omniture

Biosafe dan Stemlife Tandatangani Persetujuan Bekalan Jangka Masa Panjang

Biosafe Group
2015-12-10 07:00 338

EYSINS, Switzerland dan KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Biosafe dan StemLife Bhd. dengan sukacitanya mengumumkan yang mereka telah menandatangani Persetujuan Bekalan jangka masa panjang berkenaan aktiviti penyimpanan darah tali pusat StemLife di Malaysia.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140407/679480 )
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151204/293326LOGO )

Berkuat kuasa serta-merta, Biosafe akan membekalkan pemproses sel Sepax® berautomasi sepenuhnya dan kit penggunaan tunggal yang berkaitan kepada StemLife, yang akan menggunakan teknologi Biosafe bagi semua keperluan pemprosesan darah tali pusatnya.

Hari ini kebanyakan bank darah tali pusat awam bersekutu Netcord menggunakan teknologi Biosafe untuk pemprosesan, seperti juga bank darah tali pusat swasta lain yang mementingkan kualiti di seluruh dunia.

Olivier Waridel, Ketua Pegawai Eksekutif Biosafe Group memberi komen: "Kami gembira dapat memasuki persetujuan jangka masa panjang dengan syarikat yang begitu berprestij iaitu StemLife. Ini merupakan kejayaan penting untuk kami kerana kami menggantikan sistem pemprosesan sel pesaing, lalu meningkatkan jejak kami di Asia."

Sophian Bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif StemLife Bhd memberi komen: "Kami sangat gembira bila mendapat seorang rakan kongsi seperti Biosafe Group, yang berkongsi nilai teras kami iaitu Penjagaan, Kecekapan, Komitmen, dan Kebolehpercayaan. Walaupun dengan teknologi yang termaju, sokongan tempatan Biosafe yang kuat memastikan yang StemLife akan terus memberi ketenangan minda kepada semua klien kami yang boleh yakin unit darah tali pusat mereka akan sentiasa diproses secara andal dan menepati masa."

Latar Belakang Biosafe Group

Ditubuhkan pada 1997, Biosafe Group aktif dalam rekaan, pengeluaran, dan pemasaran sistem pemprosesan sel berautomasi. Beribu pejabat di Switzerland dan dimiliki secara persendirian, Biosafe Group beroperasi melalui anak syarikat rantau (Geneva, Houston, Hong-Kong, Shanghai dan São Paulo) dan hadir dalam lebih 50 negara, sama ada secara langsung, atau melalui pengedar.

Latar Belakang StemLife Bhd.

StemLife ditubuhkan pada 2001 dan merupakan bank darah tali pusat pertama di Malaysia. Ia juga merupakan bank darah tali pusat yang pertama dan satu-satunya yang disenaraikan dalam Bursa Saham Malaysia sejak 2006. Secara keseluruhannya, lebih 60,000 keluarga telah mengamanahkan sel stem tali pusat bayi mereka dengan StemLife dalam kemudahannya di Malaysia dan Thailand. Pada 2014, Cordlife GroupLimited mengambil 31% saham dalam StemLife Malaysia lalu membuatkan StemLife sebahagian daripada kumpulan penyimpanan darah tali pusat terbesar di rantau Asia Tenggara dengan lebih 120,000 unit darah tali pusat disimpan. Hingga ke hari ini, StemLife telah berjaya mengeluarkan 15 unit darah tali pusat untuk transplan.

Untuk maklumat lanjut:

Christopher Bolton
Ketua Pegawai Kewangan
Biosafe Group SA
+41-22-365-27-27
christopher.bolton@biosafe.ch
http://www.biosafe.ch

Cik Lu Lu Peh
Ketua, Marcoms
StemLife Bhd.
+603-2163-8800
lulu.peh@stemlife.com
http://www.stemlife.com

Sumber: Biosafe Group

Source: Biosafe Group
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Contracts