SINGAPURA, 10 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Zimmer Biomet Holdings, Inc. (NYSE dan SIX: ZBH), peneraju global dalam penjagaan kesihatan rangka otot, dengan bangganya mengumumkan Syarikat tersebut diiktiraf sebagai Majikan Terbaik di China bagi tahun kelima berturut-turut oleh Top Employers Institute.
"Kami sangat berbangga dengan usaha perluasan berterusan Zimmer Biomet di China, yang kami anggap sebahagiannya adalah hasil pelaburan yang kami lakukan dalam kemajuan dan pembangunan kakitangan kami," kata Li Yong Ming, Pengarah Urusan Zimmer Biomet China & Hong Kong. "Kami berusaha untuk memenuhi keperluan kakitangan kami, agar mereka mempunyai segala yang diperlukan untuk berjaya dan maju bersama syarikat ini."
Zimmer Biomet merupakan salah satu daripada hanya 57 syarikat yang terpilih sebagai "Majikan Terbaik" di China bagi tahun 2015. Zimmer Biomet China diiktiraf kerana sentiasa menyediakan persekitaran kerja yang hebat, serta mengadakan pelbagai program pembangunan profesional yang ditawarkan pada semua peringkat organisasi.
"China merupakan pasaran yang sedang berkembang dalam penjagaan kesihatan rangka otot, dan kami memperoleh peluang yang tersedia dengan pasukan komersial, pengeluaran, dan golongan profesional korporat terbaik dalam industri ini," kata Sang Yi, Presiden Zimmer Biomet bagi rantau Asia Pasifik. "Kejayaan kami adalah jasa kakitangan kami. Setiap hari, mereka meletakkan penyelesaian klinikal yang inovatif dan memfokuskan pesakit kepada pakar bedah seluruh China."
Latar Belakang Top Employers Institute
Top Employers Institute merupakan sebuah pertubuhan bebas yang beribu pejabat di Holland. Institut tersebut mengkaji program sumber manusia bagi majikan utama di seluruh dunia sejak tahun 1991. Institut tersebut mengiktiraf "Majikan Terbaik" melalui audit yang menyeluruh terhadap persekitaran sumber manusia sesebuah syarikat, termasuk strategi, pelaksanaan dasar, pemantauan dan kemajuan pekerja. Keputusan syarikat individu diperingkatkan berdasarkan piawaian antarabangsa. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.top-employers.com.
Latar Belakang Zimmer Biomet
Ditubuhkan pada tahun 1927 dan beribu pejabat di Warsaw, Indiana, Zimmer Biomet merupakan peneraju global dalam penjagaan kesihatan rangka otot. Kami mencipta, menghasilkan dan memasarkan produk pembinaan semula ortopedik; perubatan sukan, produk biologik, tangan dan kaki, serta trauma; tulang belakang, penyembuhan tulang, produk kraniomaksilofasial dan torasik; implan gigi; dan juga produk pembedahan berkaitan.
Kami berkolaborasi dengan golongan profesional penjagaan kesihatan dari seluruh dunia bagi memajukan perkembangan inovasi. Produk dan penyelesaian kami membantu merawat pesakit yang mengalami penyakit, atau kecederaan, tulang, sendi, atau tisu lembut sokongan. Bersama golongan profesional penjagaan kesihatan, kami membantu berjuta-juta individu menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Kami beroperasi di lebih 25 buah negara di seluruh dunia dan menjual produk di lebih 100 buah negara. Untuk maklumat lanjut, lawati www.zimmerbiomet.com atau ikuti Zimmer Biomet di Twitter melalui twitter.com/zimmerbiomet.
Hubungi:
Media |
Pelabur |
|
Asia Pasifik |
Robert J. Marshall Jr. |
|
Jason Lee |
+1-574-371-8042 |
|
+65-9008-4780 |
||
Warsaw, AS |
||
Monica Kendrick |
||
+1-574-372-4989 |
||
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20151203/8521508241LOGO