengan semua sistem pemerolehan data dan teknologi pencahayaan, sistem di Brazil memerlukan kos yang kurang daripada sejuta euro. Persediaan ujian adalah ringkas: semua subsistem dapat dirangkaikan dengan perkakas ujian pada masa yang sama. Tahap automasi yang tinggi dan hidraulik yang berkesan dapat memastikan lebih banyak percubaan dijalankan dalam tempoh masa yang lebih singkat.

Di Takata di Romania, CIS memainkan peranan penting dalam memastikan kualiti produk yang tinggi melalui ribuan ujian standard (ujian COP) setahun. Takata di Brazil turut menumpukan kepada ujian pembangunan untuk beg udara.

Bagi mendapatkan maklumat tentang keberkesanan sistem kekangan dan perlindungan penumpang MESSRING telah menyepadukan sistem pemerolehan data M=BUSnya ke dalam teknologi sistem CIS. Di Brazil sistem pemerolehan data M=BUS InDummy turut disepadukan. Manfaat penting daripada teknologi ini: struktur patung tidak berubah.

Bagi merangkaikan semua teknologi yang dipasang pada kereta luncur itu dengan dunia luar, MESSRING membangunkan sebuah kotak antara muka. Pelbagai sistem terangkum dihubungkan kepada kotak itu dan disambungkan keluar sebagai satu berkas.

Di Brazil MESSRING turut memasang 20 lampu limpah LED M=LIGHT, yang menampilkan kecerahan menakjubkan dan menawarkan manfaat penting dalam penjimatan tenaga serta jangka hayat perkhidmatan.

Bagi menyelaraskan semua teknologi itu MESSRING mereka bentuk semua sistem untuk dikendalikan dan dikawal dengan hanya satu antara muka pengguna.

- Rujukan silang: Gambar disediakan di AP Images (http://www.apimages.com) dan http://www.presseportal.de/nr/109008/ -

http://www.messring.de

Wakil media:
Petra Schlingensiepen
Telefon:+49/89-747-242-96
p.schlingensiepen@waechter-waechter.de

Sumber: MESSRING Systembau GmbH

Source: MESSRING Systembau GmbH
Keywords: Auto Transportation Contracts New products/services