omniture

BARC India Galakkan RFI Global untuk Pengukuran Digital

Broadcast Audience Research Council
2015-12-09 15:07 352

MUMBAI, India, 9 Disember 2015 /PRNewswire/ --

Majlis Penyelidikan Penonton Siaran (Broadcast Audience Research Council, BARC) India telah mengeluarkan Permintaan untuk Maklumat (RFI) ke seluruh dunia dalam usaha mereka untuk meluaskan kaedah pengukuran penonton ke ruang digital.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150828/10129285)

Langkah tersebut diambil memandangkan televisyen kini boleh ditayangkan merentasi platform melalui pelbagai sistem pengedaran seperti siaran, IP, rangkaian mudah alih serta pertambahan jumlah skrin yang saling berhubung untuk menyampaikan kandungan audio-visual.

Fokus awal mereka adalah untuk mengukur tabiat menonton TV melalui BAR-O-Meters menggunakan teknologi tera air, BARC India berjaya membangunkan sistem pengukuran penonton yang lebih baik untuk pasaran televisyen India.

Maklumat yang diperoleh melalui RFI adalah terhad untuk memahami keberkesanan pengiklanan video dalam talian dan teknik pengukuran kandungan berdasarkan panel serta maklumat bancian seperti jenis video, peranti dan platform. Selepas mengumpulkan maklumat tersebut, BARC India bakal mengeluarkan Permintaan Cadangan (RFP) untuk mencari sesuatu yang realistik mengikut skop.

BARC India menyasarkan untuk mengukur semua jenis pengiklanan video dalam talian termasuk iklan semasa siaran langsung, video prasiaran dan sewaktu siaran, serta pengiklanan tertumpu/berkaitan yang dihubungkan kepada kandungan daripada laman sesawang badan penyiaran atau media sosial mahupun laman sesawang/aplikasi lain.

Dalam RFI, pemohon perlu menyatakan:

  • Penerangan tentang tawaran mereka
  • Jenis video, peranti, dan platform yang mampu diukur oleh syarikat tersebut
  • Tahap perincian
  • Sama ada pendekatan itu memerlukan tindakan daripada pihak ketiga (cth. penandaan, pengekodan atau API)

Pihak yang berminat boleh menghantar permohonan ke digitalrfi@barcindia.co. sebelum 24 Disember 2015 dan draf akhir perlu dihantar ke BARC India sebelum 22 Januari 2016.

"Di BARC India, matlamat kami adalah untuk terus berevolusi agar menepati dengan tabiat menonton yang sentiasa berubah. Selepas menjalankan pengukuran tabiat menonton televisyen di dalam negara, kami kini bersedia untuk mengambil langkah seterusnya bagi mengukur tontonan digital," kata Ketua Pegawai Eksekutif BARC India, Partho Dasgupta.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:

En. Partho Dasgupta
Ketua Pegawai Eksekutif, BARC India
partho.dasgupta@barcindia.co.in
91-22-49226611

Cik Seema Singh
Pengurus Kanan – PR & Komunikasi
seema.singh@barcindia.co.in
91-9702333354

Source: Broadcast Audience Research Council
Keywords: Advertising Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet RFID Social Media Web Site Survey, Polls & Research