omniture

Muat Turun G2A LAND Percuma daripada G2A.COM. Dirancang untuk Suku Pertama Tahun 2016

G2A.com
2015-12-08 11:41 394

RZESZOW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 8 Disember 2015 /PRNewswire/ -- G2A.COM melabur lebih 20 juta Euro sejak dua tahun lepas untuk penyelidikan pembangunan bagi memantapkan teknologi canggih baharu. Sewaktu penyelidikan projek Realiti Maya (VR) di G2A Land, teknik rekaan baharu dicipta untuk kali pertama dalam bidang VR. Pasukan G2A.COM yang terdiri daripada VR terhebat, pelukis, dan pereka cipta mencipta G2A Land dan membangunkan "pengalaman" permainan yang mendapat sambutan ulasan yang menggalakkan daripada penulis blog VR seluruh dunia.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151206/293490
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151206/293491 )

Antara respon yang diperoleh:

"Ini pertunjukan mempesonakan 3D G2A yang mempamerkan pelbagai tarikan. Saya boleh jadi begitu asyik memainkannya hingga tidak sedar berapa lama masa berlalu, meneliti butiran pada setiap objek buatan tangan, cuba mengalahkan markah tertinggi di padang tembak." (DNS). "Memang sangat teruja dapat menaiki roller coaster di G2A Land. Saya terkejut kerana saya rasa seperti menaiki roller coaster sebenar, malah untuk beberapa ketika, saya rasa takut dengan kelajuannya. Ia hiburan kegemaran saya di G2A Land. Saya berpeluang mengalami dunia penembak dan pawagam, yang saya turut nikmati." (KSS). Video Youtube G2A Land

Baru-baru ini, Facebook melabur $2 bilion untuk membangunkan Oculus. Projek Oculus Rift ini mengumpul lebih $ 2.4 juta di Kickstarter, yang menjadikannya alat sampingan permainan yang mendapat dana terbanyak. Perkataan Oculus diterbitkan daripada perkataan Latin bermaksud "mata". Semasa menggunakan gogal Oculus, mata dan otak pengguna ditipu untuk mempercayai bahawa perkara yang mereka lihat adalah benar.

Pasukan itu bermula pada Ogos 2014, membangunkan teknik baharu yang dicipta buat kali pertama di dunia dalam bidang realiti maya. G2A Land ingin menjadi sehampir yang mungkin kepada teknologi yang tersedia untuk pemain; taman hiburan maya yang terhubung dalam platform G2A supaya apabila peranti Oculus Rift dilancarkan nanti, pelanggan yang menggunakan peranti 3D itu akan benar-benar memahami dan mengalami apa sebenarnya teknologi Oculus ini.

G2A Land akan menjadi muat turun awam percuma serentak dengan pelancaran Facebook Oculus Rift, yang dijangkakan pada suku tahun pertama 2016.

VR disifatkan sebagai realiti multimedia atau simulasi komputer yang mengasyikkan. Ia meniru persekitaran yang merangsang kehadiran fizikal dalam tempat di dunia sebenar atau dunia khayalan dan membolehkan pengguna berinteraksi dalam dunia yang lebih terangsang itu. Realiti maya mewujudkan pengalaman deria buatan, termasuklah penglihatan, pendengaran, sentuhan, dan bau.

"VR menambah dimensi baharu kepada dunia permainan yang kita kenali. Kita bakal mengalami beberapa permainan dalam cara yang lebih mendalam dan sudah tentunya ia akan membolehkan pembangun menggunakan alatan baharu untuk membuat pemain asyik menghayati dunia permainan." kata Marcin Kryszpin, Ketua Pasukan Oculus di G2A.COM.

Lawati laman web G2A Land: http://www.land.g2a.com/

Sumber: G2A.COM

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology New products/services