omniture

Doxee Luaskan Rangkaian Rakan Antarabangsa ke Mexico Melalui Perjanjian dengan Cloud Intelligence Technologies

Doxee
2015-12-08 11:00 381

SAN JOSE, California, dan MODENA, Itali, 8 Disember 2015 /PRNewswire/ --

Clound Intelligence akan menfokuskan terhadap penyampaian perkhidmatan CCM berasaskan awan untuk syarikat sederhana dan besar dalam sektor pendidikan, kewangan, insurans, utility, dan kerajaan

Doxee, peneraju produk Pengurusan Komunikasi Pelanggan (CCM) berkelas perusahaan berasaskan awan, hari ini mengumumkan perjanjian penyediaan platform Doxee kepada syarikat yang baru ditubuhkan, Cloud Intelligence Technologies S.A.P.I. de C.V. (CIT) dari Bandar Mexico. CIT adalah anak syarikat kepada Business Intelligence Technologi S.A de CV., syarikat besar penyedia perkhidmatan IT dengan 12 tahun pengalaman dalam membangun dan memasang perisian dan penyelesaian teknologi untuk pasaran Mexico.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150325/736010-a)

CIT akan mereka cipta dan menyelenggara penyelesaian tersuai untuk pelanggan mereka dengan memanfaatkan keupayaan eDox™ Interactive Communication dan Personalized Video daripada platform Doxee untuk meningkatkan keterlibatan pelanggan dan pada masa yang sama mengurangkan kos khusunya dalam hubungan perniagaan-kepada-pelanggan.

"Pasaran pengguna Maxiko kini tumbuh subur," kata Roberto Garcia, Pengarah Urusan, Cloud Intelligence Technologies, "dan kami mengenal pasti peluang yang luas untuk penyelesaian CCM dengan fungsi penuh yang ditawarkan sebagai perkhidmatan melalui awan. Doxee telah mengagumkan ibu syarikat kami dan mereka menubuhkan CIT sebagai anak syarikat untuk memanfaatkan peluang itu sepenuhnya."

CIT akan mengguna pakai kepakaran mereka dalam pembangunan dan penggunaan CCM dan teknologi awan seperti invois elektronik dan mendigitalkan proses perniagaan. Kerajaan Mexico mengenakan piawaian yang ketat untuk invois electronik, namun dengan mudah dapat dipenuhi menggunakan platform Doxee.

 "Teknologi komunikasi interaktif daripada Doxee memberikan kami cara yang berkesan kepada klien kami untuk berhubung dengan pelanggan mereka, membantu mereka mematuhi peraturan, mengurangkan kos, meningkatkan kecekapan penggunaan sumber, dan mengekalkan keuntungan," kata Rogelio Garcia, Ketua pegawai eksekutif, Business Intelligence Technology.

"Hubungan dengan organisasi yang memiliki pengalaman meluas dalam pasaran CCM akan memacu pertumbuhan kami di Amerika Latin dan membuka peluang perniagaan baharu dalam rantau ini" kata Ketua Pegawai Operasi Doxee, Ron Friedman.

Latar Belakang Doxee

Doxee adalah penyedia global untuk teknologi dan perkhidmatan pengurusan pelanggan bertaraf perusahaan. Perusahaan di seluruh dunia menggunakan penyelesaian daripada Doxee untuk menyediakan kaedah komunikasi dengan pelanggan yang tersuai dan interaktif bagi pihak klien mereka.

Latar belakang CIT

Cloud Intelligence Technologies mempunyai fokus untuk memberikan penyelesian awan terbaik dengan menyelarikan keperluan pelanggan dan manfaat teknologi awan yang mampu diperoleh.

Perhubungan media

Doxee
Larry Zusman
Pengarah Pemasaran, Operasi Global
lzusman@doxee.com
No. Tel.: +1508808-4807

CIT
Roberto García
Pengarah Urusan,
roberto.garcia@cloudintelligence.com.mx
Tel: +5215532796273

Source: Doxee
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Contracts Licensing/marketing agreements