omniture

Majlis pelancaran khidmat Beijing-Auckland oleh Air China diadakan di Beijing

Air China
2015-12-10 12:51 356

BEIJING, 9 Dis. 2015 /PRNewswire/ -- Pada satu sidang media di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Negara Beijing pada 9 Disember 2015, Air China mengumumkan ia bakal memulakan perkhidmatan tanpa henti Beijing-Auckland bermula pada 10 Disember.

Pada tahun 2015, Air China telah melipatgandakan usaha untuk meluaskan capaian globalnya. Perkhidmatan baharu Beijing - Auckland adalah sebahagian daripada usaha berterusan Air China untuk meluaskan kehadiran mereka di Oceania. Di laluan ini, melalui perkongsian strategik, Air China dan Air New Zealand akan bekerjasama dari segi operasi antarabangsa, rangkaian, dan kapasiti. Pada tahun 2015, China menjadi pasaran eksport dan negara sumber import terbesar bagi New Zealand. Sementara itu, New Zealand pula menjadi destinasi yang paling digemari oleh pelancong China. Pada akhir Oktober 2015, jumlah pelancong China yang mengunjungi New Zealand meningkat sebanyak 34.8%. Apabila membincangkan tentang New Zealand sebagai sebuah destinasi, Air China dan New Zealand bukan sahaja membuka potensi pasaran pelancongan di Beijing, China Utara, dan Timur Laut China, malah Air New Zealand dapat mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran serantau Shanghai dan China Timur dengan menawarkan lebih banyak pilihan penerbangan kepada pelancong China untuk mengunjungi New Zealand.

En. Wang Mingyuan, Naib Presiden Kanan Air China menyatakan kerjasama antara China dan New Zealand semakin bertambah erat sejak beberapa tahun. Perkhidmatan Beijing-Auckland yang baharu ini akan menawarkan pilihan penerbangan yang lebih cekap, mudah dan berpatutan untuk peniaga dan juga pelancong yang disediakan antara Air China dan New Zealand. Air China dan Air New Zealand akan bekerjasama dengan lebih erat untuk menawarkan laluan udara yang lebih selesa kepada para pelancong.

Nick Judd, Pengurus Besar China daripada Air New Zealand berkata, "New Zealand adalah satu destinasi yang semakin terkenal dalam kalangan pelancong China. Perkongsian baharu ini memperlihatkan peluang yang hebat kepada kami untuk berkongsi keindahan negara kami kepada lebih ramai pelancong China dan kami tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan kedatangan mereka."

Penerbangan

Penerbangan CA783/784 beroperasi 7 kali seminggu. Penerbangan keluar berlepas dari Beijing pada jam 00:40 dan tiba di Auckland pada jam 18:10. Penerbangan masuk berlepas dari Auckland pada jam 20:00 dan tiba di Beijing pada jam 04:30. Penerbangan ini dikendalikan dengan pesawat A330-200 yang mana Kelas Perniagaan dilengkapi dengan kerusi mendatar penuh manakala semua perkhidmatan bagi setiap kelas disediakan dengan AVOD peribadi serta soket kuasa bagi memastikan penumpang dapat menikmati perjalanan yang benar-benar memuaskan.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141017/0861407509LOGO 

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Travel New products/services